Pages

Jumaat, 27 September 2013

Mummy, terima kasih bagi saya adik!

Dua hari lepas.... 
Biasanya Encik Suami akan membawa Fairuz untuk mengambil Firdaus di kampung, tapi hari itu disebabkan ada sedikit urusan yang hendak diselesaikan terpaksalah ambil Firdaus sebelah petang. Mungkin rasa agak sunyi, Fairuz meminta supaya segera ke kampung untuk membawa pulang Firdaus. Amie pujuk Fairuz dengan mengatakan, sebentar lagi kita sama-sama ambil adik bila Encik Suami sudah selesaikan urusannya. Tiba-tiba Fairuz datang memeluk Amie dan berkata:
Mummy, terima kasih bagi saya adik!


Kata-kata itu masih terngiang-ngiang di telinga Amie hingga saat ini! Oh! Fairuz begitu teruja menanti kehadiran seorang adik, dan sememangnya Fairuz sangat menyayangi Firdaus! Ketika kami sedang makan dan kedengaran tangisan Firdaus, orang pertama yang mendapatkan si kecil sudah tentu Fairuz! Fairuz sanggup tinggalkan hidangannya untuk meredakan tangis Firdaus!


Firdaus pula sangat manja dengan Fairuz. Kadang-kadang Amie perhatikan ketika Fairuz menonton televisyen, Firdaus bermain-main di sebelahnya, dan berbeza sekali kalau Amie berada di sisi Firdaus... pasti merengek-rengeklah dia!



Bezanya usia Fairuz dengan Firdaus... 12 tahun!



Dari umur 3 bulan, setiap pagi seawal pukul 5.50 pagi Fairuz akan meriba Firdaus di dalam kereta sepanjang perjalanan ke kampung, untuk hantar Firdaus ke rumah kakak ipar. Dan kemudian barulah Encik Suami hantar Fairuz ke sekolahnya.



Ini salah satu gambar Firdaus yang diambil oleh Fairuz ketika berumur 8 hari. Amie sungguh terkejut bila mendapati foto ini berada dalam folder ketika Amie hendak edit gambar! Entah bila dan dari mana Fairuz dapat idea untuk memakaikan Firdaus kaca mata Encik Suami... ALLAHU AKBAR!


Fairuz akan tidur siang atau malam di sisi Firdaus.... cuma kami bimbang kalau-kalau badannya BERGOLEK MENIMPA SI KECIL!



Terima kasih Fairuz kerana menyayangi adik Firdaus! 

10 ulasan:

  1. sukanya tengok gambar firdaus dengan spek klasik tu. kak amie kena cuci gambar tu buat kenang-kenangan.

    psssttt : nanti fairuz kata, mummy nak adik lagi...

    BalasPadam
  2. Ishh..comel sungguh firdaus ni. Geram melihatnya. Makin hari makin comel dan cerdik. Bertuah Firdaus punya abang yg penyayang mcm abang fairuz tu.

    BalasPadam
  3. Bagus betul abg Fairuz nie, senang Amie kan dah ader yg bantu jaga kan adik :)

    BalasPadam
  4. bagusnya fairuz. firdaus pun da pandai posing :)

    BalasPadam
  5. Mau tak seronok kan Amie, beza 12 tahun tu, memang teruja sangat2 dapat adik, beruntung Amie dapat anak2 penyayang.

    BalasPadam
  6. bole jdi mmber kamcing smpi diaorng besar ni k.amie...sayang btul ngan adiknya tu...:)

    BalasPadam
  7. terharu akak baca betapa sayangnye fairuz terhadap adiknya..alhamdulillah!

    BalasPadam
  8. siapapun akan sayangkan si comel ni kak amie...

    BalasPadam