Jom joint SEGMEN BEN ASHAARI: AKU, SEORANG BLOGGER!
Tiba-tiba terjumpa pulak segmen yang dah sampai ke penghujungnya ni, sebab nak tutup pukul 6 petang nanti. Jadi tanpa membuang masa, Amie cubalah tulis-tulis sikit untuk paparan bersama. Amie ni kononnya blogger masakan, sebab blog ini 99% penuh dengan hasil masakan dan resepi. Cerita lain tu ada, tapi sikit-sikit je. Ben Ashaari minta tulis benda-benda di bawah ini, maknanya kena jawablah soalan ... struktur atau esei tu, bantai sajalah ye.... ha hahahha...
1. Terangkan secara ringkas peranan anda sebagai seorang
blogger kepada orang sekeliling anda , masyarakat dan negara .. Apakah
isu yang ingin tekankan terutama sekarang ini !
Sebagai seorang blogger masakan sudah tentulah Amie nak kongsi resepi masakan dengan semua pengunjung. Selain itu Amie boleh kongsi info tentang pelbagai pilihan makanan atau masakan yang sihat dan berkhasiat, walaupun tak sepenuhnya begitu (sebab ada yang lebih lemak dan sebagainya, jadi macam nak kongsi ternak kolestrol pulak haaaa). Mudah-mudahan blog Amie yang tak seberapa nak lawa ni boleh jadi tempat rujukan khususnya anak-anak remaja atau ibu-ibu muda yang tercari-cari resepi masakan untuk keluarga. Jimatlah nak beli buku resepi atau majalah, sebab dengan hujung jari anda dapat cari resepi yang dikehendaki. Amie pun banyak kongsi pelbagai jenis masakan, bukan saja masakan keluarga turun temurun, malahan resepi pelbagai kaum di negara kita. Jadinya memang setiap paparan Amie itu ada gunanya untuk semua peringkat, orang keliling, masyarakat dan negara. Pengunjung dari negara lain pun boleh mengetahui resepi dari negara kita. Isu terkini yang ingin Amie tekankan sudah semestinya berkaitan dengan pemilihan makanan berkhasiat, sihat dan seimbang! Ini disebabkan 20% daripada jumlah 28 juta rakyat negara kita mengalami masalah obesiti, jadi bukankah cantik kalau blogger masakan ambil berat tentang isu ini? Hik...
2. Jika anda mampu dapat pendapatan dari blog sehingga ribuan ringgit ,
apakah anda akan berhenti bekerja dan menjadi blogger sepenuh masa.
Apakah bisnis yang akan anda lakukan sebagai Backup Plan masa depan ?
Wow! Cantiknya soalan ini. Kalau pendapatan melebihi RM10,000 sebulan sudah tentulah Amie akan menjadi blogger sepenuh masa. Best apa! Buat kerja sendiri, tak payah jadi kuli lagi he hehhe... Pastinya Amie akan menceburi dunia perniagaan yang berkaitan dengan makanan @ masakan. Buka katering ke, buka restoran ke... masa tu barulah terlaksana segala impian nak jadi chef! Ohooo... kena berangan dulu kaannn...
3. Ceritakan sedikit mengenai harapan anda sebagai seorang blogger terhadap dunia blog ini ?
Diharap dunia blog semakin berkembang, sebab semua orang nak cepat dan tepat. Apa pun Amie kena sentiasa beringat dan waspada dengan setiap apa yang Amie tulis dan paparkan, sebab apa yang Amie kongsikan dan utarakan mencerminkan peribadi diri Amie .
Wokeeeyyy..... selamat berkenal-kenalan!
Moga satu hari nanti Amie akan bergelar chef yer. Salam kenal dari zumal ^_^
BalasPadamAssalamualaikum, huda singgah sini.
BalasPadamhttp://nurfarahudahud.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-aku-seorang-blogger.html
Ye kak Amie..moro.. Moro..seronok mboco jawapan/ celoteh kuwei
BalasPadamSalam kenal
BalasPadamDari segmen ben ashaari
:D
Salam maju jaya
Waaa resepi banyak..bulih tunjuk ajarku sifu ni
Selamat berkenalan juga. Dah follow pun. Saya part blog masakan memang suka.
BalasPadamSuka tengok and bw sebab terapi.
http://olahbersama.blogspot.com
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAssalamualaikum Amie.. Salam kenal! ^_^
BalasPadamDatang melawat dari segmen sama.. Hehe..
Wah! Jumpa lagi satu blog masakan.. Senang la lepas ni kalau nak cuba resepi baru.. Boleh godek2 kat sini jer.. ^^,
Btw, done follow sini..Jemput singgah ke blog saya juga kalau sudi ye.. ^_~
SEGMEN BEN ASHAARI : AKU, SEORANG BLOGGER !
Dari segmen yg sama. Kalau saya dpt income rm10k sebulan pon saya nak benti keja ☺
BalasPadamhttp://sharingiscaring-fiza.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-aku-seorang-blogger.html
Ros singgah sini dari segmen yang sama :) done follow, #1227
BalasPadamhttp://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-aku-seorang-blogger.html
Salam perkenalan..
BalasPadamSmg tercapai apa yg dhajati.
Gud luck.
Done follow..
Jemput ke sini:
tellingstory11.blogspot.com