Pages

Isnin, 2 September 2013

Kari Ikan Merah - Masakan Tradisi Melayu Melaka

Jom cuba resepi dari Negeri Hang Tuah pula. Biasanya kita dengar asam pedasnya sangat sedap, kuahnya berlinang-linang! Apa kata kita cicipi resepi Kari Ikan Merah. Rempah karinya dibuat sendiri, dan tidaklah sesukar mana... Kalau dulu memanglah berpeluh dibuatnya sebab kena giling, tapi sekarang semuanya di hujung jari, hanya tekan saja butang pengisar.... grrrrrrr.... rempah kari siap untuk dilebur dalam kuali!



Nampak tak warnanya tu.... inilah hasil rempah kari kisar sendiri, memang warna kunyit hidupnya kelihatan kuning menyerlah!



Resepi asalnya menggunakan ikan bawal hitam, tapi Amie tak ada ikan tu, jadi Amie gantikan dengan ikan merah. isi ikan merah sebenarnya tawar, jadi elok benarlah dimasak kari supaya meresap rempah-rempahannya ke dalam isi ikan yang lembut ini. Amie masak satu ekor, dari kepala sampai ke ekornya, dan kebetulan beratnya 1kg.



Kepalanya Amie ratah seorang diri! Suka sangat matanya tu.Okey, Amie kongsikan resepinya di bawah ini.

Resepi : Kari Ikan Merah (Resepi asal : Kari Ikan Bawal Hitam)
Sumber : Masakan Tradisi Melayu Melaka - Norbi Husin

Bahan-bahan:
1 ekor ikan sederhana besar
1/2 cawan minyak
1 biji kelapa - ambil 1 cawan patinya
10 helai daun kari
2 biji bendi
1 biji terung
1 biji tomato
sekepal kecil asam jawa - ambil airnya 2 cawan
garam secukup rasa

Bahan giling lumat - Amie kisar:

15 tangkai cili kering

3 camca besar ketumbar
2 camca besar jintan manis
1/2 camca besar jintan putih
1 inci halia muda
3 inci kunyit hidup
1 inci belacan bakar

Bahan untuk menumis:
1/2 camca besar biji sawi
1 ulas bawang putih - tumbuk
1/2 camca besar jintan manis
1/4 camca besar jintan putih



Cara:
1. Ikan dibersihkan, kemudian dikerat 3 - Amie kerat 6 sebab saiz ikan panjang
2. Panaskan minyak di dalam periuk, tumis biji sawi berserta bawang putih dan jintan yang telah ditumbuk.
3. Masukkan semua bahan yang telah digiling, kacau sehingga garing, masukkan air asam jawa. Biarkan hingga mendidih.
4. Tomato dan bendi dipotong dua. Terung dibelah empat.
5. Masukkan ikan, sayur-sayuran, garam, pati santan dan daun kari ke dalam periuk. Masak hingga kuah mendidih, Angkat dan hidangkan.

13 ulasan:

  1. Kakpb suka sgt ikan merah masak kari. Paling best kat kepala...huhu...dah tua2 takpe mkn kepala.

    BalasPadam
  2. Sedap ni, dah lama kak ros tak update blog, angin malas sungguh memuncak, tabik tengok amie masak, update blog , kerja dan jaga sikecik c-tome tu.

    BalasPadam
  3. Zana,
    memang sedap sangat kepala ikan... korek duluan matanya bila dihidang! Hihihiii...

    Kak Ros,
    sejak dua menjak sibuk dengan tempahan ni Kak Ros, rasanya dah jarang Amie update blog...

    BalasPadam
  4. Sedapnya tengok kari ikan kak amie ni..ngan kuah pekat melekat camtu..kari ni bila makan yg semalam punya lagi sedap hehe

    BalasPadam
  5. memang macam sedappp sekali... rasa mau makan nya sekarang..huhuhu

    BalasPadam
  6. Memang fresh rasa kuah kari ni....bahan2nya fresh semua....nanti mau ambik resepi rempah kari ni...

    BalasPadam
  7. Lama tak singgah dapur Amie..harumnya aroma kari ikan merah ni,ada pulak bendi tu, perghh!!, mesti nyaman!!

    BalasPadam
  8. Salam kak amie. kalau tun, guna kepala ikan merah.. fuhhh.. kompom xpandang kiri kanan ngadap nasik.

    BalasPadam
  9. Asslmkm kak. Kak Amie sgt rajin. Untung cik abg akk. Sue pun kebetulan smlm baru buat masak kari juga. Tp gn rempah beli la. :)

    BalasPadam
  10. mengancam kari amie tu... pasti secukup rasa..

    BalasPadam