Pertama kali Amie hidangkan American Brown Cheese Cake pada awal tahun DI SINI, Fuad terus jatuh cinta! Entah berapa puluh kali Fuad berpesan : Nanti birthday saya Mummy jangan beli kek di kedai, buatkan saya American Brown Cheese Cake saja. Amie sebenarnya ingin membuat kek yang istimewa untuknya dengan hiasan (maklumlah baru minggu lepas belajar menghias kek dengan Chef Eugene Wong), tapi Fuad tetap tidak mahu menerima cadangan Amie.
Akhirnya.... untuk hari istimewanya yang jatuh pada hari ini 14 September 2013, tertunailah hasrat hatinya untuk menikmati American Brown Cheese Cake yang sentiasa bermain di bibirnya dan diingati sepanjang waktu di hatinya. Kami berdua bersama-sama menyiapkannya pada malam semalam. Encik Suami pula membelikan seekor ayam segar dan Amie sempat sediakan Ayam Panggang Madu, juga salah satu menu kegemaran Fuad.
Bukan main seronok Fuad dengan ABC : American Brown Cheese Cakenya!
Untuk resepinya bolehlah klik DI SINI... sesungguhnya Amie tak larat nak menerangkan sekali lagi satu persatu cara penyediaannya, sebab Amie pun masih pening-pening lalat menyusun bahannya sebanyak 4 lapisan itu! Tapi memang sedaplah... kata Chef Khoo yang ajar kami buat ABC ini, kek ini sebenarnya dari Secret Recipe! Bahan yang digunakan pun sampai 13 jenis dan tambah 40 gram air jadi 14 jenis!
Untuk resepi Ayam Panggang Madu pula bolehlah klik DI SINI.
Selamat Ulang Tahun yang ke 15 Mohd. Fuad. Moga anakanda sentiasa sihat sejahtera, rajin belajar, sentiasa mendengar nasihat ayah & bonda, dan in shaa Allah menjadi insan yang berguna di sini agama, bangsa dan negara!
Ermmm sedap nyer nampak Amie.. Syiokk nyer kalau dekat ngan Amie kan leh dpt kek best.. Happy birthday Fuad semoga panjang umo murah rezki :)...
BalasPadamAssalamualaikum Amie..
BalasPadamSELAMAT HARI LAHIR buat Fuad.. selang sehari je birthday kita ye Fuad.. :)
>> american cheese kek.. sedapnya amie.. ayam panggang tu pun bukan main hebat nampak..
>> semalam nani makan oreo cheese kek.. bos beli kat SR je.. bukan buat sendiri pun.. tapi tak per lah.. janji ada kek.. kan kan.. :) nyam nyam.. tumpang colek sket kek fuad.. :)
Delima,
BalasPadamTerima kasih Delima..... marilah datang sini D%.
Nani, waalaikumussalam... terima kasih.
Selang sehari ye tarikhnya Nani.
salam kak amie..
BalasPadamwah, Nampak betul sedap ABC tu..bertuah anak dapat apa yang diidamkan..happy birthday..
Selamat harilahir Fuad..semoga menjadi anak yang solleh
BalasPadamselamat ulangtahun, sedap nye kak :)
BalasPadamselamat hari lahir Fuad..moga diberkati Allah sentiasa.
BalasPadamBestnya nampak kek tu, patutlah Fuad tak nak kek lain dah.
Assalamualaikum Amie..
BalasPadamSelamat menyambut hari lahir buat Fuad. kek tu .. emmmm teringin !