Pages

Jumaat, 29 November 2013

Sambal Tomato

Musim cuti sekolah sekarang ini memang anak-anak berulang alik masuk ke dapur mencari apa yang boleh dimakan. Tambah pula musim hujan begini, perut pun memanglah cepat terasa lapar. Kadang-kadang kalau datang rajin Fuad & Fairuz masak sendiri apa yang boleh dimasak. Eloklah begitu kaaaannn.... masak makanan sendiri, dan tak perlu keluar membeli makanan di gerai atau makanan segera! Dah tuuu... apa pulak kaitan mukadimah di atas dengan Sambal Tomato yang hendak Amie kongsikan ini?


Sesungguhnya Sambal Tomato boleh dicicah dengan apa saja makanan yang sesuai.... alahai anak-anak kami makan keropok pun cicah dengan Sambal Tomato tau! Tak semestinya tunggu ada kuih cucur,  pisang, sukun, ubi keladi atau keledek rebus & goreng baru boleh cicah. Jadinya, memang banyaklah gunanya Sambal Tomato, selain untuk cicah dengan ikan bakar! Memandangkan banyak kegunaannya terutama di musim cuti sekolah ini, Amie pun berkira-kiralah nak buat lebih sikit.... lebihnya boleh simpan untuk esok atau lusa. Tak basi pun.... kalau takut basi, simpan dalam peti sejuk, nak makan bolehlah panaskan semula.


Sambal Tomato Amie kali ini nampak kehijau-hijauan sedikit sebab Amie tidak gunakan cili merah & tomato merah sepenuhnya macam selalu! Kalau anda nak sambal jadi warna merah... gunakan semua cili & tomato merah ye! Kali ini Amie sengaja buat begini sebab nak habiskan stok lada hijau tuu...


Amie gunakan cili padi minyak (betul ke namanya tu - sebab rasanya tak berapa pedas macam cili padi burung tu!) sebab tak mahu rasa sambal yang terlalu pedas!


Dan.... gunakan tomato kampung! Alaaa... gunakan tomato bandar pun boleh apa... tak jadi masalah. Ni saja je.... sebab ada tomato kampung.


Bubuh udang kering kisar.... tapi Sambal Tomato jadi seperti dibawah ni.... ada bintik-bintik hitam laaaa...



Sebab apa.... sebab Amie tambah udang geragau! Nampak tak mata udang geragau yang hitam tu... rupanya mata udang ni tak makan saman masuk pengisar tau! Degil sungguh dia... tak mau hancur!



Lagi pun memang Amie tak mau kisar sampai hancur lunyai pun.... sebab nak masak lama sikit, jadi kononnya biarlah lebur semasa direnih.... ha ahahah bunyi macam nak masak sup pulak! Amie campur dua jenis udang geragau.... yang atas tu jenis halus sikit & warnanya agak merah. Yang bawah ni agak kasar sikit, dan warnanya putih sikit.



Rasanya? Kalau dah namanya udang geragau tu... sama je laaaa.


Amie tambah 3 keping asam gelugur sebab nak rasa Sambal Tomato tu masam sikit. Tak bubuh pun tak apa, sebab dah ada rasa asam-asam tomato.


Dan, gula Melaka...  sukatan ikut suka nak manis ke nak tak berapa manis. Wadeeehhhh...wadeedeeehhh... jom tengok resepinya:

Resepi : Sambal Tomato
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1/2 kg buah tomato - cincang
2 biji bawang besar - cincang
2 batang serai - dititik
3 keping asam gelugur
garam / gula / perasa pilihan secukupnya
minyak

Bahan kisar :
5 biji cili merah
1 cawan cili padi
10 biji bawang putih
2 inci belacan
1/2 cawan udang kering - rendam hingga kembang dan toskan airnya
1 cawan udang geragau - bilas

Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya dan masukkan kesemua bahan kisar. Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan serai, asam gelugur, bawang besar da tomato. Gaul rata.
3. Perlahankan api dapur, dam biarkan sambal mendidih sehingga tomato dan bawang besar hancur.
4. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.


Sukatan dalam resepi di atas menghasilkan Sambal Tomato yang agak banyak. Jika anda ingin mencubanya, ikutlah sukatan masing-masing. Apa pun Sambal Tomato ini memang sedap, jadi pastikan janganlah buat seco'et je... buatlah lebih-lebih sikit! Tak habis, boleh simpan...


10 ulasan:

  1. Boleh cuba ni nanti...simpan dlm peti... bila nk mkn panaskan je...buat jgn pedas... ♥

    BalasPadam
  2. baut sambal ni,cicah dgn ubi rebus pun sodap!

    BalasPadam
  3. hai Amie..salam kenal dari saya :)

    urmm nampak sedaapkan sambal ni..!
    selain udang,ikan bilis boleh tak hehe..coz tak anak2 tak mkn udang..:)


    Amie..jom pi jejalan kat blog me,family and kehidupan..kalau sudi follow sekali hehe..:)TQ

    BalasPadam
  4. Aslmkm. First time rasa nya Along masuk kesini. Baru tau Amie pun ada blog lepas baca kes ciplak tu. Along link kat blog Along ya.

    BalasPadam
  5. Salam Amie ,
    sedap nampak sambal tu ....nak cuba la nnt...

    BalasPadam
  6. X pernah tau sy ada sambal camni kak....apalah sy ni...bnyk na mende yg x brapa nak tau...huhuhu...

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum amie nampak sedap nnti bole cuba...tkasih kongsi resepi...

    BalasPadam
  8. Sedap..saya baru masak..nyum..nyumm..

    BalasPadam