Pages

Jumaat, 6 September 2013

Resepi Coleslow Sedap!!!!

Amie nak kongsi resepi coleslow yang memang sedap (pada Amie & juga anak-anak). Resepi ini Amie gunakan juga pada minggu lepas untuk melengkapkan hidangan ayam panggang serta kentang bakar untuk jamuan keluarga sebelah Encik Suami.


Nampaknya coleslow merupakan salah satu hidangan yang dapat memenuhi selera tetamu kami, dan berbaloi-baloi rasanya tangan yang lenguh menghiris dan mencincang kobis bila melihat mangkuk coleslow habis licin!



Malam ini, sambil Amie menyiapkan dua biji kek lapis untuk memenuhi tempahan, Amie sempat siapkan coleslow untuk memenuhi permintaan anak-anak pula.

Resepi : Coleslow
Bahan:
1/2 kg kubis putih (anggaran) - bilas & toskan, hiris halus dan cincang 
1/2 biji lobak merah - hiris halus dan cincang (kalau tidak suka warna lobak lebih menyerlah, gunakan sedikit saja)
1/2 labu bawang besar - hiris dan cincang
4 sudu makan yogurt asli
8 sudu makan mayonis
4 sudu makan gula pasir
1 sudu teh garam

Boleh tambah atau kurangkan sebarang bahan di atas mengikut citarasa masing-masing.

Cara:
1. Gaul rata semua bahan di atas hingga sebati.
2. Simpan semalaman di dalam peti sejuk.


Pandai-pandailah menyukat bahan ikut citarasa & selera  ye... sebab ada yang suka coleslow yang agak manis, ada yang suka rasa masam sikit. Tidak semestinya 100% ikut sukatan yang Amie paparkan di atas.

13 ulasan:

  1. Ermmm sedap nie Amie fuhhh mmg mengancam :)

    BalasPadam
  2. Aslmkum Amie

    suka mkn coleslow tp jrg buat...mkn gitu je..

    BalasPadam
  3. Assalam amie..anak2 acik suka ni.tspi tak pernah buat sendiri

    BalasPadam
  4. ummi pun tak pernah lagi buat sendiri, tentu lebih sedap dari yang beli kan..

    BalasPadam
  5. assalam amie, kita pun suka buat coslow sendiri, tapi selalui guna mayo n gula, n susu je, ini mesti lg sedap

    BalasPadam
  6. aslmkum amie..kene cuba jugak ni.. selalu tak letak yogurt.. msti sedap

    BalasPadam
  7. oo bubuh yogurt sedap ye kak..ada sesetengah orang bubuh fresh milk..
    nak cuba dua2 :)

    BalasPadam
  8. Salam kak amie..

    ni memang kegemaran saya kak..adui, telan air liur plak tengok ni..

    BalasPadam
  9. Salam Kak Amie..wahhh siap ada yogurt ni..nampak menarik untuk dicuba

    BalasPadam
  10. Saya dah cuba resepi ini..memang menarik dan sedap cuma sy tambah kan lemon utk rasa lebih segar pada coleslaw..

    BalasPadam
  11. sy mmg pakai yogurt.. tp bila pakai yogurt jenama lain, terus rasa lain... maybe kena kurangkan dos yogurt... hahha

    BalasPadam