Pages

Sabtu, 16 Ogos 2014

Peria & Terung Goreng Tempura

Jom ratah sayur-sayuran goreng tempura! Amie tambahkan serbuk kari dengan jintan manis dalam adunan tepung tempura. Sedaplah pulak rasanya bila tergigit jintan manis yang melekat pada tepung yang rangup! Sesekali kita tambah bahan kegemaran apa salahnya kan. Tak rugi mencuba, sebab rasanya lebih sedap... he hehe ikut selera Amie laaa...

 
Kali ini Amie goreng peria dan terung. Selalunya Amie pelbagaikan sayur-sayuran termasuk kubis bunga, lobak merah dan juga kacang bendi. Kalau lobak merah memang Firdauslah yang paling banyak makan sebab memang si kecil tu peminat tegar lobak merah!


Bahan-bahan:
1 biji peria - Amie gunakan yang muda - tak ada biji - hiris bulat nipis
2 biji terung saiz kecil - hiris nipis menyerong
150 gram tepung tempura
180 ml air
1 sudu teh serbuk kari
1 sudu teh jintan manis
minyak

Cara:
1. Adun tepung tempura bersama air,  serbuk kari, dan jintan manis hingga sebati.
2. Panaskan minyak dalam kuali.
3. Celupkan peria atau terung ke dalam adunan dan goreng hingga kuning keemasan.
4. Angkat dan toskan.

2 ulasan:

  1. wah sedapnya kak mi goreng tempura :)

    BalasPadam
  2. kalau goreng tempura mcm ni mmg laju je anak2 mkn sayur kan kak..firdaus pu suka carrot jgk ekk..anak2 yana pun peminat tegar carrot & brokoli..mkn ratah mcm tu jee ^__^

    BalasPadam