Pages

Ahad, 20 April 2014

Kari Ikan Sama Nanas

Nak buat macamana.... dah anak-anak mahu masakan begini. Kalau masak singgang atau asam rebus, alamat tak disentuhlah jawabnya. Aduhai anak..... kalau boleh hari-hari nak makan ayam saja, tak mahu makan ikan! 


Bahan A:
4 kepingan ikan - Amie gunakan ikan alu-alu @ barracuda
1/2 cawan asam jawa - bancuh dengan air
1/2 tin susu cair
1/2 biji nanas- potong 3 segi - celur hingga layu & toskan airnya
2 biji tomato
1/2 cawan minyak masak
1 sudu makan garam
1 sudu teh gula

Bahan B:
2 sudu teh halba
1 sudu teh biji sawi
1 sudu teh jintan manis
1 tangkai daun kari
1/2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

Bahan C:
4 ulas bawang putih - dimayang
3 biji bawang merah - dimayang
1 1/2 inci halia - hiris halus
2 sudu teh serbuk ketumbar
2 sudu teh serbuk jintan manis 
1 sudu teh serbuk jintan putih 
1 sudu makan serbuk cili 
1 sudu makan serbuk kunyit



 Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis Bahan B sehingga berbau harum.
2. Masukkan bahan C dan tumis dengan api sederhana sehingga terbit minyak, kemudian masukkan ikan dan nanas.
3. Tutup periuk sebentar supaya air ikan dan nanas keluar dan masukkan air asam jawa.
4. Masukkan susu,  dan garam serta gula.
5. Masak dengan api kecil selama 10 minit.
6. Sedia dihidangkan.


Jumpa lagi!

3 ulasan:

  1. salam kak amie.. hehe.. selera tun sama la mcm anak2 akk.. kalu ikan rebus ke, ikan singgang ke, amik kuah je.. pastu nk jugak mkn ngan ikan goreng.. kalau kari2 ni baru tun makan ikan yg dlm kuah tu.

    BalasPadam
  2. salam kak amie..

    sedapnya makan ikan dengan nanas..

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum amie..aduh terliur sungguh Uj tguk masakan amie...

    BalasPadam