Pages

Khamis, 9 Mei 2013

Bolu @ Milkfish Panggang

Assalamualaikum.
Selamat tengahari semua. Apa agaknya hidangan untuk keluarga hari ini? Amie sediakan ikan bolu panggang untuk lauk makan tengahari kami. 


Dulu tak pandai makan ikan bolu. Setiap kali jiran sebelah bagi ikan bolu panggang, Encik Suami saja yang makan. Kali ketiga dapat huluran, baru Amie cuba makan. Menyesal sikitlah.... sebab tak mahu mencuba kononnya tak pernah makan... rupanya ikan bolu mempunyai rasa yang sedap! Walaupun tulangnya halus, tapi isinya lembut berlemak! Sesetengah orang kata ada rasa ikan terubuk. Peringatan buat Amie... kalau tak kenal maka tak cinta, kalau tak mencuba mana kita tahu sedap tidaknya sesuatu makanan itu kan... he he hehh.



Jiran sebelah suka panggang bubuh lada putih. Amie tidak pernah bertanya apa bahan yang digunakan untuk memerap ikan, tapi melalui rasanya Amie cuba olah sendiri. Amie sediakan cicah budu sebab kehabisan belacan untuk buat air asam!

Resepi : Bolu @ Milkfish Panggang
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan :
1 ekor ikan bolu seberat 1 kg - bersihkan dan potong 2 - kelar-kelar
1/2 sudu teh pati asam jawa
1/2 sudu teh serbuk kunyit
garam / perasa pilihan
1 sudu makan minyak

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu makan lada putih

Cara:
1. Perap ikan selama 20 minit bersama semua bahan tumbuk, serbuk kunyit, pati asam jawa, garam dan minyak.
2. Panggang hingga masak.
3. Hidangkan bersama air asam / budu dll.


Amie hiriskan bawang besar, lada hijau, cili padi ditambah dengan budu dan jus limau kasturi untuk dicicah bersama ikan bolu panggang. Jom makan dengan nasi panas.... ada petai lagi tuuu...


Bismillah...

16 ulasan:

  1. hehehe... mcm terkena btg hidung ku pula kata2 itu.. yelah.. jika tak dicuba mana nak tau sedap atau tidak kan.. sebenarnya mmg madihaa tak pernah msk/mkn ikan susu ni... sebab en. abg tak pernah beli.. madihaa pun jenis yg tak berani nak beli apa2 ikan yg tak pernah dimakan.. maksudnya yg tak pernah ma msk & bg mkn kat anak2... betapalah rugi kan.. nnt kalau jumpa nak juga mencuba sebab kalau ikan terubuk mmg suka sgt2 sbb isinya mmg sedap!

    BalasPadam
  2. salam kak amie..

    makan ikan panggang ni bagus untuk kesihatan..rasanya pun sedap n enak makan dengan cicahan..

    BalasPadam
  3. orang philipine suka milk fish ni. selalu nya dia orang marinade dgn cuka, lata hitam dan bawang putih.

    BalasPadam
  4. wah..sedap2 kak.....alhamdulillah ada rezeki tuk shidah..husband bw blk putu ngan ikan kayu bakar...shida sendiri mkn putu 2 btg sorg..ha3

    BalasPadam
  5. sedapnye kak, lgi2 makan ngn budu...

    BalasPadam
  6. Ni yg bestni ade ikan panggang...mcm ikan terubuk gak ek kak amie ada tulang halus...mmg bertambah2 mkn ni....cicah air asam pedas2 sikit..pehhhh...ngencessss...hehhehehhe

    BalasPadam
  7. klu rasa mcm ikan terubuk mmg sedap..cuma duri2 halus tue yang malas sikit nak buang kn..dpt jgk bygkan rasanye..

    BalasPadam
  8. Amie, ummi pun tak pernah makan dan teringin nak mencuba, ummi nampak pun macam lembut dan sedap ikan bolu
    yang Amie masak tu.

    BalasPadam
  9. salam amie...ikan ni mmg best cuma kena berhati2 ketika makan...kami sekeluarga mmg sgt suka....makan ikan ni kena tertib je... :)

    BalasPadam
  10. kemecerr kak...anter merene kak..aku mulo pantang rak ono baby ki..

    BalasPadam
  11. Hi Amie, you are really great cook after went thru you blog. So much to learn from you. Thank for sharing

    BalasPadam
  12. Madiha,
    he he ehhhh...teringat kata-kata pengacara JJCM Maria tengku Sabri... kalau tak cuba tak tahu sedap tidaknya...

    Bbwana,
    memang sedapkan Bbwana.. boleh ratah habis seekor!

    Mala,
    oh..bubuh cuka ye Mala.. tq for sharing!

    BalasPadam
  13. Shidah,
    kenyanglah tu makan putu sampai dua batang Shidah... kak Amie makan sebatang pun perut dah penuh he ehhehh.

    KunangKunang,
    tak ada belacan, budu pun budulah KK..

    Sury,
    kalau saiz ikan besar tulang halusnya tak ada pulak Sury... yang nampak banyak tulang tu saiz yang kecil kot..

    Zila,
    tulang halusnya lebih lembut dari tulang halus terubuk.

    BalasPadam
  14. Ummiross,
    Amie banyak kali nampak ikan ni di Econsave... tapi saiz kecik2.

    Lina,
    betul tu Lina.. tapi sebab sedap berlemak, nak makan juga walaupun tangan kanan suap nasi, tangan kiri tarik tulang halus!

    Rohah,
    doyan yo mangan iwak bolu... selalu aku wero iwak iki nang econsave Meru.

    Mary Chey,
    terima kasih sudi datang dapur Amie.. sam-samalah kita belajar sebab dunia masakan ni tersangatlah luasnya... Mary pun apa kurangnya, cantik2 gambar masakan yang Mary paparkan!

    BalasPadam
  15. Amie, ikan ni klu kt philipin di panggil bangus. lemak terutama kt bhg perut kan. Kt sana kita bleh beli yg boneless. Kejap je dia cabut tulang, 1 pn x tertinggal.. suka mkn masa d sana. Kt sini x jumpa dah..

    BalasPadam
  16. Mawar Merah,
    tang perutnya tu memang sedap sangat... lagilah kalau masak singgang ke, pindang ke... lembut je , memang sodappp!

    BalasPadam