Pages

Ahad, 14 Julai 2013

Nasi Ayam Ungkep

Rupa-rupanya anak-anak suka makan Ayam Ungkep.  Dua hari lepas Amie sediakan Ayam Ungkep untuk hidangan berbuka puasa. Fairuz sempat berpesan supaya Amie simpankan seketul untuk lauk sahur. Sedap katanya. Sayangnya, semasa bersahur hanya tinggal saki baki kuahnya yang sedikit! Jadi petang tadi, sekali lagi Amie masak lauk Ayam Ungkep. Ayam Ungkep memang enak dimakan begitu saja dengan nasi. Tak ada sayur pun tidak apa, sebab kalau ada sudah tentu agak lain sedikit rasanya. Macam kurang pula nikmat rasa Ayam Ungkep! Jadi Amie masaklah Nasi Ayam berlaukkan Ayam Ungkep, yang diringkaskan menjadi Nasi Ayam Ungkep.




Resepi : Nasi Ayam 
Idea dan Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
4 cawan beras basmathi - rendam selama 10 minit dan kemudian basuh bersih
3cm halia - hiris nipis
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 sudu makan minyak zaitun
1 sudu makan serbuk pati ayam Maggie
1 helai daun pandai - siat dan simpulkan
air secukupnya - anggaran 1:1.5 (1 cawan beras = 1.5 cawan air)

Cara:
1. Campurkan kesemua bahan di atas ke dalam rice cooker.
2. Tekan suiz memasak dan jangan dibuka sehingga nasi masak dan kering.



Untuk resepi Ayam Ungkep boleh klik DI SINI. Tapi Amie tolong copy paste seperti di bawah ini.

Resepi : Ayam Ungkep (Masakan tradisi masyarakat Jawa di Kampung Bukit Hijau, Jeram, Selangor)
Olahan : Amie's Little Kitchen



Bahan-bahan:
1kg daging ayam - potong 8 - lumur dengan sedikit garam & kunyit - perap seketika
2 batang serai - dititik
3 cawan air
minyak
garam / gula / perasa pilihan
2 helai daun salam - saja Amie tambah, sebenarnya orang kampung kami tak gunakan daun salam

Bahan tumbuk / kisar:
5 ulas bawang putih
10 biji bawang merah 
sejemput ketumbar biji
sejemput jintan manis
sejemput jintan putih
3 cm kunyit hidup
3cm halia
15 biji cili padi 

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.
2. Masukkan  serai ( dan daun salam) dan daging ayam dan kemudian gaul rata hingga ayam kelihatan layu atau berubah warna.
3. Tambahkan air, garam / gula / perasa pilihan.
4. Tutup kuali rapat-rapat.
5. Kacau sekali-sekala untuk memastikan daging ayam tidak hangus kekeringan atau hancur.
6. Apabila kuah kering (jika suka kuahnya tak perlu masak sampai kering), dan ayam empuk, matikan api.

Kali ini Amie tambahkan 4 biji telur rebus dalam masakan Ayam Ungkep. Amie masukkan telur rebus di pertengahan proses mengungkep ketika kuah sedang mendidih untuk menjadi pekat. 



Sambil menunggu Ayam Ungkep masak dalam kuali, Amie sempat siapkan Mango Casablanca tempahan Cikgu Kamsiah Idris.


Mango Casablanca sudah diambil oleh tuannya sebentar tadi. Harap Cikgu Kamsiah bertpuas hati dengan tempahannya ini.

6 ulasan:

  1. Mango Casablangca??? ohhhh rasa nak terus cedok masuk mulut!

    Nasi Ayam Ungkep? Rasa nak try la buat suatu hari nanti. Mudah jer kan?

    BalasPadam
  2. sedap mie. Ingat petang ni nak buat nasi ayam gak.

    BalasPadam
  3. salam mie.
    Ita pun nak cubalah nasi ayam ungkep ni. Plan ptg nanti nak buat ayam paprik tp bila tgk ungkep ni rasa nak cuba lah. Thanks for sharing.

    BalasPadam
  4. Salah satu menu yg belum pernah makcik masak di rumah....tahun ni mau try ni resepi kak Amie....menyelerakan.

    BalasPadam
  5. Terima kasih k.mie sebab share resepi ni. Semalam jugak sy try untuk berbuka puasa dn alhmdulillah jadi dan resepinye sgt sedap sekali.

    BalasPadam
  6. salam amie, dh memcuba masak ayam ungkep sedap bangat...nasi ayam tu belum di cuba....Tq amie...

    BalasPadam