Pages

Isnin, 13 Mei 2013

Ayam Panggang ala Kenny Rogers

Assalamualaikum.
Paparan Amie's Little Kitchen hari ini merupakan paparan sambungan kisah semalam DI SINI


Rasa teringin untuk mengulang  makan hidangan kelmarin! Tak sedar pula habis licin ayam seekor seberat 2kg diratah satu keluarga!



Terima kasih kepada HANA MEMORIES kerana sudi berkongsi resepi yang sangat sedap ini, juga buat  SHARM1969@myresepi.com  yang telah memanjangkan resepi daripada tuan punya asalnya iaitu CHE MID FP.

Resepi : Ayam Panggang ala Kenny Rogers
Sumber :      HANA MEMORIES
                   SHARM1969@MYRESEPI.COM
Resepi Asal : CHE MID FP

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
  • Bahan-bahan untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam 
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar herba campuran
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega

Cara-cara

  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  5. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.



Untuk resepi kentang putar & coleslow bolehlah klik DI SINI.

Resepi : Kentang Putar
Bahan:
1/2 kg kentang - gunakan kentang US 
2 sudu makan mentega
air untuk merebus seccukupnya

Cara:
1. Rebus kentang hingga benar-benar empuk.
2. Toskan air rebusan.
3. Lenyek kentang bersama mentega sehingga hancur lumat.




Kentang goreng 1 kg .... beli & goreng. Semasa menggoreng separuh masak, Amie tuangkan 1 sudu teh air garam dalam gorengan untuk sedikit rasa masin.




Resepi : Coleslow
Bahan:
1/2 kg kubis putih (anggaran) - bilas & toskan, hiris halus dan cincang 
1/2 biji lobak merah - hiris halus dan cincang
1/2 labu bawang besar - hiris dan cincang
4 sudu makan yogurt asli
8 sudu makan mayonis
4 sudu makan gula pasir
1 sudu teh garam

Cara:
1. Gaul rata semua bahan di atas hingga sebati.
2. Simpan semalaman di dalam peti sejuk.




Ada sedikit kesilapan ketika menyediakan Sos Lada Hitam. Amie terbubuh banyak cream! Sepatutnya dalam satu sudu saja, tapi sebab Amie terus tuang dari tin yang terbuka, tak sangka pula cream terus tercurah hampir 3/4 tin ke atas sos lada hitam! Jadinya Sos Lada Hitam kuranglah kehitamannya dan bertambahlah lemaknya kerana berlebihan cream! Nampak tak sos yang berwarna keperangan itu....

Sos Lada Hitam
Bahan-bahan:
1 cawan sos lada hitam
3 sudu  makan SosTomato Maggi
3 sudu makan Sos Cili Maggi
1 sudu makan Sos Perisa Tiram Maggi
1 sudu makan lada hitam - tumbuk
1 labu bawang besar - cincang halus
3 sudu makan mentega
1 sudu  makan cream
1 cawan air

Cara:
1. Panaskan mentega dan tumis bawang besar hingga garing.
2. Masukkan kesemua bahan dan biarkan sos mendidih dan pekat.
3. Akhir sekali masukkan cream.



Lain kali akan buat... dan buat lagi!

36 ulasan:

  1. salam Amie...lapar rerut tgk ayam panggang & 'suku sakatnya ' tu.. :)

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kak Amie..Sedap ayam ni..saya pun dah beberapa kali duk ulang...Memang berbaloiiiiiii....

    BalasPadam
  3. fuhh tgk gambar pun dah terliur mesti sedapp sangatkan... jimat duit berbaloi² masak dirumah..

    BalasPadam
  4. sedapnya kak...teringin nak pi rumah akk.... hehehe

    BalasPadam
  5. aduhh amie... sedapnyer tengok... menitik air liur ku... ada lagi tak? mesti wes entek kabe...kann.. hehehe...

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum kak Amie..
    Tq for your wish dan terima kasih juga atas nasihat.
    Sedapnya tgk ayam tu..Mmmg sebijik rupa kat KR.. Kalau dapat yg org masakkan lagi best ni..heheheee..

    BalasPadam
  7. ~ huhuu..xtahan tgk ayam panggang tu..sedapnya ^__^

    BalasPadam
  8. assalamualaikum amie...
    betul betul lah.. punya sedap makanan kat rumah amie ni.. terliur sungguh.. smlm ada project bbq kat apartment nani.. so alhamdullillah.. dapat makan bbq malam tadi.. tapi di sebabkan dah lewat.. dekat kul 10 malam dah... jadi hanya makan 2 ketul ayam plus 2 ekor sotong je.. lepas tu balik umah ZZZzzzz.. :D

    BalasPadam
  9. Habislah Kenny Rogers kalau macam ni...

    BalasPadam
  10. terlioq nyer kaka
    nak try nnt....but dulu rasa mcm dah try la...nnt check ing sekali lg...herba campuran tue susah sket nak carik kat sini

    BalasPadam
  11. sedapnya kak amie...bak sepiring...=)

    BalasPadam
  12. Waahhh...sedap bangat ni...sekali sekala tukar selera mkn menu camni best gak kan...:-)

    BalasPadam
  13. Assalam amie, sedapnya ayam panggang tu, sungguh meyelerakan dengan setnya itu. tetiba teringin nak sepinggan hehhe

    BalasPadam
  14. Sihatnya letai tu amie...Tergoda I

    BalasPadam
  15. Salam akak..

    faa guna resepi akak yg osemm ni..sedapppppppp sangat!
    thanks kak share resepi.

    http://faafeefoo.blogspot.com/2013/06/ayam-panggang-ala-kenny-rogers.html

    BalasPadam
  16. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  17. as salam sis...

    cream ape yg sis gunakan tuk buat sos lada hitam tue??
    nak try jugak nie...

    tq....

    BalasPadam
  18. As salam. Saya minta izin utk copy resepi ayam panggang ala kenny rogers amie ya. Nak cuba memasaknya.. tq

    BalasPadam
  19. Aslmkum Amie

    sedap nampak ayam bakar tu...tambah lengkap dg setnya itu.resepi ayam ni mmg sedapp.

    BalasPadam
  20. Faveret husband makan ayam kenny rogers..so leh lar try buat sindri..tq

    BalasPadam
  21. Mohon d copy resepinya dah lama cari resepi ni skarang bru jumpa,thanks dgn yg punya resepi.

    BalasPadam
  22. As salam Amie. Minta izin copy dan
    gunakan resepi ayam nie. Tq.

    BalasPadam
  23. berapa suhu untuk panggang ayam ye?

    BalasPadam
  24. Annie,
    silakan.

    PiranhaBesi,
    saya lupa pulak nak letak suhunya, biasanya saya gunakan suhu 150' - 180' tapi bergantung pada kepanasan oven masing-masing.

    BalasPadam
  25. Assalamualaikum..kak, mohon share. X boleh jadi ni. Wajib kena buat . X perlu lg ke kenny...hehe. tq

    BalasPadam
  26. Mohon pencerahan, 4 biji bawang putih - maksudnya 4 ulas atau 4 labu?
    Confused..tq

    BalasPadam
  27. Azwar,
    4 ulas.... kalau labu tentulah yang setongkol tu.

    BalasPadam
  28. Alhamdulillah....memang terbaik kak..memang sedap...tambahan pula dimakan dgn sos lada hitam home made...seolah2 berada di kenny. Hehe....tkasih atas resepi...

    BalasPadam
  29. Salam. Kak Amie, herba campuran tu ape ye?

    BalasPadam
  30. Salam. Nak tanya juga herba campuran tu apa ye? Tq

    BalasPadam
  31. Nur Hazira & Asyikin,
    herba campuran tu rempah campur atau garam masala... untuk lanjut cuba cari di goole.

    BalasPadam