Selamat berhujung minggu teman-teman pengunjung dapur Amie yang dihargai. Alhamdulillah.... kami sekeluarga selesai menikmati hidangan tengahari. Abang Farid sudah 7 hari bercuti bersama kami, dan nampaknya hari ini Amie baru berkesempatan masak lauk yang pernah Amie fikirkan sepanjang percutiannya kali ini. Sayangnya, Abang Farid kurang sihat sekembalinya dari Labuan dan terpaksa berehat beberapa hari. Setiap kali Amie atau Encik Suami menelefonnya di Labuan, katanya lauk makan pilihannya hanyalah ayam! Hari-hari makan ayam! Amie suruh dia pilih ikan, tapi..... tau tau sajalah selera anak remaja!
Pada mulanya Amie ingin sediakan masakan kari ikan biasa tetapi bila Fuad menjenguk ke dapur, berpesanlah pula dia.... Mummy masak kari macam hari tu ye...! Rupanya anak-anak sudah terpikat dengan masakan kari dari Thai. Beberapa hari lepas Amie masak KARI MERAH AYAM, yang Amie ambil dari buku resepi Tasty Thai Cuisine oleh Patsie Cheong. Melihat Amie membuat pes kari merah dengan menggunakan pelbagai bahan, Fuad sudah menegur beberapa kali. Itu belum lagi sewaktu Amie tumis pes tersebut! Syukur Alhamdulillah.... bila dapat ahli keluarga yang tak cerewet dengan hidangan yang disediakan (walau pun resepi baru), membuatkan Amie rasa seronok dan semangat ingin mencuba pelbagai resepi lain semakin berkobar-kobar.
Sebenarnya resepi asal untuk masakan ini menggunakan sotong (Squids Curry with Eggplant) tetapi Amie gunakan ikan tenggiri. Seperti masakan Kari Merah Ayam, kena sediakan pes karinya terlebih dahulu. Kalau resepi Kari Merah Ayam gunakan Pes Kari Merah, untuk resepi ini kita gunakan Pes Kari Massaman pula.
Massaman Curry Paste
Massaman Curry Paste
Ingredients:
(A)
100g shallots
50g garlic
2 slices galangal
1 kaffir lime rind
1 kaffir lime rind
(B)
2 tbsps chili paste
1 tbsp roasted belacan
1 tbsp corinder seed powder
2 tbsp salt
Method:
1. Put (A) into blender and grind until fine.
2. Set aside and stir in (B) ingredients
2. Set aside and stir in (B) ingredients
Dah siap Pes Kari Massaman, barulah kita mula masak ye....
Resepi Asal : Squids Curry with Eggpplant
Tasty Thai Cuisine by Patsie Cheong
Ingredients
(A)
500g squids - Amie gantikan dengan 4 kepingan ikan tenggiri
50g string beans - Amie gantikan dengan kacang bendi
2 red chillies
10 straw mushrooms - Amie tidak gunakan
(B)
3 tbsps massaman curry paste
50g diced eggplant - Amie tidak gunakan
(C)
300ml coconut milk
3 pieces kaffir limes lieaves
fish sauce and sugar to taste
Method:
1. Heat 2 tbsps of oil in pot. Stir fry (B) untul fragrant. Pour in 1 cup of water. Bring to the boil.
2. Add in (A). Boil until eggplant ( Amie masukkan kacang bendi) become soft.
3. Pour in (C). Bring to the boil. Serve with steamed rice.
Terima kasih anak-anak sayang sebab nampak berselera sekali makan nasi dengan lauk Kari Ikan Ala Thai tengahari tadi. Tak sia-sia Mummy sibuk sediakan pes kari massaman yang menggunakan pelbagai bahan......
saya baru balik dari pakistan..nak ke thai lah pulak lepas nih...kekeke
BalasPadamSelamat berhujung mnggu kak amie..
BalasPadamSemoga Abang Farid cepat sembuh..
Anak saya pun sama..kalau boleh hari2 nak makan ayam..hehehe..
Nampak sedap sangat kari ikan tu..belum sarapan lagi nih..alahai lapar lah pulak....
ikan tenggiri dah ada dalam esbok tapi bahan2 lain takde..Sedap tengok kuahnya tu..
BalasPadamtentu seronok Farid dah ada bersama, moga Farid cepat sembuh.
BalasPadamSedap nampak lauk tu Amie..mesti berselera.
Sesejali pejena kari thai ni oun ok gak..tujar2 selera...
BalasPadam