Pages

Khamis, 5 September 2013

Ayam Gerang Asam

Jom semerbakkan dapur anda dengan aroma Ayam Gerang Asam! Resepi ala nyonya ini pasti menyelerakan dengan gabungan pelbagai bahan yang menimbulkan bau yang sungguh enak! Bayangkan jika serai, kunyit hidup, lengkuas, daun kesum, bunga kantan dan belacan bertemu dalam belanga! 


Resepi : Ayam Gerang Asam ( Resepi Asal : Ikan Gerang Asam)
Sumber : Chef Florence

Bahan-bahan: (Amie ubahsuai mengikut keperluan masakan)
175ml minyak
0.5 liter air
35 gram asam jawa - bancuh dengan sedikit air
1kg daging ayam - 10 keping
3 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan
2 sudu teh gula
1.5 sudu makan serbuk ikan bilis

Bahan kisar halus:
25 tangkai cili kering
300 gram bawang merah
3 ulas bawang putih
7 biji buah keras
2 cm kunyit hidup
2.5cm lengkuas
4 batang serai
1.5 sudu teh serbuk belacan
Hiasan: daun limau purut, daun bawang & hirisan cili




    Cara:
    1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar halus sehingga wangi.
    2. Masukkan air asam dan biarkan bahan-bahan tersebut mendidih.
    3. Selepas itu masukkan daun kesum dan bunga kantan dan renihkan selama 8 minit.
    4. Besarkan api dan masukkan perasa serta ayam. Biarkannya sehingga daging ayam empuk atau masak.
    5. Tutup api dapur setelah kepekatan kuah memenuhi citarasa masing-masing.

    Rasanya ini kali ketiga Amie buat Ayam Gerang Asam gara-gara terpikat dengan masakan Ibundo!

5 ulasan:

  1. Uish new style of chicken! Sedap ni kak :)


    ^Love2cook Malaysia^

    BalasPadam
  2. Assalam Amie, mesti rasa dia ala2 asam pedas ni, kalo ada kerajinan boleh di cuba ni, menarik nampak

    BalasPadam
  3. Sedapnya makan dengan nasi panas2 ni.

    BalasPadam
  4. Tengah dok cari resepi.. Mcm sedap tapi takde pulak heroin2 kesum & bunga kantan

    BalasPadam