Pages

Isnin, 17 Jun 2013

Mee Encik Suami

Assalamualaikum.
Petang tadi Amie hendak masak sesuatu yang agak special tapi tiba-tiba ada urusan yang perlu diselesaikan di kampung Encik Suami. Jadi hasrat untuk masak itu pun turut terbantut. Di kampung, Amie lihat Encik Suami makan pisang berangan dengan keropok. Fairuz pula sempat makan nasi goreng. Fuad...  sebelum pergi tuisyen  memang sudah mengisi perut dengan nasi dan lebihan lauk tengahari. Kami sampai ke rumah pada pukul 8.50 malam. Sebaik meletakkan Firdaus di atas tilamnya, Amie tanya Encik Suami.

Amie : Baba lapar tak?
Encik Suami : Takkanlah tak lapar. Tak nampak Baba makan pisang dengan keropok di kampung tadi tu?

Jadi? Kena masaklah jawabnya... Tapi nak masak apa? Apa yang nak dimasak?


Ha... inilah hasilnya masakan mee yang Amie sendiri tak tahu nak bagi nama apa. Pada mulanya Amie ingin masak mee goreng tapi teringin pula makan mee yang berkuah. Mee kuning memang tak ada, dan yang ada cuma sebungkus mee kering. Sambil mencongak-congak apa bahan yang ada, pada masa yang sama memikirkan mee apa yang hendak dimasak. Mee udang? Alahai, udangnya pula tidak ada. Mee rebus? Daging pula tidak ada. Habis apa yang ada? Keledek ada, kentang pun ada. Nak buat mee jawa pun tak boleh, sebab bahan yang diperlukan tidak ada. Yang ada cuma sotong, bebola sotong dan jejari ketam dan seekor ayam bulat! 
Akhirnya siaplah Mee Encik Suami... kuahnya pekat likat dengan campuran udang kering bersama keledek dan kentang! Macam kuah mee rebus pulak. Bahan aksesori yang lain, bolehlah tengok sendiri ye...


Mee Encik Suami siap pada pukul 9.55 malam. Bila Amie panggil Encik Suami makan, katanya sebentar lagi sebab nak tengok televisyen. Di kesempatan inilah Amie rakam Mee Encik Suami. Perhatikan jam di belakang tu... sudah pukul 10.05 malam.
Encik Suami pun datang ke dapur. 
Amie hidangkan mee seperti dalam gambar di atas.

Encik Suami : Oh! Banyak  ni. Marilah kita makan berdua.
Amie : ............................ (dalam hati berkata : hari ini hari ulang tahunnya dan tak sempat Amie masak sesuatu yang istimewa untuknya)


Soalan mengada-ngada ni... sila jawab ye, Amie makan sepinggan dengan Encik Suami atau Amie ambil mee dan pinggan yang lain?

13 ulasan:

  1. Isteri Mithali....mesti makan sesama dalam satu pinggan...kannnn...:)
    Happy Birthday to Encik Suami Amie ya....memang sama birthday ngan encik suami akak....

    BalasPadam
  2. mestila makan sepinggan :) nice presentation :) terliur saya sampai sanggup zoom dekat-dekat gambar mee akak..hehe

    BalasPadam
  3. Mesti mkn berdua kn..sbb special day tu kak..kecuqq tau tgk.

    BalasPadam
  4. romantik makan sekali kak..he3
    special mee tu....menyelerakan

    BalasPadam
  5. Suruh suami mkn dulu, lebih tu baru kita makan, betul tak Amie? Bagi kakpb biasanya kita share pinggan, sudu dan air sekali...hehe..jimat tenaga nak basuh pinggan, tambah mesra dan memudahkan kerja kita.

    BalasPadam
  6. Mula2 mkn share sepinggan ngan encik suami...pastu amie pegi dapur ambik pinggan lain mkn lg 2 pinggan kan??? Heee larik!!!!?

    BalasPadam
  7. salam kak amie..

    menarik juga mee tu kak..nampak sedap la..

    BalasPadam
  8. Nak sibuk jawab soalan jugak.. makan kongsi semangkuk sekali.. kata romantik gitu.. he he he comellah.. kak nampak sedap n menyelerakan.. he he he

    BalasPadam
  9. ni jawapan pada soalan mengada2 tu yer k. amie...
    pakej 4 in 1 : satu pinggan, satu mangkuk, satu sudu, satu garpu....

    hujahan pada jwapn diatas...
    saje nak bermanja2 n romantik gitu...dan satu lg nak jimat masa n tenaga tak payah susah2 basuh pinggan mangkuk..

    semoga en suami k.amie kenyang pada malam itu yer...

    happy birthday En Suami k.Amie...

    BalasPadam
  10. Liza pun rasa amie makan semangkuk sama2 dgn en suami kan...hihii

    BalasPadam
  11. Amie..bertuahnya En suami Amie, dapat isteri pandai memasak, kreatif je, ada je idea kan. Apapun yang Amie masak, ummi percaya, hasilnya pasti sedap,insyaAllah.

    BalasPadam
  12. kalau nampak special macam tu mesti makan sepinggan.kalau saya tak buat dah ,tambahan pula baru pulang dari kampung tentu penat.

    BalasPadam
  13. Romatis nya makan satu pinggan... phweettt

    BalasPadam