Pages

Khamis, 28 November 2013

Singgang Daging

Sesekali terasa enaknya dapat hirup kuah daging singgang! Sampai berpeluh-peluh dibuatnya. Jadi.... di kesempatan ini Amie ucapkan ribuan terima kasih buat Yatie Memories di atas perkongsian Singgang Daging Kelantan yang ternyata sangatlah sedapnya! Yatie dapat resepi ini daripada Asliza, tapi sayangnya beberapa kali Amie cuba bertandang ke dapur Asliza, pintunya terkunci rapat, tak boleh masuk. Mungkin ada masalah kot... apa pun terima kasih sekali lagi buat kedua-dua insan ini yang sangat bermurah hati berkongsi resepi.


Amie letak tajuk resepi ini Singgang Daging saja, dan tidak tuliskan 'Kelantan' sebab Amie takut Amie silap buat disebabkan terlupa memasukkan cili kisar. Jadi, kuah singgang Amie nampak original he heheh.... apa pun kalau disebut Singgang Daging memang nama ini sinonim dengan negeri Kelantan atau Terengganu. Cara penyediaan dan masakannya juga mudah dan ringkas saja. Minta halal resepinya ye Asliza & Yatie.

Bahan-Bahan
  • 500 gm daging batang pinang - kalau dagiing biasa, rebus hingga empuk dulu
  • 4 keping asam keping
  • 2 btng serai- di ketuk
  • 2 sudu besar cili kisar - Amie lupa nak bubuh
  • Garam gula to taste
  • Air secukupnya untuk kuah
  • Bahan dimayang:
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
Bahan ditumbuk - tak payah hancur sangat
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu kecil lada jitam
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • sedikit belacan- saya tambah - Amie tak bubuh
Cara-cara:
  1. Cukup senang, masukkan semua bahan2 yang telah dimayang, yang telah ditumbuk, asam keping, garam gula, daging dan air ke dalam periuk.
  2. Renehkan hingga daging empuk. Rasakan semua rasa secukupnya.
  3. Sedap sangat, actually this is the Kelantan version of beef stew. YUUMMmmmmYYYY!


Sekali lagi sangkaan Amie meleset.... ingatkan anak-anak tak gemar masakan rebus-rebus begini, rupanya habis satu periuk dengan kuahnya sekali dihirup Fuad! Katanya, semerbak bau Singgang Daging yang Amie masak!


8 ulasan:

  1. walaupun tak letak pun tetap jadi singgang jugak kan.. emm memang daging singgang favorite wani hiii

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum..kalau bab hirup menghirup ni mmg peberet family saya ni..simple tapi sedapkan...

    BalasPadam
  3. memang sedap ni kak..best ni hirup2 kuah.

    BalasPadam
  4. assalamualaikum amie..
    dah balik sana yer..
    :) syok cuti skolah skrg yer.. firdaus lagi lah seronok kan.. :)
    clever betul firdaus skrg.. suka jelir2 lidah tu dah nak naik gigi lah kan.. cam fiyya hari tu.. skrg ni pun suka juga menjelir walaupun dah ada gigi.. tapi bawah je.. baru 2 batang.. hehehehe..

    pstt.. adik nani suka benor masak singgang daging.. kawinnya ngan org pantai timur.. nani tak pandai makan.. hehehehe

    BalasPadam
  5. salam k.Amie….wah!!!semua masakan negeri2 di Malaysia terer k.Amie buat. ni mmg hidangan wajib kalau time raya haji/korban selain sup&daging goreng…..sedapnye hirup kuah panas2

    BalasPadam
  6. Kecur air liur tgk pic masakan ni.. sedapnya nampak, dah la tengah hujan kt sini huaa. Nice blog btw ;)

    Jom Terjah : Bunuh Filem Melayu!

    BalasPadam
  7. As salam...saya ambik resepi dan gambar yea sis....mintak halal semua...

    BalasPadam
  8. Tima kasih atas resipi ni..
    znzabadistore.blogspot.com

    BalasPadam