Pages

Selasa, 17 Disember 2013

Sup Ekor ..... yang mampu membangkitkan selera!

Selamat pagi semua.
Sarapan apa pagi ini? He he hehehe.... bertanya soalan begini seolah-olahnya seperti hendak kongsi menu sarapanlah pulak! Amie tak buat sarapan pagi ini sebab semua ahli rumah tidak ada bersama termasuk si kecil Firdaus... ha, kalau Firdaus memang Amie dah siap masak bubur untuk bekalannya.
Ni nak cerita tentang resepi 2 hari lepas..... tentang Sup Ekor! Kadang-kadang bila Encik Suami kurang selera makan, mungkin disebabkan letih dan tekanan di tempat kerja, Amie cuba mencari kelainan dalam hidangan yang disajikan. Adakalanya Encik Suami sendiri yang mencadangkan menu, dan ada waktu-waktunya Amie pula yang pandai-pandai sendiri.... harap-harap tidaklah hasil air tangan kita tu dipandang sepi olehnya! Susah juga nak pancing selera orang yang tak berselera ni yea...


Amie terfikir barangkali aroma dari hidangan sup akan membangkitkan seleranya. Jadi, Amie campurkan kentang dan lobak merah dan cuba tambahkan cendawan shiitake dalam Sup Ekor. Amacam? Agak-agak Encik Suami tergoda tak dengan semangkuk Sup Ekor yang semerbak dengan aroma cendawan shiitake, bawang goreng, daun sup dan lebih-lebih lagi bau rempah-rempahan yang lain!



Resepi : Sup Ekor
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
800 gram ekor lembu
3 biji kentang - kupas & belah 2
1 batang lobak merah - kupas - belah 2 & potong 4
5 kuntum cendawan shiitake - rendam hingga kembang
1 labu bawang besar - belah 4
2 inci halia - kupas & ketuk
1 sudu lada putih - tumbuk
1 liter air
minyak
garam /perasa pilihan

Bahan tumbuk:
3 biji bawang putih
5 biji bawang merah
1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis

Rempah penumis:
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang

Bahan hiasan:
bawang goreng
hirisan daun sup & daun bawang



Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis rempah penumis hingga naik aroma.
2. Masukkan bahan tumbuk dan goreng hingga garing.
3. Masukkan ekor lembu, gaul sebati sehingga ekor lembu berubah warna / layu.
4. Tambahkan air dan biarkan hingga mendidih.
5. Masukkan lobak merah, cendawan shiitake dan bawang besar.
6. Perlahankan api dapur dan tutup periuk. Biarkan ekor lembu masak empuk.
7. Buka penutup periuk dan masukkan kentang. Tutup periuk kembali.
8. Setelah kentang empuk, dan daging masak, tambahkan lada putih tumbuk.
9. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
10. Padamkan api dapur.
11. Hidangkan segera bersama taburan bawang goreng, hirisan daun bawang dan daun sup.



Alhamdulillah.... Sup Ekor yang Amie hidangkan berjaya membangkitkan selera Encik Suami! Lebihan kuah sup dalam periuk dia sendiri yang cari untuk dihirup kali yang entah ke berapa...

5 ulasan:

  1. Salam K.Amie...tengok pun dah terliur apalagi jika boleh menghirupnya. T/kasih selalu kongsi idea baru dlm masakan :)

    BalasPadam
  2. pergghh sedapnya sup ekor, peberet hubby Liza ni tp biasa mkn kat kedai je, tak pernah wat sendiri...hihihi

    BalasPadam
  3. hai amie..
    uitsss ada sup ekorlah..
    favourtite my hubby ni..amie mintak izin share resepi sup ekor ni ea!..
    nak buat something special kat hubby hehe..:D

    BalasPadam
  4. Sedap ni kak amie..tp tak peranh buat sendiri cam susah nk dapatkan ekor lembu

    BalasPadam
  5. sy penah masak ekor lembu sekali jek...mengidam konon masa preggy anak sulong...buat sup merah yg pekat sikit tu cicah roti perancis. sedap gila sebab nak sgt makan. entah mana campak resepi tu...dah 9 thn lepas...menyesal pulak..

    BalasPadam