Entri ini sudah terlewat untuk dipaparkan .... tapi Amie tetap ingin abadikannya sebagai kenang-kenangan tentang kesibukan Amie mengatur dan mengurus masa di hujung minggu! Nampaknya kali ini Firdaus jadi model merangkap Duta Kek Lapis... he heheh seronok baca komen tentang gambar di bawah di FACEBOOK.
Terima kasih sayang Mummy Firdaus... kalau sayang cerewet, tak bolehlah Mummy siapkan tempahan ini semua.
Tempahan petang Sabtu : Mango Casablanca. Terima kasih Puan Kamsiah Idris & Puan Hajah Sitti Jaliha Haji Salman.
Pada petang yang sama juga Amie sempat penuhi tempahan untuk Ayam Panggang Madu & Ayam Panggang Rosemary.
Terima kasih Cik Mardyanna Buang di atas tempahan Ayam Panaggang Madu & Ayam Panggang Rosemary.Terima kasih juga buat Ustaz Hasnan kerana menempah Ayam Panggang Rosemary & Mango Casablanca. Katanya kedua-dua menu ini untuk hidangan berbuka puasa.
Alhamdulillah. Tugasan paling mencabar sudah tentulah menyiapkan tempahan Kek Lapis Cheese Masam Manis. Amie siapkan setelah berehat dan tidur, dan bangun semula pada pukul 2.30 pagi.
Selepas Subuh, Amie sempat sediakan serba sedikit sarapan pagi Untuk keluarga kecil kami. Pada ketika ini, terdengar bunyi mesin basuh dari bilik air. Rupanya Encik Suami bantu cuci pakaian. Alhamdulillah.... Encik Suami sangat memahami dan sesungguhnya Amie tidak mampu untuk menyempurnakan semua tugas rumah tangga ketika sibuk menyiapkan plebagai tempahan.
Sebelum Encik Suami keluar ( ada kerja yang hendak diselesaikan), kami sempat bersarapan pagi berdua. Fairuz & Fuad & Firdaus menyambung tidur!
Tempahan Kek Lapis Cheese Masam Manis : Terima kasih buat Madame Cindy Peh Li Foon, Madame Janet Liaw, Encik Leong Weng Onn, Encik Albert & Puan Fazilawati Abdul Rahim.
Tempahan Mago Casablanca : Terima kasih buat Encik Leong Weng Onn, Encik Albert, dan Madame Irene Lim Tong Keng.
Tempahan terakhir datangnya daripada Puan Tinie Ibrahim, dan terima kasih yang tidak terhingga kerana Puan Tinie berpuas hati dengan Ayam Panggang Rosemary & Sos Lada Hitamnya yang katanya sedap! Seronok dengar!
Harap semuanya berpuas hati dengan tempahan masing-masing. Terima kasih daun keladi, terima kasih kerana sudi menempah dengan Amie's Little Kitchen! Jumpa lagi.
salam kak..
BalasPadamwah, pastinya sangat sibuk menyiapkan semua tempahan ni kan kak..tapi, penat tu berbaloi bila customer sukadan puji dengan hasilnya..
Aslmkum Amie
BalasPadammaaf lama tak menyinggah ke mari. dtg2 nengok model kek lapis sdg menunggu....hi...
cantik kejadian kek lapis itu
syabas Amie, dr ambil tempahan kek lapis, dah ambil tempahan lauk pula....mmg Amie yakin boleh...moga terus maju.
Assalam kak.
BalasPadamsemu yg ditempah nampaksangat menyelerakan.. kalau dekat nak juga ena tempah.. terliur2 hah di pagi hari
Bestnya ye kak...moga maju sntiasa....rezeki anak2...:-)
BalasPadamsalam Amie..
BalasPadamsangat2 kagum dengan kegigihan amie menyiapkan tempahan walaupun ada budak kecik yg bambam tu.. hehehh.. memang betul.. bila tempahan berderet mcam tu dah pasti kita tak mampu nak siapkan semua kerja rumah tangga kan.. tambah bila order di hari bekerja.. madihaa selalu terpaksa tolak tempahan di hari kerja kerana rasa tak mampu nak sempurnakan tempahan. maklumlah.. sebagai isteri & ibu terpaksa dahulukan yang wajib.. jika mengejar tempahan (duit) tp makan minum, pakai anak2 & suami terabai tak elok juga.. tambahan pula madihaa bukanlah sihat sangat nak berjaga hingga ke pagi nak siapkan tempahan.. silap2 boleh tumbang.. nnt sendiri juga yg susah.. hehe.. apa2pun.. keseronokan menyiapkan tempahan tak dpt nak digambarkan bila customer suka dgn apa yg kita buat kan amie.. tahniah amie.. teruskan minat mu itu ye..
salam kak Amie...
BalasPadamterliur ku menengok ayam panggang tu sama mango kasanova...hahaha...kasablanka ba...
salam aidilfitri kak amie..
BalasPadamkalau dekat2 qema pun teruja nak tempah gak, terliur la ayam panggang & kek lapis tu kak :)