Bila bersendirian di petang yang sepi, sementara menanti kepulangan Encik Suami dan anak-anak, Amie terbayang-bayang kemeriahan dan keenakan makan Cucur Lala beramai-ramai di kampung tempohari.
Masih Amie ingat di zaman remaja dulu, kalau kami nak buat Cucur Lala, jenuhlah mengopek sebungkus lala sampai kecut jari tangan sebab entah berapa puluh atau berapa ratus kali celup tangan ambil lala dalam air rendaman!
Cucur Lala kami tidaklah gebu dan mulus seperti cucu kembung. Kami tidak bubuh sebarang agen atau serbuk penaik. Cukuplah sekadar bahan asas seperti tepung, hirisan bawang, cili hijau dan juga daun kucai jika ada.
Istimewanya, Cucur Lala ini kami nikmati begitu sahaja tanpa sebarang pencicah. Rasanya? Wallaaa.... enak banget! Dari manakah datangnya keenakan rasanya itu?
Barangkali lala segar yang baru dikeluarkan isinya itulah yang menghasilkan rasa cucur yang lazat! Memang rasa teringin mengulangi keindahan zaman itu... masa itu... mengopek lala!
Bukannya susah nak kopek isi lala... Hanya rendamkan lala dalam air bersih dan pada ketika itu lala akan mengembangkan dirinya dengan membuka sedikit cengkerangnya. Pada masa itulah kita buka cengkerangnya dengan menggunakan cengkerang yang lain dan tarik isinya keluar.
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 cawan lala
1 labu bawang besar - mayang nipis
2 biji cili hijau - hiris nipis
5 batang daun kucai - potong 1.5 cm
1 biji telur
1 cawan air
garam / perasa pilihan
minyak
Cara:
1. Gaulkan tepung gandum bersama kesemua bahan di atas kecuali minyak.
2. Tidak perlu menggunakan air yang berlebihan kerana lala tersebut sememangnya sudah berair.
3. Goreng hingga kuning keemasan.
4. Angkat dan toskan.
Enak dinikmati diwaktu pagi atau petang.
Pada Amie .... akan hilang nikmat lala yang lemak manis kalau cicah dengan sos... he hehehe!
tak pernah makan cucur lala tentu sedap ni
BalasPadamRajinnya Amie.. saya tak pernah terfikir lala dibuat cucur, sgt menarik!
BalasPadampestime tahu cucur lala ni.selalu buat sayur serai tu je.hirup kuah.sedapnya
BalasPadamthanks akak amie berkongsi resepi n idea :)
Salam Amie..tak pernah makan cucur lala..biasa buat yg berkuah bening tu.Manis bila kuahnya dihirup..hehe
BalasPadamWhitecappuccino,
BalasPadamni makanan kami dari kecik2 dulu.. kalau tak dibuat sarapan, kami buat minum petang.
Zanita,
he hehhe... nampaknya ramai yang baru tahu isi lala boleh dibuat cucur.
Qaseh,
sama-sama, cubalah... sedap tau.
Azatie,
alahai Atie... cepat cuba Tie... cari isi lala di pantai remis.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAssalam Amie,
BalasPadamdulu kita pernah cuba buat cucur/jemput2 kupang..memang sedap...my parents..bertambah2 pulak dia orang makan..Kak Am yg kasi idea dulu..kalau cucur lala, lagi sedap agkanya kan..sebab dia kecik2 manis ..:)
Ayu,
BalasPadammemang sedap Ayu... lagilah lala fresh kopek sendiri...
Assalam kak amie..kalau cucur udang tu kira biasa la..tp ni cucur lala mmg rare la...susah nk dapat lala camni..mesti sedap kan?Tak pernah try lagi pesen camni..
BalasPadamwah...!! menariknya sebab serius tak pernah makan cucur lala...kena cuba nanti ni sebab di KK ni mudah sangat jumpa spesis spesis bercengkerang ni....walaupun ada isi rumah yang x boleh makan tapi nak kena cuba gak... :)
BalasPadamnak mengopek tu yg jenuh kan kak..tp rasa nikmat bila time makan ilang rasa penat..pestime jgk dgr nie...
BalasPadamvoila! sedapnya kak amie
BalasPadam1st time saya jumpa cucur lala
tak terfikir pun ^_^
Sedap nampak cucur lala. Nanti bolehlah saya cuba.
BalasPadamAdoi...dah terasa-rasa dalam mulut!! nak kena cari lala lps ni hehehehe
BalasPadam1st time dengar cucur lala....
BalasPadamTentu sedap! Nanti Nina nak try lak~