Pages

Sabtu, 28 September 2013

Kaki Ayam Masak Kicap : Percubaan Kali Ketiga!

Seringkali juga Encik Suami pulang membawa mee goreng berlauk kaki ayam! Dan anak-anak pun, kalau boleh nak berebut makan kaki ayam sampai ke tulangnya sekali yang ternyata begitu lembut dan lerai dari tulangnya! Apa istimewanya kaki ayam itu sehingga Amie pernah terdengar ada yang mengatakan lebih sedap dari daging ayam! Pernah beberapa kali Encik Suami meminta Amie masak kaki ayam seperti yang biasa dibelinya itu, tapi Amie sengih-sengih je.... sebab tak tahu resepinya! Sehinggalah pada suatu hari Encik Suami berkata : Mummy boleh masak apa saja, tapi satu yang Mummy tak boleh masak. Amie tanya kembali : Apa yang Mummy tak boleh masak? Jawab Encik Suami : Kaki Ayam Masak Kicap!


Diringkaskan cerita akhirnya Amie mencuba sedaya upaya untuk memasak kaki ayam tersebut. Sebenarnya... malas nak cerita panjang, sebab memang panjang pun kisahnya nak dapatkan resepi ini! Mungkin ada dalam internet tapi malaslah pulak Amie nak google dengan masalah talian yang lembap memanjang! Akhirnya kelmarin dapatlah Amie korek rahsia resepi Kaki Ayam Masak Kicap ini daripada Fauziah Biran, (itu pun setelah 2 kali Amie cuba masak kaki ayam - kali pertama Encik Suami yang beri resepi tapi tak menjadi, kali kedua kakak ipar yang kongsi resepi, walaupun agak menjadi tapi terasa ada yang kurang) rakan sekerja yang pernah beri cadangan untuk Amie cuba buat Mango Casablanca suatu ketika dulu yang akhirnya Amie pula yang banyak terima tempahan dari teman-teman. Fauziah pula, sehingga kini belum pernah sekali cuba menghasilkan Mango Casablanca tersebut! Pelikkan! Fauziah tahu resepi tapi tak pula membuatnya, sedangkan orang yang tak tahu resepi sibuk pulak mencari ke sana ke mari ha hahahha....! Resepi kaki ayam ini pula katanya hasil bertanya dengan orang Cina (keluarga Fauziah memang terlibat secara langsung dalam perniagaan makanan). Mudah-mudahan dengan perkongsian resepi ini akan bertambah murahlah rezeki keluarga Fauziah ye... amin.


Resepi : Kaki Ayam Masak Kicap
Sumber : Fauziah Biran
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 kg kaki ayam - buang kuku dan potong 2
2 sudu makan cuka
1/2 sudu makan garam
1 liter air 

Bahan untuk menumis:
5 biji bawang putih - pecahkan
5 kuntum cendawan shiitake - rendam hingga kembang & potong 2
4 sudu makan kicap manis
1/2 sudu makan lada putih - tumbuk
1 sudu teh tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
garam / perasa pilihan
minyak

Cara:
1. Satukan kaki ayam dengan cuka dan garam. Perap seketika.
2. Panaskan minyak dan goreng hingga garing - bukan goreng hingga masak saja tau, tapi pastikan betul-betul garing! AWAS KETIKA MENGGORENG! WALAUPUN FAUZIAH BERITAHU GORENGAN TIDAK MELETUP TAPI AMIE AMBIL LANGKAH BERJAGA-JAGA. SEMASA MENGGORENG MEMANG AMIE TUTUP KUALI DAN TERNYATA MEMANG BESAR-BESAR BUNYI LETUPANNYA! ADA YANG KATA GAULKAN KAKI AYAM DENGAN TEPUNG GANDUM SEBELUM GORENG, TAPI AMIE BELUm CUBA CARA INI.
3. Masukkan kaki ayam tadi ke dalam mangkuk berisi air dan rendam selama lebih kurang 2 jam atau sehingga kembang. Toskan.
4. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bawang putih.
5. Masukkan kaki ayam,  cendawan shiitake dan tumis bersama kicap manis, lada putih serta sedikit air.
6. Perasakannya dengan sedikit garam /perasa pilihan. Untuk memekatkannya bolehlah masukkan bancuhan tepung jagung.
7. Kaki Ayam Masak Kicap sedia untuk dinikmati.


9 ulasan:

  1. Assalamualaikum Amie,
    Nampak sedap sangat kaki ayam tu, ni first time nampak kaki ayam masak macam ni, jakun lak rasa, selalu nengok yg dibuat sup aja.

    BalasPadam
  2. Salam Amie,atie xpernah msk/mkn kaki ayam ni :)

    BalasPadam
  3. Salam kak amie.. tun kan, xpenah masak kaki ayam, kalau beli ayam sekor tu, kaki dia buang je. len kali nk kumpul lah.

    BalasPadam
  4. Salam Amie. Kaki ayam memang my favourite. Ada Orang kata kaki ayam ni boleh jadi ubat. Apa-apa pon suka sangat...

    BalasPadam
  5. Assalam Amie,
    Wow, nampak spesial masakan tu. Di kg dulu-dulu adalah arwah emak memasak kicap ayam kampung yang di dalamnya disekalikan juga kaki ayam. Kalau nak buat khusus masak kicap kaki ayam, habislah ayam sereban! Teringat pula Ayah, lagu "Ayam" Wak Jalil Hamid!

    BalasPadam
  6. Nampak s3dap sangat kaki ayam tu..nak cuba buat jugaklah nanti...

    BalasPadam
  7. sedapnya makan kaki ayam tu kak amie..kalau saya suka makan kaki ayam masak kunyit..tu pun mesti buatan teman saya..em, dah lama x makan sebab kami sudah lost contact..huhu,sedihnya..

    BalasPadam
  8. xpnah try lg kki Aym msk kicap cmni,slalu wt sup je.,
    kbtln smlm bli kki Aym,sbb mmg febret kki Aym ni..bek utk tulg n sbg sumber collagen ktanya..hehe
    nk try la esk,hrap2 jd..heehee

    BalasPadam
  9. hai kak,
    natt dah cuba masakkan ni cuma xtarok cendawan..hehe..tp, perghh sedap..lecenn! Thanks kak.

    BalasPadam