Baru-baru ini kami adakan sambutan ulang tahun Fuad dan majlis tersebut diraikan bersama-sama rakannya pada 14 September lepas, sebelah malam. Nampak seronok benar Fuad malam itu. Maklumlah selama ini asyik ambil tarikh Farid saja untuk raikan bersama 3 beradik. Lagi pun... tarikh lahir Farid pada hujung bulan, poket masih tebal. Fuad lahir pada pertengahan bulan, poket sudah kempis. Apalagi bila sampai tarikh lahir Fairuz.... laaaagi kempis hihiiiii.....
Atas permintaan Fuad, kami buat panggang-panggang sayap ayam sebagai hidangan utama. Rupanya, sibuk melayan rakan-rakan sampai tak puas nak menikmati sayap panggang! Jadi, sempena ulang tahun Fairuz yang ke-13, jatuh pada 19 September lepas, sekali lagi kami buat panggang-panggangan tapi hanya untuk keluarga kami saja.
Fairuz minta Amie buatkan sate ayam dan sosej panggang. Encik Suami pulak teringin nam makan mempedal ayam. Haiiiyyooo.... lagi satu, Fuad tak mahu ketinggalan dan sudah tentu pilihan hatinya tongkeng ayam! Hai.. dah nasib badan! Semua selera orang kita penuhi, kita sendiri tak tahu nak makan apa!
Nampak tak yang tersusun bersebelahan dengan sosej tu mempedal ayam? Itu Encik Suami punya. Ada 21 cucuk semuanya.
Yang sosej cheese dengan sate ayam tu Fairuz punya. 10 cucuk sosej dengan 25 cucuk sate ayam.
Duduk berhadapan dengan sate ayam tu... yang nampak macam kulit tu... itu Fuad punya, tongkeng ayam! Suka hati koranglah anak-anak.... Yang penting Amie hanya sediakan bahan perapan serta kuah kacang, yang lain tu uruslah sendiri.
Sempat tangkap gambar dari pintu dapur. Fuad & Fairuz seronok sangat dapat hidupkan api pemanggang. Dua pemanggang digunakan. Fuad punya saiz sederhana, Fairuz punya pemanggang saiz kecik.
Dah hidup pun arang yang dibakar. Tunggu jadi bara kejap lagi.
Lupa nak cerita tentang kuah kacang. Amie gunakan resepi dari buku masakan Mrs Leong Yee Soo, The Best of Singaporean Cooking. Bukan apa, teruja nak cuba apa rasa kuah kacang ini sebab sebelum ditumis dengan perencahnya, kacang tanah tumbuk dimasak terlebih dahulu dengan air selama 1/2 jam sehingga pekat! Biasanya kita tumis dulu perencah, tak payah rebus kacang tanah tumbuk, kita masukkan sekali harung!
Kalau ada lebihan minyak pada kuah kacang, eloklah dijadikan sapuan sate semasa dibakar.
Alhamdulillah... dua anak bujang kami memang hebat dalam hal panggang memanggang nih! Tengok tu... dah bersusun sate ayam dengan sosej!
Jangan lupa... mempedal dengan tongkeng ayam tadi tu! Semuanya naik atas pemanggang!
Adeehhh.... walaupun puas makan pada malam itu, tapi dek kesedapannya, macam nak buat lagi!
Puas hatikan kalau buat sate sendiri. Nak pakai ramuan apa, nak berapa banyak, nak gunakan bahan apa semuanya terpulang pada diri kita. Sebab yang nak makan kita. Sedap atau sebaliknya itu ikut selera kita he hehehehe.
Blognya keren! Saya lihat bahwa kamu upload banyak foto. Apa kamu mau mengembangkan blognya lagi? Kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Kamu bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya. Kami tidak terhapus filenya dengan waktu batas. Coba servis kami tanpa registrasi:)
BalasPadam(dewi.aja@kumpulbagi.com)
Assalam
BalasPadamHappy besday buat ank2 k amie
Seronok tgk ank kerjasama camtu
Mcm2 selera ye, satay memang bestkan sekali sekala mkn
Walah kak...ngences aku neng kenei..keno bukak restoren reko..
BalasPadamBanyaknya makanan sedap di sini...kan bagus kalau saya pun join ....hihihi...selamat hari jadi untuk Fuad.
BalasPadam