Pages

Khamis, 30 Januari 2014

Itik Peking & Happy CNY untuk teman-teman yang meraikannya....

Jom cuba resepi Itik Peking. Amie ubah suai dari resepi asalnya yang Amie salin dari katalog Tupperware.... entah bila masanya Amie salin, dah lupa! 
Bila dah siap panggang rasa seronok pulak melihat hasilnya... cuma ada sedikit penambahbaikan yang perlu Amie lakukan kalau nak cuba buat lagi pada masa akan datang.... maklumlah sambil memanggang, sibuk pulak siapkan tempahan Mango Casablanca. Amie sebenarnya dah tak ambil sebarang tempahan, tapi Encik Suami minta sangat supaya Amie buatkan untuk tempahan rakan sempena Tahun Baru Cina, sebagai buah tangan. 


Resepi : Itik Peking
Bahan A:
1.5-2kg itik - Amie gunakan 1.8kg itik
1 batang kulit kayu manis
i inci halia - dihiris
1/4 cawan madu
1/4 cawan kicap cair
1 sudu gula
3 kuntum bunga lawang
secubit lada putih  - Amie gunakan 1 sudu teh lada putih tumbuk
2 ulas bawang putih - diketuk
1 cawan tepung jagung + 1/2 cawan air

Bahan B: isi dalam itik
2 ulas bawang putih - dipotong halus
1 inci halia - dipotong halus
1 1/2 sudu garam - Amie gantikan dengan 1 sudu perencah MAGGI Cukup Rasa + 1 sudu makan sos tiram


Cara:
1. Ikatkan tali berjuntai pada leher itik. 
2. Didihkan air secukupnya dalam periuk besar dan masukkan Bahan A kecuali itik dan larutan tepung jagung. Kacau sebati.
3. Masukkan larutan tepung jagung dan kacau hingga pekat - nampaknya bahagian ini Amie gagal sebab Amie bubuh air agak banyak, jadi air didihan tak berapa pekat - lain kali Amie kena kurangkan air.
4. Masukkan itik - oleh sebab tidak diterangkan berapa lama itik dimasak, Amie pastikan daging itik masak -rebus dalam masa  jam.
5. Keluarkan itik dan gantungkan hingga kering.
6. Setelah kering, masukkan Bahan B ke dalam itik.
7. Panaskan Avon Grill Pan pada suhu sederhana - Amie gunakan oven biasa - dan letakkan itik di atas jaring keluli.
8. Panggang setiap sisi selama 30 minit atau sehingga cukup garing.
9. Hidangkan.


Agaknya kalau Amie ada Avon Grill Pan hasilnya kelihatan lebih cantik.... he hehe...ini kira okeylah juga kan! My first Itik Peking!


Sambil merebus & memanggang itik, sambil-sambil menyiapkan Mango Casablanca. Ini sajalah yang larat Amie buat... minta maaf, tempahan lain Amie tak dapat buat. Yang atas tu Mr. Chai punya, dan yang bawah Amirul punya untuk ulang tahun perkahwinan ayahbondanya. Yang tengah-tengah tu Amie buat untuk family...  wooooo... kami sedang tunggu kepulangan bujang sulung kami, Abang Farid dari Labuan. Pada Amie naik kapal terbang sajalah, cepat sampai & tak penat dalam perjalanan tapi lain pula fikiran Encik Suami. Katanya, biarlah anak tu berdikari dan bagi pengalaman baru untuk balik ikut jalan laut & darat. Maknanya terpaksalah Farid naik bot laju dari Labuan ke Kota Kinabalu dan kena ke stesyen bas untuk balik ke Lahad Datu. Bila Amie telefon tadi, Abang Farid sedang makan di KFC bersama rakan kolej, dan rupanya naik feri dari Labuan ke Menumbok dan bukannya naik bot laju dari Labuan ke Kota Kinabalu. Jadi, terpaksalah Abang Farid naik bas 2 jam perjalanan dari Menumbok ke Kota Kinabalu.
Memang Amie dapat bayangkan betapa lama & letihnya Abang Farid dalam perjalanan. Pukul 8 malam nanti barulah bas bertolak dari Kota Kinabalu, dan dijangka sampai ke Lahad Datu antara pukul 3 hingga 4 pagi esok.....

8 ulasan:

  1. Salam Amie.

    Seronoknya menanti anak bujang pulang bercuti. Masak puas2 utk dia. Ita dah sampai ke Menumbok tu..tptnya panas sangat kan? Btw ita dah cuba ayam panggang beryogurt resepi dr amie. Rasa tak puas makan. Kena buat lagi. Itik Peking?..hanyir tak?

    BalasPadam
  2. Salam Amie.

    Seronoknya menanti anak bujang pulang bercuti. Masak puas2 utk dia. Ita dah sampai ke Menumbok tu..tptnya panas sangat kan? Btw ita dah cuba ayam panggang beryogurt resepi dr amie. Rasa tak puas makan. Kena buat lagi. Itik Peking?..hanyir tak?

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum...aduh amy cantik berkilat jer kulit itik tu..klu dapt satu slice alangkah sedapnya...

    BalasPadam
  4. salam Amie, lama tak ronda sini sbb busy yg tahap gaban hahaa, tapi nampak itik tu memanggil akak utk kesini, macam nak kena beli itik lah nak try ni mesti sedap kan

    BalasPadam
  5. Amie..cantik kaler itik peking tu, nampak sangat menyelerakan.

    Mango casablanca tu, mai sepotong, hehe..

    Mesti tak sabar nak jumpa abang Farid kan, seronok nanti dapat makan sama-sama.

    BalasPadam
  6. salam kak amie.. pandainya kak amie masak itik ..wani tak pernah nak cuba try ... snetuh pun idok itik ni hii.. nak cubalah nanti

    BalasPadam