Pages

Isnin, 5 Mei 2014

Asam Pedas Ikan Bayan


Bersua kembali.
Selamat berbuka puasa buat teman-teman yang berpuasa pada hari ini. Moga ibadat kalian mendapat ganjaran pahala dari-Nya. Amin.

Kali ini Amie masak Asam Pedas Ikan Bayan gaya cair-cair je.... tak pekat berlenang-lenang terbit minyak selalu. Sesuailah kot dengan cuaca panas sekarang ni.... nak makan yang pedas-pedas takut bertambahlah panas dari dalam badan.


Resepi : Asam Pedas Ikan Bayan

Bahan-bahan:
1 ekor ikn bayan seberat 1 kg - bersihkan dan potong 5 bahagian - belah 2 bahagian kepala
5 tangkai daun kesum
1 batang serai - diketuk
3 biji tomato - belah 2
2 keping asam gelugur
800 ml air
garam / gula / perasa pilihan
minyak

Bahan kisar:
10 biji cili kering
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
belacan sebesar ibu jari
1 cm kunyit hidup
1 cm halia

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar hingga terbit minyak. \
2. Masukkan serai, daun kesum, asam keping dan air. Biarkan mendidih.
3. Setelah kuah mendidih, masukkan ikan dan biarkan selama 5 - 7 minit sahaja sebab ikan bayan cepat masak.
4. Masukkan tomato, dan perasakan masakan dengan garam / gula / perasa pilihan.



Ampunkan saya... saya suka makan bahagian kepalanya, pipinya yang kenyal itu... oh! Ikan bayan!

5 ulasan:

  1. macamana rupa ikan bayan ini kak, dr kepala ikan tu, nampak cam ikan yang kaler2 biru hijau tu eh? sisik banyak,

    BalasPadam
  2. terliurnya mata ikan tu,lembut je nampak!

    BalasPadam
  3. sedapnya asam pedas nie,sayangnya saya dh seminggu x mkn pedas,kena pantang jap coz dah seminggu jugak saya diserang pedih ulu hati ....sekurang2nya 2x sehari kena serang....sakitnya.....telan air liur jer lah jwpnya...

    BalasPadam
  4. Aslmkm Kak Amie...ikan spesis besar2 ke ni..ala2 kerapu ye? tak pernah tengok..hehe..apa2pun lauknya mengancam perut saya yg tengah berbunyi..*kena cari nasik jap..

    BalasPadam
  5. sedapnya Amie..asam pedas memang favourite ummi.

    BalasPadam