Pages

Sabtu, 1 Mac 2014

Ayam Masak Black Pepper

Baru beberapa hari lepas Amie masak Lamb Black Pepper, hari ini menyusul lagi masakan yang sama tetapi menggunakan daging ayam pula. Fuad memang cukup suka kalau dapat menikmati hidangan lauk bersos dan ada pula lada hitamnya! Oleh kerana Encik Suami balik lewat petang hari ini dan Fairuz pula selepas aktiviti kawad kaki di sekolah terus pulang ke rumah kakak ipar, jadi Amie masakkan Ayam Black Pepper untuk Fuad yang keletihan balik selepas menghadiri jemputan seminar di sekolah  lain. 


Kali ini Amie perap terlebih dahulu daging ayam dengan halia, bawang putih dan juga lada hitam campur lada putih tumbuk. Bukan apa, saja-saja nak rasa 'mesra' bahan-bahan pemerap tadi meresap ke dalam daging ayam.


Resepi : Ayam Masak Black Pepper
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1kg daging ayam - potong ikut saiz masing-masing
4 biji kentang - kupas dan potong wedges  - goreng hingga masak dan ketepikan
1 labu bawang besar - belah 2 dan hiris kasar
1/2 biji capsicum merah - hiris panjang
1/2 biji capsicum kuning - hiris panjang
1/2 biji capsicum hijau - hiris panjang
4 sudu makan sos lada hitam
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
1 sudu teh perencah MAGGI Cukup Rasa
minyak

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh lada putih


Cara:
1. Perap daging ayam selama 1/2 jam bersama bahan tumbuk. Tambahkan satu sudu teh perencah MAGGi Cukup Rasa.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumisbawang besar hingga kekuningan.
3. Masukkan daging ayam yang diperap dan gaul rata. Biarkan sehingga keluar air ayam.
4. Tambahkan sos tiram, sos lada hitam dan kicap manis. Gaul sebati dan tutup kuali. Perlahankan api dapur dan biarkan sehingga daging ayam empuk.
5. Buka penutup kuali dan masukkan kentang goreng, capsicum merah, kuning serta hijau. Gaul sekali lagi dan padamkan api dapur.

7 ulasan:

  1. salam Mie, akak dtg nak tumpang makan malam boleh??? lapar lah tengok ayam tu macam2 kaler ada i likeeee

    BalasPadam
  2. saya pun suka mkn ayam blackppepper nie kak....cuma jrg msk coz nanti anak x mkn,so saya msk apa yg anak mkn....

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah kak amie dh terima gift sy tu... maklumlah tergemuk sikit dr yg lain... masa akak tipon tu saya on the way blk kg... x ada line sgaknya... btw sedap tgk ayam tu mlm2 ni....

    BalasPadam
  4. makan dengan nasi panas-panas, pasti malatops ni Amie..

    BalasPadam
  5. waduhhhhh enak eehhh mbakyu...kemecer aku dadi neh...

    BalasPadam
  6. Nampak sedap la Amie,kalau makan dengan nasi ni tentu menambah-nambah kan!

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum amie..aduh meleleh air liur nampk btul kesedapannya...

    BalasPadam