Pages

Isnin, 20 Oktober 2014

Wantan Inti Ketam... rugi tak cuba!

Boleh dikatakan kami seisi keluarga 'hantu wantan' sebab tak pernah rasa cukup setiap kali makan wantan! Dua tiga hari lepas memang berkira-kira nak buat wantan, tapi baru petang tadi terlaksana. Amie buat yang ringkas saja... cepat siap, terus goreng dan dapat dinikmati bersama di meja makan. Seperti biasa tangan-tangan pun dengan pantasnya mencapai dua keping, tiga empat keping dan seterusnya mengosongkan ruang-ruang yang diisi dengan wantan sebentar tadi. Wah! Nampaknya anak-anak cukup berselera seperti sebelum ini. Encik Suami pun ajar Firdaus makan wantan juga!
Amie tanya Fuad & Fairuz, apa ada dalam wantan yang sedang mereka makan.... dan Encik Suami pun sesekali turut mencelah.

Semua tekaan mereka betul.... benar belaka, dan tidak bersalahan lagi. Satu persatu inti wantan disebut dengan tepat! Jagung krim, ketam, lobak merah, cendawan, bawang dan cuma satu tak ada yang sebut.... daun ketumbar! Bukan senang nak dapat isi ketam dan bukannya mampu nak korek isi ketam segar! Jadi, bila dah dapat isi ketam, eloklah manfaatkan sepenuhnya dengan mengolahnya menjadi satu hidangan yang sedap.

Bahan-bahan:
kulit wantan secukupnya
250 gram isi ketam
1/2 tin jagung krim
1/2 cawan lobak merah cincang
1 cawan cendawan shiitake segar cincang
1 labu bawang besar saiz kecil - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 sudu teh lada putih - cincang
4 batang daun ketumbar - cincang
1 sudu teh serbuk pati ayam
minyak

Cara:
1. Campurkan kesemua bahan di atas kecuali kulit wantan dan minyak.
2. Gaul sebati.
3. Ambil satu sudu teh adunan dan letakkan di tengah-tengah kulit wantan.
4. Bentukkan wantan mengikut kegemaran masing-masing, dan lekatkan kulit wantan dengan air.
5. Goreng dalam minyak terendam
6. Apabila wantan berwarna kuning keemasan, dan timbul ringan di permukaan minyak, angkat dan toskan.
7. Sedia untuk dinikmati.


 Selalunya kalau buat wantan antara 25 hingga 30 keping saja. Kali ini Amie dapat 68 keping!

 Dah tak tunggu siapa-siapa lagi... sekali hadap, anak beranak habiskan.

 Wantan Oh! Wantan!


5 ulasan:

  1. Assalam Amie
    kita suka buat snacking kalau wantan goreng ni..suka makan gitu2 aje..cicah cili sos..
    rajin Amie buat...:)

    BalasPadam
  2. Nampak pun dah menyelerakan!

    BalasPadam
  3. Assalam amie, sedapnya watan, mkn suam2 beshh ni. Firdaus mkn tak

    BalasPadam
  4. Mewah tu inti ketam...sedap wat kudapan ni makan depan tv hihi..tp bab nak melipat wantan tu yg jenuh nk buat sorang2 huhu

    BalasPadam
  5. Ayu,
    waalaikumussalam... kami pun meratah seisi keluarga... sedap!

    Zanita,
    habis licin!

    Rosa,
    waalaikumussalam.... Firdaus pun tak lepas peluang!

    Lina,
    kebetulan ada isi ketam segar, terus angkut bawa dari pasaraya... kalau buat macam2 bentuk memang lambat Lina, tu pasal lipat je gini, senang & cepat!

    BalasPadam