Pages

Ahad, 15 September 2013

Jom Sarapan Kuey Teow Goreng Simple Dimple....

Hai teman-teman sayang... selamat pagi dan selamat berhujung minggu! Dah sarapan ke belum... eh eehehhh... sekarang dah pukul 11.30lah. Ni dah masuk waktu makan tengahari nih!


Sebelum mengadap hidangan tengahari jom sarapan dulu dengan Kuey Teow Goreng Simple Dimple di dapur Amie.

Bahan-bahan:
700 gram kuey teow - bilas dan toskan
1 cawan potongan dada ayam
20 biji bebola ikan - belah 2
1 cawan hirisan sayur kobis
1 cawan taugeh
1 cawan potongan daun kucai
3 biji lada merah - hiris
5 biji bawang merah - tumbuk
3 biji bawang putih - tumbuk
4 sudu cili sos
2 sudu tomato sos
1 sudu sos tiram
4 sudu kicap manis
1 sudu makan serbuk pati ayam
minyak

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan potongan dada ayam dan masak hingga daging empuk.
3. Masukkan sayur kobis, cili sos, tomato sos, dan sos tiram. Gaul sebati.
4. Masukkan kuey teow dan kacau gaul seketika.
5. Masukkan kicap, hirisan lada merah, daun kucai dan taugeh. 
6. Taburkan serbuk pati ayam. Kacau rata.
7. Angkat dan hidangkan.


Jom nikmati Kuey Teow Goreng Simple Dimple!

5 ulasan:

  1. salam Mie, amboii cantiknya kueteow tu lama akak makan masakan Amie, nak sepinggan buleh?

    BalasPadam
  2. simple dimple tapi tebtunta sedaaaappp!

    BalasPadam
  3. Aslmkum Amie

    mcm2 ada dlm entry kali ni...semuanya nampak sedap. kek lapis Amie tu cantik lapisannya.
    Happy belated bday buat Fuad. Special hidangan utk bday Fuad dimasak sendiri oleh ibu....air tangan ibu itu yg istimewa , tambah makanan pula sedap...dg American Brown Cheese Cake dan Ayam Panggang Madu...nampak enak sgt..

    BalasPadam
  4. Kak Noor,
    teringat istilah simple dimple kapadia Kak Noor...

    Whitecappuccino,
    sedapp...

    Mamasya,
    waalaikumussalam....
    tq Mamasya, suka sangat;ah Fuad dapat apaa yang dia mahu.

    BalasPadam
  5. Sedapnya..pagi ni nak masak kuew teow,,,sebm ni Zaty plg tak suka kalau umi msak greng kuew teow,,skang ni encik suami suka..ttbe dah jadi pebret,,hehheheh..

    Zatytiey.blogspot.com

    BalasPadam