Pages

Ahad, 13 Julai 2014

Kerabu Perut Pedas Berapi!

Bila teringat kerabu hasil ai tangan Bonda, terasa-rasa sedang menikmatinya keenakannya! Biasanya Bonda akan panggang dulu kelapa sebelum memarutnya. Harum wangi baunya! Dan biasanya, kalau kesuntukan masa Bonda tidak memanggangnya pula, tapi hasilnya tetap menyelerakan! Itulah... nostalgia terindah bersama keluarga. Hidangan kerabu daun pucuk ubi dengan  ikan masin goreng sudah cukup lengkap sebagai lauk hidangan nasi sekeluarga. Tapi... sekarang ni, mana nak cari pucuk ubi? Belu pucuk ubi pun, bila sampai rumah cuma dapat seco'et! Rupanya daun ubi tua! Tak apalah, kita gunakan bahan lain seadanya saja.

Amie ada 500 gram perut, jadi okeylah tu kalau nak buat kerabu. Tambah bahan itu bahan ini serba sedikit akan banyaklah hasilnya, dan bolehlah ratah-ratah begitu saja. Kali ini Amie hanya celur saja perut tetapi tidak pada bahan-bahan  yang lain, sebab Amie nak hasil kerabu yang rangup! Amie bubuh hirisan cili padi yang kecil-kecil tu.... ho hooo mau berasap telinga dibuatnya bila asyik meratah ko! Dan satu lagi, Amie gunakan kelapa parut segar, tak payah disangai terlebih dahulu. Selain itu Amie juga tambahkan pelbagai jenis herba untuk menambah aroma seperti bunga kantan, daun ketumbar dan daun kesum.


Bahan-bahan:
500 gram perut - rebus hingga lembut - hiris memanjang
1 cawan kelapa parut
1 labu bawang besar - hiris nipis
1 cawan taugeh - buang ekor
1 batang baby lobak merah - hiris nipis
5 batang kacang panjang - hiris hipis
1 kuntum bunga kantan - hiris halus
5 tangkai daun ketumbar - hiris halus
2 tangkai daun kesum - hiris halus
2 biji limau nipis - ambil jusnya
garam / gula / perasa pilihan

Bahan tumbuk:
1 genggam udang kering - rendam hingga kembang
15 biji cili padi


Cara:
1. Gaul bahan tumbuk bersama kelapa parut bersama garam / gula / perasa pilihan hingga sebati.
2. Masukkan kesemua bahan hiris ke dalam mangkuk dan tuangkan bahan tumbuk.
3. Gaul sebati bersama jus limau nipis.
4. Hidangkan segera.

2 ulasan:

  1. Amie...mengggoda sungguh kerabu perut tu..gambar pun cantik..:-)

    BalasPadam
  2. Assalam Amie,
    salam Ramadan buat amie & family..
    kerabu perut pasti sedap nikan...
    kita ni semenjak ada blog nilah baru pandai makan kerabu2...tapi belum pernah makan kerabu perut..:)

    BalasPadam