Pages

Isnin, 27 Oktober 2014

Jom Makan Malam Dengan Kentang Panggang Rosemary & Sayur Campur Cendawan

Ketika anak-anak masuk dapur Amie beritahu, malam ini kita makan kentang panggang saja. Anak-anak memang faham, kalau Amie masak sesuatu pada petang hari, bermakna itulah hidangan malam kami. Amie tahu anak-anak suka makan kentang, dan rasanya jarang orang tolak kentang! Apalagi kalau kentang goreng. Amie selalu perhatikan kalau masak kari ayam bercampur kentang, memang tak tinggal sisalah kentangnya.
Bila anak-anak tanya kenapa tak makan nasi, Amie kata kentang pun makanan yang mengenyangkan. Tak semestinya makan nasi saja boleh membuat perut kita kenyang. Satu lagi, Amie kata kentang merupakan salah satu daripada makanan ruji atau makanan utama dunia selain beras, jagung dan juga gandum. Ha haaa... tak cukup mengajar di sekolah, di dapur dan meja makan pun jadi kelas pulak!

Bahan-bahan:
4 biji kentang Holland - kupas dan potong dadu
1 batang lobak merah - potong dadu
1 sudu teh rempah all spice
3 sudu makan minyak zaitun
1 sudu teh serbuk pati ayam
daun ketumbar


Bahan tumbuk:
2 ulas bawang putih
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh herba rosemary kering

Cara:
1. Rebus kentang  dan lobak merah hingga 3/4 masak.
2. Gaulkan kentang dengan bahan tumbuk, rempah all spice dan serbuk pati ayam.
3. Masukkan kentang dalam bekas tahan panas dan renjiskan minyak zaitun di atasnya.
4. Bakar /panggang dalam oven selama 30 minit atau sehingga kentang masak dan berwarna kuning keemasan.
5. Taburkan dengan hirisan daun ketumbar ketika menghidang.

Untuk melengkapkan hidangan kentang panggang, Amie masak cendawan shiitake campur dengan kacang manis dan juga jagung. Rangup aje bunyi kunyahan kacang manis tu... krup kraaappp krupa krap!

Bahan-bahan:
15 kuntum cendawan shiitake segar - buang batang dan belah 4
12 biji kacang manis - potong 2
1 cawan jagung biji (tin)
1 sudu makan keju parmesan
serbuk pati ayam secukup rasa
3 sudu makan mentega
2 ulas bawang putih - cincang
1/2  labu bawang besar - cincang

Cara:
1. Panaskan mentega hingga cair dan tumis bawang putih serta bawang besar cincang hingga wangi.
2. Masukkan cendawan shiitake dan tumis hingga layu.
3. Masukkan kacang manis serta jagung.
4. Gaul sebati dan biarkan seketika sehingga kacang manis berubah warna.
5. Perasakan dengan taburan keju parmesan dan serbuk pati ayam.
6. Kacau sekali dua dan padamkan api dapur.


 Jom meratah sama.... ayam goreng tu tak payah bagi resepilah yea... goreng celup tepung macam biasa je!

8 ulasan:

  1. Wahhh sedap tu meratah lauk dan sayur saja. Lengkap seimbang. Tapi kalu Toklaki saya, haruslah kena ada nasi!

    BalasPadam
  2. assalam amie, sedapnya menu sihat. kacang manis tu mcm mana amie, tak ada ke dkt semenanjung

    BalasPadam
  3. menarikss sayur mayur semua nya amalan sihat tu Mie jomm nak jugak kaknor

    BalasPadam
  4. Azie,
    ha hahaha... memang ada orang tak boleh kalau tak ada nasi!

    Rosa,
    rasanya kacang manis tu hanya ada di Kundasang kot.... saya pernah petik di ladangnya!

    Kak Noor,
    jom ... jommm ratah!

    BalasPadam
  5. ayoyoyo....semuanya kegemaran saya, espc cendawan tu..ratahhh je

    BalasPadam
  6. Suka kombinasi menu macam ini... sedap!

    BalasPadam
  7. Kunjungi link saya ya
    http://www.1628poker.com/ref.php?ref=QIILOPEZ
    usobet.com

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam