Firdaus dah pandai memilih makanan yang disukai. Kakak ipar yang merangkap menjadi pengasuhnya kata Firdaus dah tak suka makan ikan masak sup, ataupun ayam masak sup atau pun mee hoon goreng. Makan nasi pun dah tak mau! Setiap pagi Encik Suami bekalkan kuih ketayap yang dibeli ketika dalam perjalanan dari rumah menuju ke kampung, rumah kakak ipar. Kuih ketayap berharga RM1 untuk 3 ketul. Sepanjang jalan ke kampung, Firdaus makan kuih ketayap... badan kecik, mulut kecik tapi ketika sampai kampung habis 2 ketul ketayap! Wah! Banyak handsome anak bongsu ini.... Inilah yang buat kita garu-garu kepala memikir nak masak apa untuknya!
Tengahari tadi, selepas balik dari memberi ceramah di SMK Terusan, Amie singgah di pasaraya dan bila terpandang ikan tenggiri segar, terus je Amie rembat! Alamak... macam banyak pulak isi ikan tenggiri...1.7kg! Wokeeeeyyy.... boleh buat sesuatu dengan isi ikan tengiri sebenarnya.
Sampai rumah rasa malas pulak nak masak. Bukan apa.... tak ada orang pun! Farid sudah 2 hari terbang ke Selangor, sekarang di rumah Bonda (Nendanya), menunggu hari pendaftaran masuk ke UKM pada 1 September. Rasa sangat sepi, sebab sebelum ini ketika sampai rumah Farid akan buka pintu pagar. Masuk ruang rumah, Farid sudah siap sapu dan bersihkan ruang tamu. Masuk dapur, Farid tolong kemas meja dan sapu sampah serta basuh pinggan. Fuad pula, katanya hari ini balik lewat sebab mengikuti program di masjid. Fairuz.... balik sekolah pada lewat petang nanti. Firdaus? Kena tunggu Encik Suami ambil selepas balik kerja. Sambil berangan-angan lepas goreng ikan dan masak nasi serta sayur bolehlah lepak depan tv kejap lagi....
Akhirnya siap juga Ikan Tenggiri Goreng Salut Tepung. Amie gunakan bahan yang ringan untuk hasilkan gorengan yang sesuai untuk Firdaus. Amie hanya tambahkan bawang putih, tepung gandum, tepung jagung dan putih telur untuk celup hirisan ikan. Kalau ikutkan selera sendiri memang nak bubuh halia dan juga lada putih, tapi takut pula terasa pedas kalau Firdaus makan nanti.
Amie gunakan separuh dari isi ikan tenggiri. Bukan Firdaus saja yang akan makan, Fuad dan Fairuz pun mesti berebut kalau nampak ikan goreng begini! Sedangkan Amie sendiri sambil menggoreng sambil ngaapppp berketul-ketul ha hahahaha..... Jom tengok resepinya di bawah ini:
Bahan-bahan:
800 isi ikan tenggiri - hiris ikut ketebalan yang diingini
3 ulas bawang putih - tumbuk lumat
1 biji putih telur - pukul ringan
1 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung jagung
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh serbuk kunyit
garam / perasa pilihan
minyak
~ campurkan serbuk kunyit, tepung gandum dengan tepung jagung dan gaul sebati~
~ campurkan serbuk kunyit, tepung gandum dengan tepung jagung dan gaul sebati~
Cara:
1. Gaul isi ikan dengan bawang putih dan garam / perasa pilihan.
2. Celupkan isi ikan ke dalam putih telur dan kemudian lumurkan dengan campuran tepung gandum & tepung jagung.
3. Panaskan minyak yang banyak untuk menggoreng tenggelam.
4. Goreng hingga kuning keemasan.
5. Angkat dan toskan.
6. Boleh dimakan begitu saja atau cicah dengan sos pilihan.
Bila dah siap kerja-kerja dapur... ingatkan nak lepak depan tv , tiba-tiba muncul Encik Suami depan pintu dapur dan beralih arah pulak ke bilik air! Eh! Bila pula sampainya ni.... dan terdengar pula merungut-rungut sambil menutup pintu bilik air.... bulan ni bil letrik RM380... katanya (suaranya agak bergema dalam bilik air). Alamak... sampai begitu sekali ye... selalunya tiap petang Amielah yang paling banyak membuat pembaziran tenaga letrik.... buka televisyen, lepas tu terbongkang sampai petang... he hehehe tv yang tonton kita!
Tengoklah gaya Firdaus bila dapat Ikan Tenggiri Goreng Salut Tepung tu.
Macam sedap aje kaaannn...
Sama la kak...Hafiz pun dah x berapa nk mkn nasi...sup2 smua ni lg la...dia nk yg greng2 pula dah..pastu mcm ada skit rasa pedas...pedas ujung2 lidah tu je...itu yg sy perasan...klau mcm dlu...mmg diluahnya la blik...pening kadang nk buat mkanan dia...
BalasPadamAssalamualaikum amie..ank Uj dh 1 thn 3 bln.langsung x nk mkn nasik..minum susu jer..x thn laa..klu susu 1 tin x sampai seminggu...Insyaallah nnti Uj cuba..mne tau kot2 selera plak dia nk mkn....=)
BalasPadambest betul la,,nampak rangup aje
BalasPadamSedapnya..mesti Firdaus suka!!
BalasPadamassalam Mie nakk try nanti mesti anak2 suka ni
BalasPadambkn firdaus je suka nii..aunty pun suka sgt mkn ikan celup tepung mcm nii hehee..
BalasPadamyana pun kdg2 pening jgk nk bg anak2 mkn..skg ni ssh sgt nk mkn..nsb baik ada kengkawan blogger..boleh jgk cr idea nk msk utk anak2 ^__^
sedapnya....ni sekali adap je habis ...
BalasPadam