Pages

Khamis, 6 Jun 2013

Smoothies Anggur Merah & Hitam

Selamat pagi semua....
Orang kata kalau cuci perut di awal pagi, badan akan berasa lebih selesa, tak mengantuk dan segar sepanjang hari. Maklumlah toksik dalam badan  tidak terkumpul. Inilah yang sebenarnya Amie suka. Sesetengah orang menghadapai masalah untuk bersihkan perut, maklum sahajalah kadang-kadang ada yang sampai 2 atau tiga hari  bahkan ada yang sampai seminggu baru boleh qada' hajat! Jika anda suka amalkan minum smoothies, in shaa Allah selain mengenyangkan, sekali gus membantu anda melawaskan pembuangan sisa dalam tubuh yang tidak diperlukan. Tidak semestinya mengambil smoothies pada waktu pagi, tetapi bila-bila masa anda boleh menyediakan dan meminumnya. Namun begitu, pastikan pengambilan yogurt untuk diet harian anda tidak melebihi 200ml setiap hari kerana jika mengambil yogurt secara berlebihan boleh menyebabkan perut anda kembung!


Kali ini Amie kongsi Smoothies Anggur Merah & Hitam. Gunakan anggur yang tidak berbiji. Anda boleh tambahkan gula pasir atau madu untuk rasa lebih manis memandangkan yogurt asli akan terasa sedikit masam, namun jika anggur tadi sudah cukup manis, tidak perlulah tambahkan gula atau madu. Eloklah kurangkan pengambilan manisan dalam diet harian kita.

Resepi : Smoothies Anggur Merah & Hitam
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
250 gram anggur hitam tanpa biji
250 gram anggur merah tanpa biji
200 ml yogurt asli
150ml susu segar
2 sudu makan gula pasir / madu

Cara:
1. Sejukbekukan anggur merah dan hitam selama lebih kurang 2 jam.
2. Campurkan anggur merah dan hitam bersama yogurt asli, susu segar dan gula pasir / madu di dalam pengisar.
3. Kisar hingga halus dan lembut.
4. Tuang ke dalam gelas.
5. Sedia untuk dinikmati.



Mmmmm... masam manis! Sihat & berkhasiat!

9 ulasan:

  1. Walah kak...anyess weteng nk entok sak gelasss...kak, ono rezeki lain kali kito temu yo...moso okak balik selangor , aku balik kg..balik omah sediluk dhino senen, seloso terus nyambung coti gowo anak2 dholan nang Bukit Merah, insyaAllah nyambung dholan lungo Cameron sewengi, mbengi ki..ono rejeki lungo sabah pulak..he hee

    BalasPadam
  2. Wah! Dolan entek-entek'an yo Rohah... seronoknya dapat bercuti sakan dengan anak-anak!

    BalasPadam
  3. salam kak..

    bestnya dtg sini..selalu dihidangkan dgn smoothies yang pelbagai..yummy.

    BalasPadam
  4. Aduhhh K.Amie..tak leh jadi ni tengok smoothie nih..hulur la segelas K.Amie..

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Kak Amie...Waahhhh bagusssnya klu dapat smootie dipagi hari...Hujung2 minggu boleh gak mencuba ni...

    BalasPadam
  6. adeh.. puasa2 ni mmg menggoda betul laa tgk smoothies nih..

    BalasPadam
  7. Nak segelaaasss... terlior!!

    BalasPadam
  8. ohhh kak amie buat air nyaman2 tak panggil zila ye..mai secawan (",)

    BalasPadam
  9. tengah panas ni dapat ni sedap ni...

    BalasPadam