Pages

Isnin, 3 Februari 2014

Mee Hoon Goreng Putih & Secawan Kopiko

Jom alas perut pagi ini dengan menu ringkas Mee Hoon Goreng Putih dan secawan kopi panas. 


Sementara Firdaus masih tidur, bolehlah Amie kemas kini dapur kecil Amie yang mula nampak malap ini... he he hehe bukan apa, masa untuk bersama dalam dunia maya semakin terbatas! Wokeeeyyy.... Amie kongsikan resepi Mee Hoon Goreng Putih yang serba ringkas tapi sedap pulak rasanya tau....

Resepi : Mee Hoon Goreng Putih
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 bungkus mee hoon - rendam hingga lembut - toskan
2 biji cili hijau - hiris
1/2 batang lobak merah - hiris kecil
1 sudu teh lada putih - tumbuk
garam / perasa pilihan
minyak

Bahan tumbuk kasar :
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 genggam udang kering - rendam hingga kembang



Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk kasar hingga wangi.
2. Masukkan lada hijau dan lobak merah. Kacau dan masak seketika.
3. Masukkan mee hoon dan gaul sebati.
4. Taburkan lada putih, garam / perasa pilihan dan gaul beberapa kali.
6. Padamkan api dapur.
7. Hidangkan Mee Hoon Goreng Putih dengan telur goreng, gorengan sosej dan bahan sampingan lain.

5 ulasan:

  1. Sedapnyaaaa....buat hari-hari untuk sarapan pun tak jemu bihun goreng putih macam ni.

    BalasPadam
  2. Lama xjenguk blog amie..sdap2 masakan kat sini..lapaqq hihi

    BalasPadam
  3. Bihun putih camni saya panggil bihun sinapore heheee..xtau la nape nama dia camtu..
    Mewah tul aksesori atas bihun tu...kenyang makan

    BalasPadam