Setelah berusaha mencuba beberapa kali dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, akhirnya.... buat pertama kalinya Encik Suami mengakui Brengkes Ikan Belais yang Amie masak sama rasanya dengan hasil air tangan Allahyarhamah bondanya. Yuuhuuuu.... Amie sudah lulus melepasi tapisan keutuhan masakan Melayu Cocos!
Wah! Bukan main seronok rasa hatiku! Lepas ni bolehlah lauk begini Amie jadikan hidangan kalau ada majlis keluarga di rumah kami.
Bahan-bahan:
2 ekor ikan belais - bersihkan dan potong 2
3/4 cawan santan pekat - ambil kepala santannya sahaja
1 1/2 sudu makan serbuk kunyit
2 biji limau nipis - perah jusnya
garam / perasa pilihan
1/2 cawan minyak
Bahan kisar:
5 biji cili kering
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
4 sudu makan biji ketumbar
Cara:
1. Goreng ikan separuh masak - angkat dan ketepikan
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak menggunakan api sederhana panas.
3. Masukkan serbuk kunyit dan gaul rata.
4. Masukkan ikan dan tuangkan santan pekat.
5. Masak sehingga kuah mulai pekat dan keluar minyak. Jangan selalu diterbalikkan ikan kerana isi ikan yang lembut (setengah masak) akan pecah. Gunakan api perlahan.
6. Tambahkan garam / perasa pilihan.
7. Akhir sekali tuangkan jus limau nipis dan balik-balikkan ikan perlahan-lahan.
Bagi sesiapa yabg tidak biasa makan Brengkes Ikan Belais, tentu akan rasa kelainannya terutama dari segi rasanya yang sedikit masam dan aroma dari rempah ketumbar!
Encik Suami kata tak payahlah hidangkan dengan sayur.... sebab lauk begini saja sudah cukup menyelerakan dimakan bersama nasi panas! Oh......! Tiba-tiba daku teringat Ayam Masak Ungkep yang cukup popular di kampungku.... yang sememangnya enak dimakan bersama nasi tanpa perlu sayur di sisinya.... sebab, sesetengah penggemar Ayam Ungkep mengatakan akan hilang rasa enak lauk ini jika ada lauk lain yang mengganggu!
Assalamualaikum k.amie aduh ngancam habih mmg terliur sungguh...
BalasPadamUnik nama masakan ni k.amie. ikan tu pn x pernah sy dgr namanya
BalasPadamMasakan cocos apa lagi yang sis belajar?
BalasPadam