Pages

Selasa, 17 Disember 2013

Ayam Masak Lemak Cili Padi.... resepi paling senang tapi sedap!

Lewat pukul 11 pagi tadi Amie telefon Encik Suami.... tanya dia nak makan tengahari di rumah atau tidak. Katanya : tak balik ke rumah tengahari ini, balik petang nanti & ambil Firdaus di kampung dengan Fairuz sekali. Amie pun teruskan kerja Amie tapi tiba-tiba teringat pula Fuad yang tentunya sebentar lagi akan bertanya: Mummy masak apa hari ini? Amie pun segera ke dapur. Rupanya Fuad sedang masak mee segera... adeeeehhhh! Ko makan mee segera yea anak!


Wokeh.... inilah hasil kejadian Ayam Masak Lemak Cili Padi untuk hidangan kami tengahari ini. Sebenarnya olahan lauk sebegini teramatlah mudahnya! Semudah menulis ABC kata orang... ha hahah betul ke tu? Khas untuk adik-adik dan anak-anak dara sunti yang baru nak belajar masak gulai atau masak berkuah, bolehlah cuba resepi ini. Tak payah bubuh bawang putih atau bawang merah. Tapi sediakan cili padi lebih sikit..... segonggam yo... segonggam ponuh yo Milah! Jangan takut podeh! Tak podeh punya sebab bila cili padi bertemu dengan santan, timbul pula rasa manisnya!


Bahan utamanya selain cili padi, termasuklah serai dan juga kunyit. Gunakan kunyit hidup yo.... jadi rajin-rajinlah korek tanah cari isi kunyit yo Jang oiii! Dah dapat isi kunyit jangan lupa bawa sehelai dua daun kunyit masuk dapur....


Jom kita semak resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi yang katanya semudah menulis ABC di bawah ni.

Resepi : Ayam Masak Lemak Cili Padi
Olahan: Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 kg ayam - potong 10 bahagian
4 cawan santan -sedang-sedang cair & pekatnya
2 batang serai - diketuk
garam / perasa pilihan

Bahan tumbuk:
1 genggam cili padi - anggaran 20-25 biji
2 inci kunyit hidup

Hiasan : 
hirisan daun kunyit

Cara:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk.
2. Masak dengan menggunakan api sederhana sehingga ayam empuk dan kuah menjadi pekat.
3. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
4. Padamkan api dapur.
5. Hidangkan segera dengan taburan hirisan daun kunyit.



Ayam Masak Lemak Cili Padi.... walaupun berasap-asap tapi bila dinikmati tidaklah sampai telinga keluar asap.....!

30 ulasan:

  1. yes...yg ni mmg senang. sy tgk MIL masak cam ni jugak..sy ikut aje..sebab dah tentu my hb nak yg macam mak dia masak kan...menambah2 hb makan...tu yg suka tu...

    BalasPadam
  2. amie..buat saya tertelan airliuq tau !..tengok pic ni.lagi pedas lagi kaww prgh..

    BalasPadam
  3. Betul kata amie.masak lomak paling mudah.
    mudah pada yang dah biasa kan amie

    BalasPadam
  4. Lama dah saya tak makan ayam masak lemak cili padi..tengok gambar terliur la pulak :)

    BalasPadam
  5. salam kak amie..

    wah..wah..nampak menggodanya ayam masak lemak tu..tengok pun sudah telan liur..

    BalasPadam
  6. Sodapppp tu lomak cili api
    He hee berasap telinga den

    BalasPadam
  7. Lama tak makan masakan lemak cili padi.. Nampak sedap..! Yummm..!

    BalasPadam
  8. terima kasih atas resepi....
    hari ni teringin nak makan ayam masak lemak...
    google2 resepi terjumpa blog puan....

    jemput singgah blog saya jugak yerr

    www.haniqhanisalihah.blogspot.com

    BalasPadam
  9. Nompa pic dok atah tu emmmmmm sodap nopeny...perggggggg brasap telingo dan??

    BalasPadam
  10. Wow!!! simple dan mudah...sedap bebenor ni wehhh...moh lekeh cuba kome...

    BalasPadam
  11. Pergghh memang nampak sedap betul resepi masak lemak cili api ni ... :)

    Terima kasih.

    www.hasrulhassan.com

    BalasPadam
  12. Woa..really easy...thanks sis..kecur liur den nengok pic..hehe..

    BalasPadam
  13. Boleh nak ty dikit nich.
    Masak lemak cilik padi tak pakai bawang merah or bawang putih kah..
    Dah sedap mcm itu. Liat pic nak masak. Tp lum pernah coba. Jdi bumbu halus cuman cili padi ma halia dah ok kah.

    Makasih

    BalasPadam
  14. Aayu Imudh,
    dah tertulis di atas nu.... memang tak pakai bawang merah & bawang putih.

    BalasPadam
  15. Saya dh cuba resepi ni memang sedap giler ringkas pula tu

    BalasPadam
  16. Tapi yang buat pakai bawang merah bawang putih.resepi yg kt atas tu memang tak pakai

    BalasPadam
  17. Guys,please open my websites link for rates ranking�� http://parttimeduty.com/index.php?ref=9354

    Thank you ��

    BalasPadam
  18. Guys,please open my websites link for rates ranking👉 http://parttimeduty.com/index.php?ref=9354

    Thank you 😄

    BalasPadam
  19. Wah..wah....macam sedap je ni .terliur nak makan ayam masak chili padi pulak..thanks for resepi dear

    BalasPadam
  20. Wah..wah....macam sedap je ni .terliur nak makan ayam masak chili padi pulak..thanks for resepi dear

    BalasPadam
  21. Thank you kak amie...tengah gugel2 nak masak lomak simple acaner..terjumpa blog akak..jap g nak cuba lah~

    BalasPadam
  22. Salam kak.. Nak tanya.. Campur semua tu maknanya tak perlu tumis cili kan? Masukkan santan n bahan2 lain kan?

    BalasPadam
  23. Salam kak.. Nak tanya.. Campur semua tu maknanya tak perlu tumis cili kan? Masukkan santan n bahan2 lain kan?

    BalasPadam
  24. Jeyqa Jovita,
    ye masak semua.. masuk sekali harung.

    BalasPadam
  25. sdg masak ayam masak lomak..kurang pedas..bkn ape x tahan pedas klu pedas sgt..dpt resepi mudah sgt..tq akak

    BalasPadam
  26. Unknown,
    memang kalau tak tahan pedas susah nak masuk... tapi biasanya cili padi campur santan rasanya taklah menyengat sangat.

    BalasPadam
  27. terima kasih sbb sudi kongsi resepi ^^

    BalasPadam