Pages

Ahad, 16 Mac 2014

Nasi Ayam

Selamat berhujung minggu teman....
Banyaknya cerita sekarang ni.... tentang pesawat MH370 yang masih menjadi misteri, dan mudah-mudahan segala ikhtiar, segala doa yang dipohon bakal diperkenankan oleh-Nya. Moga-moga benarlah seperti kata-kata bahawa pertolongan Allah itu tidak terlalu cepat atau terlalu lambat, tapi tepat pada masanya! Apa yang kita harapkan mudah-mudahan MH370 dapat ditemui dan kesemua penumpang termasuk anak kapal dalam keadaan selamat. Biarlah yang berkemampuan dari segi fizikal dan segala kelengkapan yang canggih meneruskan misi mencari dan menyelamat, dan hendaknya pihak kita yang tidak mampu berbuat apa-apa teruskanlah memohon kesejahteraan kepada-Nya. Usahlah dicemari misi pencarian ini dengan pelbagai tohmahan dan persepsi negatif. Yang pasti, seluruh dunia sedang mengikuti perkembangan tragedi misteri ini, dan berganding bahu menyumbang tenaga mencari penyelesaiannya! In shaa Allah, yang benar itu pasti nyata, dan yang tidak benar itu Allah akan tunjukkan jua. Amin ya Allah!
Tentang jerebu nun di tanah kelahiran Amie pula... mudah-mudahan akan turunkan hujan rahmat membersihkan segala ruang yang tampak suram dan melelahkan. Di tempat Amie di sini memang tidak ada jerebu, dan hari ini hujan turun lebat sekali. Habis basah pakaian di ampaian tak sempat diangkat!


Hari ini Amie santai-santai di dapur masak Nasi Ayam. Firdaus pun tak cerewet main-main dengan abang-abangnya. Kemudian Firdaus tidur lena. Encik Suami entah apa kerjanya di luar rumah dengan anak-anak. Kak pembantu rumah sudah siap bersihkan rumah dan  nampak tekun melipat pakaian, menyusun pakaian yang dikemas semula. Maklum sajalah... anak-anak kalau mengambil pakaian dari lipatan, habis berhamburan!


Nasi Ayam pun siap terhidang setelah semua selesai solat Zohor. Jemput makan sama.... Bismillah....


Sekarang ni kalau nak masak di dapur, memang dah tak sempat nak belek buku resepi lama-lama. Firdaus pun rajin 'belek' buku resepi. Entah berapa buah majalah & buku resepi hilang kulit, dikoyak oleh tangan kecilnya.... adeeeeehhhh! Banyak pulak bebelnya ye, nanti tak sempat nak kongsi resepi pulak. Di bawah ini Nasi Ayam yang biasa Amie masak, cara kukus. Dan kalau rajin bolehlah klik DI SINI untuk melihat resepi Nasi Ayam Amie yang lepas.


Resepi : Nasi Ayam
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
6 cawan beras wangi - cuci dan toskan
6 cawan air rebusan ayam (lihat resepi Sup Ayam di bawah)
1 sudu makan stok ayam pekat MAGGI
4 sudu makan marjerin
3 ulas bawang putih - hiris halus
3cm halia - hiris halus
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 helai daun pandan - siat-siat

Cara:
1. Didihkan air dalam periuk pengukus.
2. Sementara itu panaskan marjerin di dalam kuali hingga cair..
2. Masukkan bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan daun pandan. Tumis sehingga harum dan daun pandan layu.
3. Masukkan air rebusan ayam dan stok ayam pekat. 
4. Setelah air mendidih, masukkan beras dan kacau sekali-sekala sehingga beras kembang dan air mengering.
5. Pindahkan nasi ke dalam periuk pengukus.
6. Kukus selama 20 minit atau sehingga nasi masak.


Resepi : Ayam Goreng
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 ekor ayam segar - potong 4 bahagian - ketepikan sayap, kaki, leher dan tulang belakang bahagian dada ayam 
3 ulas bawang putih - tumbuk
2 cm halia - tumbuk
1 sudu teh lada putih - tumbuk
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan perencah MAGGI Cukup Rasa
2 sudu makan minyak bijan - jika tidak suka, tak perlu bubuh
minyak

Cara:
1. Cuci dan toskan daging ayam sehingga kering.
2. Perap ayam bersama bawang putih, halia, lada putih, sos tiram, kicap manis, perencah MAGGI Cukup Rasa dan minyak bijan selama 1 jam.
3. Goreng tenggelam di dalam minyak yang banyak menggunakan api sederhana panas.
4. Angkat setelah daging ayam masak atau berwarna emas keperangan.



Resepi : Sup Ayam
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
2 kepak ayam, bahagian leher dan tulang belakang dada ayam serta kaki ayam - potong ikut suka
1.5 liter air (sebahagian air rebusan digunakan untuk memasak Nasi Ayam)
3 ulas bawang putih - pecahkan
1 labu bawang besar - belah 4
3 cm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3cm halia - diketuk
1 sudu teh lada putih - ditumbuk
garam / perasa pilihan
hirisan daun bawang / daun sup
bawang goreng

Cara:
1. Didihkan air di dalam periuk.
2. Masukkan semua bahan di atas kecuali lada putih, daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
3. Apabila kuah sup mula mendidih, perlahankan api dan tutup periuk.
4. Masak sehingga isi / ayam lembut.
5. Setelah sebahagian air rebusan / sup diambil untuk Nasi Ayam, barulah masukkan lada putih dan ketika menghidang jangan lupa taburkab hirisan daun sup / daun bawang serta bawang goreng untuk menambah kelazatannya!


Wokeeeyyy... kita beralih pula untuk pelengkap Nasi Ayam yang seterusnya iaitu Sos Sambal. Mmmmm... tiap kali Amie buat Sos Sambal untuk Nasi Ayam mulalah terasa kembang semangkuk hatinya sebab teringat pujian FIL... ketika hayat ayahanda masih ada beberapa tahun lalu. Beliau suka sangat Sos Sambal yang Amie buat. Sebab apa tau.... sebab beliau suka sos sambal yang ada rasa masam jus limau! Tak kisahlah jus limau nipis atau jus limau kasturi.

Amie kongsikan resepinya di bawah ini... tapi kalau tak suka rasa masam jangan bubuh jus lebih ya... ikutlah citarasa nasing-masing dan kalau nak wangi bolehlah hiris kulit limau kasturi halus-halus dan masukkan dan Sos Sambal, tapi janganlah banyak sangat... cukuplah 1/2 atau 1 biji kulit saja! banyak-banyak kang rasa pahit pulak.

Bahan-bahan:
2 biji cili merah - buang biji
9 biji cili padi minyak 
2 biji tomato merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
5 biji limau kasturi & 1 biji limau nipis - ambil jusnya
garam / gula / perasa pilihan secukupnya

Cara:
1. Campurkan kesemua bahan di atas dan kisar halus.
Untuk mendapatkan rasa yang lebih mesra, sos sambal ini boleh disediakan lebih awal beberapa jam sebelum dihidangkan bersama Nasi Ayam.


Oh yaaaa.....! Untuk Sos Kicap pula, biasanya Amie campurkan dengan bahan lebihan perapan ayam tapi kali ini tak pulak tinggal sisa bahan pemerap! Apa pun Amie kongsikan resepinya:

Bahan-bahan:
2 biji bawang putih - tumbuk
1 sudu teh lada putih - tumbuk
1 cm halia - tumbuk
2 sudu makan sos tiram
4 sudu makan kicap manis
2 sudu makan minyak bijan
2 sudu makan sos lada hitam - Amie cuba  masukkan untuk resepi kali ini - okey je rasanya
1 sudu teh perencah MAGGI Cukup Rasa
1 sudu teh tepung jagung - bancuh dengan 1 cawan air

Cara:
1. Campurkan kesemua bahan di atas dan didihkan di atas api sederhana panas.
2. Masak sehingga kuah pekat.
3. Padamkan api dapur.



Taklah susah sangat nak masak Nasi Ayam kaaannn.... tapi memandangkan masa begitu terhad, hari minggu sajalah dapat sediakan untuk family.



Jemput yea... pintu dapurku sentiasa terbuka!



8 ulasan:

  1. Salam Amie..Lapar lak perut tgk nasi ayam yg sedap nih!Nanti cuti sek anak2 blh blh try resepi ni...br syok mkn :)

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum...aduh lapar giller bila nampak nasi ayam amie ni.Mengancam sungguh..Rasa nk ratah jer ayam goreng tu...

    BalasPadam
  3. Salam kak amie. sedapnyaa.. terliuq tengok aih ~

    BalasPadam
  4. salam kak amie..

    sya x pernah bosan makan nasi ayam..memang feberet sangat ni..

    BalasPadam
  5. InsyaAllah sama-sama kita doakan keselamatan mereka.

    Amie..ummi pernah masak nasi ayam guna resepi Amie tau, memang sedap, malatops!!!!

    BalasPadam
  6. as salam kak...
    nggayah kuwi...ketok enak..

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum Amie,
    Memang yang terbaekkk lah ni. Kita dah mai duduk bersila dah ni, nasi ayam dua set!!!

    BalasPadam
  8. Sedapnya gambar tu.. hihihi.. salam perkenalan

    BalasPadam