Pages

Isnin, 17 Jun 2013

Kek Buah Kukus


Nampaknya di sana-sini rakan-rakan blogger sibuk dengan Kek Buah Kukus masing-masing. Oleh kerana asyik melihat dan menjamu mata saja, akhirnya Amie pun teringin menjamu selera pula! Ada 2 jenis kek buah yang Amie sangat suka. Yang pertama, sudah tentulah kek buah yang hanya dapat sepotong saja sewaktu menaiki pesawat MAS, dan satu lagi kek buah Tupperware! Amie suka rasanya yang  sedang-sedang manis, dengan teksturnya yang lembut, dan banyak buah bertaburan di dalamnya. Pernah sekali dalam kelas masakan, kami belajar buat Taiwanese Longan Walnut Cake. Buah longan kering direndam semalaman di dalam minuman vitagen sehingga kembang. Hasilnya, kek menjadi dengan cantik dan buah longan nampak bertabur merata dalam kek! 
Beberapa hari lepas Amie cuba mencari resepi Kek Buah Kukus yang menggunakan buah kering yang direndam terlebih dahulu. Akhirnya Amie menemui Kek Kukus Ceri & Kismis di DI SINI dan DI SINI. Setelah yakin bahawa buah-buahan kering yang direndam boleh digunakan untuk menghasilkan kek buah kukus, Amie pun ubahsuai bahan mengikut kegemaran dan citarasa sendiri


Bahan-bahan: 
250 gram mentega
250 gram gula perang
4 biji telur
375 gm tepung gandum
360 gram buah campuran
100 gram buah prun kering - dicincang
150 gram  halwa buah pala
2 botol minuman vitagen perisa anggur
1 sudu teh rempah campur
1 sudu teh cream of tartar
2 sudu teh soda bikarbonat

Cara:
1. Rendam kesemua buah-buahan kering di dalam minuman vitagen semalaman.
2. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbomat. Ketepikan.
3. Putar mentega dan gula perang hingga kembang.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
5. Masukkan tepung gandum ke dalam adunan. Gaul sebati.
6.Masukkan buah-buahan kering yang direndam di dalam minuman vitagen dan gaul rata.
7. Masukkan adunan ke dalam tin pengukus yang telah digris dengan mentega dan tutup dengan aluminium foil.
8. Kukus selama 4 jam.


Oleh kerana tidak sabar-sabar melihat hasil setelah menunggu 4 jam dalam kukusan, Amie pun terus potong Kek Buah Kukus yang sangat lembut dan sudah pastinya sangat sedap ini!


Sila abaikan ketidaksempurnaan rupa para kek yang baru keluar dari pengukusnya ini! Sepatutnya tunggulah atau tiga hari untuk memotongnya tapi siapa sanggup menanti begitu lama untuk mencicipinya! Jom nikmati sepotong Kej Buah Kukus di remang-remang cahaya petang yang menerobos melalui jendela dapur!


9 ulasan:

  1. kek ni mas tak try2 buat lagi....
    selalu beli jerk kak..

    BalasPadam
  2. Lama betul rasanya akak tak makan kek buah kukus cam gini...buat seniri belum ada kerajinan lagi....tumpang lalu kat sini amie...sambil cuci2 mata....kalau dapat rasa sepotong dua best ni..:)

    BalasPadam
  3. salam kak amie..

    kek buah makin lama simpan makin sedap..em, teringinnya mau makan kek buah..

    BalasPadam
  4. salam singgah kak amie...

    macam tau2 aje kak amie ni yg izan tgh mengidam nak mkn kek buah camni. aduhhh... terasa2 dah kesedapannya kat tekak ni. ada masa nanti memang nak kena buat juga ni kak...

    BalasPadam
  5. mmg unik!! rendam dlm vitagen..sy pernah buat rendam dlm air teh pekat...susah jugak nk cuba resepi ni..budak2 kt rmh ni pntg tgk vitagen!!hahahaha

    BalasPadam
  6. Rendam dlm vitagen yo kak..rak pernah njajal..enak mangan kek buah angger wes semalaman kan..lagi le.bap gitu

    BalasPadam

  7. salam amie,

    wah! namapaknya selepas ini vitagen pun laris lah. Nampak cam sedap. K ita c & P ye..

    BalasPadam
  8. Mantap Bener tuh jadi pengin masak kue kaya gitu

    BalasPadam