Pages

Rabu, 27 November 2013

Telur Dadar Kacang Panjang Ular

Selalu juga Amie makan nasi dengan telur dadar dicampur kacang panjang, ditambah dengan sambal kicap serta ikan basung (selayang) goreng.... lagilah kalau perut sedang berkeroncong waktu tengahari! Biasanya lauk-pauk begini Amie temui dalam hidangan ketika berkunjung ke rumah ipar. Sekali pandang, telur dadar campur kacang panjang macam biasa saja, tapi sebenarnya ia ada keistimewaannya yang tersendiri. Mari dengar celoteh Amie di kala senja hampir menjelma ini....


Untuk menghabiskan sepuluh batang kacang panjang terasalah sukarnya....! Anak-anak memanglah susah sangat nak makan sayur! Kecuali kalau Amie hiris halus-halus dan campur dalam nasi goreng. Kebetulan pula kakak ipar (yang mengasuh Firdaus), bagi kami kacang panjang yang baru dipetik dari pokok (ada seorang penjual sayur yang datang dari rumah ke rumah. Kakak ipar Amie beli 3 ikat, dan 1 ikat diberikan pada kami. Istimewanya, bukan kacang panjang biasa tapi kacang panjang ular!


Amie dapat akal fikiran untuk buat telur dadar campur dengan hirisan kacang panjang ular. Kacang panjang ular ini memang lebih sedap berbanding kacang panjang biasa. Kulitnya nampak menggerutu, lebih gemuk dan isinya rasa lemak serta berwarna putih.


Amie hiris nipis-nipis, tambahkan bawang besar dipotong dadu, sedikit bawang putih cincang dan pecahkan 3 biji telur. Jangan lupa masukkan satu sudu teh serbuk MAGGI Cukup Rasa.


Lepas tu... dadarlah sampai masak. Mmmmm.... ketika dalam kuali lagi, semerbak kacang panjang ular bercampur bawang besar menusuk hidung!



Kalau nak sedap, sediakan sambal kicap! Dan... gorengkan lebih sikit ikan basung @ selayang!


Gerenti bertambah nasi dua tiga kali!


3 ulasan:

  1. idea kretif! bole la sy buat nnti so that budak2 pon x prasan depa mkn sayur...tq..tq kak Amie

    BalasPadam
  2. terkejut wani dengar kacang panjang ular ... hihi.. memang bagus tu kak buat cara cam tu nak galak anak makan sayur susah betol kan...telo dadar memang favorite kalo dah tak de lauk nak buat...

    BalasPadam
  3. pernah juga msk kcg panjang jenis ni.. mmg sedap walaupun rupanya kurang menarik.. hehe..
    amie.. kita selalu dadar telur campur dgn parutan carrot... anak2 suka...

    BalasPadam