Pages

Sabtu, 13 Disember 2014

Godong So (Daun Melinjo) Masak Lemak Putih

Daun so atau godong so dalam bahasa kami memang tidak dapat dipisahkan dari senarai menu keluarga sejak turun-temurun. Bagi sesiapa yang pernah makan emping melinjo yang pahit-pahit lemak tu, tentu tahu pokoknya sekali. Buah melinjo yang masih putik pun boleh dijadikan sayur. Masa kecik-kecik dulu memang selalu makan sayur daun melinjo yang juga disebut sebagai daun so yang dimasak lemak bersama buahnya sekali.
Daun so juga boleh dimasak bersama campuran sayur lain dan juga tempe jika suka. Masakannya pula tidaklah terhad kepada masak lemak saja, tapi masak tumis pun sedap!

Biasanya kami akan masak lemak putih jika ada daun so. Sayangnya sekarang susah nak dapat, kecuali jika anda tahu ada pasar-pasar tertentu yang menjualnya.

Ini pokok melinjo di belakang rumah Bonda. Sebenarnya pokok melinjo boleh tumbuh tinggi, mempunyai buah yang banyak.... buahnya lebih kurang rupa buah tanjung dan bila masak akan bertukar wara merah. Kami suka rebus dan makan isinya yang lemak-lemak pahit, tapi nak dapatkan isinya kenalah pecahkan tempurungnya dulu! Masa kecik-kecik dulu suka panjat pokok melinjo di rumah nenek, petik buahnya yang masak... tapi biasanya tak sempat masak pun buah tu... kami petik mana-mana yang nampak tua, dan bawa balik rumah untuk direbus!

Bagi yang tak pernah melihat daun so atau daun melinjo, inilah rupanya... ambil pucuknya yang muda saja untuk dibuat sayur.

Bahan-bahan:
200 gram pucuk daun so muda
1 cawan isi kerang
400ml santan
garam / perasa pilihan

Bahan tumbuk kasar:
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
 biji cili padi

Cara:
1. Masukkan santan, kerang dan bahan tumbuk kasar ke dalam periuk.
2. Jerang di atas api dapur sederhana panas. Kacau sekali-sekala.
3. Apabila santan mula mendidih, masukkan daun so.
4. Masak sehingga daun so berubah warna dan menjadi lembut. Kacau kuahnya supaya tidak peca santan.
5. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.

Sesuai sangat dijadikan salah satu menu untuk hidangan tengahari!

6 ulasan:

  1. Amie, saya tak pernah jumpa dan tak pernah makan daun Melinjo ni..tapi saya suka sangat dengan emping Melinjo..lemak2 pahit. Masa ke Singapura, suami pernah makan emping ni dihidangkan dengan sambal, dah dijadikan sebagai appetizer di sebuah restoran five star di sana...kelasss gitu!!

    BalasPadam
  2. Susahnya nak dapatkan daun melinjo kat sini, tercari-cari juga saya. Teringin nak masak sayur asem.

    BalasPadam
  3. Amie, sayur ni my favourite! :)

    BalasPadam
  4. Wahhh saya pun sama terkenang-kenang....lebih kurang sama pengalaman kits.

    BalasPadam
  5. Nak tnya,nak beli buah melinjo kt ner ye,saya nak ambek kulin biji melinjo nak buat obat,sya du2k klang susah nak dapat

    BalasPadam
  6. Nak tnya,nak beli buah melinjo kt ner ye,saya nak ambek kulin biji melinjo nak buat obat,sya du2k klang susah nak dapat

    BalasPadam