Pages

Selasa, 17 September 2013

Jom Buat Tempahan di MAS HOMEMADE CAKES (DUNIAKU - DAPUR MAS)



Assalamualaikum rakan-rakan pengunjung yang dihargai.

Agak lama juga Amie tidak bercerita tentang perkembangan kumpulan masakan MERIAHNYA DUNIA MASAKAN yang kini sudah menghimpunkan lebih daripada 7,000 ahli. Amie ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli kumpulan ini yang sentiasa memberi sokongan sama ada dari segi sumbangan resepi, idea dan juga kepada mereka yang sudi singgah untuk mencari atau mengikuti perkembangan kumpulan ini. Kehadiran anda dalam ruangan ini sesungguhnya turut menyumbang kemeriahan suasana. Kali ini Amie ingin paparkan salah seorang blogger masakan yang merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Blogger manis ini menetap di Shah Alam, Selangor dan memiliki seorang puteri serta dua orang putera. Kesibukan sebagai ibu dan pengurus rumah tangga tidak menghalang beliau untuk menerima pelbagai tempahan terutamanya kek dan yang sewaktu dengannya.

Siapa yang tidak kenal Mashitah Mas dari DUNIAKU - DAPUR MAS? Dapurnya sentiasa meriah dengan pelbagai resepi, dan koleksi tempahan termasuk crepe pelbagai inti, pavlova & mini pavlova, aneka jenis kek termasuk cake in jar, kek buah dan jemputlah terus ke dapurnya untuk lebih lanjut....

Anda boleh juga berkunjung di halamannya di MAS HOMEMADE CAKES untuk melihat sendiri hasil air tangannya. Sesiapa yang tinggal berhampiran dengannya, jika berminat apa salahnya sesekali membuat pesanan dari kedai roti dan kek Mas. 

Jom kita cuci mata dengan sebahagian kecil koleksi kek yang menjadi pilihan pelanggan Mas di bawah ini:

Princess Cake - Choc Cake


Pavlova

Snow Cheese Cake

Black Forest Cake

Red Velvet Cake In Jar

Cream Puff

Durian Crepe

Mas,
terima kasih kerana turut sama memeriahkan Meriahnya Dunia Masakan, moga pelanggan Mas akan terus bertambah dari semasa ke semasa. In shaa Allah, berkat usaha dan kerajinan Mas, satu hari nanti Mas tersenarai sebagai salah seorang usahawanita yang berjaya! Mudah-mudahan urusan di MAS HOMEMADE CAKES terus berjalan lancar.



3 ulasan:

  1. amin ....
    tima kasih kak...
    terharu sangat baca entry akak ni..
    berkat menimba ilmu dialam maya kak..
    alhamdulillah, dapat juga menambah pendapatan keluarga ....
    selain bertemu ramai rakan2 yang hebat2 ......
    moga akak juga terus maju jaya dlm bisnes yerk kak...

    BalasPadam
  2. Tahniah Mas dan moga terus berjaya...
    sikap Mas yg tak lokek dgn ilmu dan tips tu takkan akak lupakan :)

    BalasPadam
  3. Cantiknya kek tu, seronok tengok mereka yang pandai memasak dan kreatif ni, tahniah Mas.

    BalasPadam