Pages

Isnin, 22 April 2013

Sup Kurma Merah

Assalamualaikum.
Pengunjung Amie's Little yang dihargai, paparan ringkas untuk menu petang ini Amie kongsikan satu lagi resepi dalam hidangan berpantang iaitu Sup Kurma Merah. Sudah banyak kali Amie paparkan menu begini tetapi biasanya Amie tambahkan cendawan shiitake, kentang dan beberapa bahan lain termasuk white fungus. Khusus untuk anda yang masih tercari-cari resepi untuk diamalkan semasa dalam pantang, Amie turunkan menu yang diambil daripada buku masakan Kompilasi Hidangan Berpantang oleh Chef Nor Asmawati Nor Din.


Resepi asalnya ialah Sup Kurma Merah. Selain kurma merah dan daging ayam, bahan lain yang dimasak bersama sup ini ialah ikan bilis dan juga kacang hitam. Namun begitu Amie tidak masukkan ikan bilis dan kacang hitam, sebaliknya Amie tambahkan lobak putih. Terpulanglah pada cita rasa dan selera masing-masing untuk memilih bahan yang disukai.

Resepi Asal : Sup Kurma Merah
Sumber : Kompilasi Hidangan Berpantang oleh Chef Nor Asmawati Nor Din

Bahan-bahan:
500ml air
100 gram dada ayam - dipotong kiub
50 gram ikan bilis
20 gram kacang hitam
20 gram kurma merah
10 gram halia - hiris halus
10 gram bawang putih - hiris halus
garam secukup rasa

Cara:
1. Rebus kesemua bahan hingga mendidih dan ayam empuk sebelum dihidang.



Jom hirup kuah Sup Kurma Merah sementara masih hangat!



Catatan:
Resepi ini merupakan masakan Cina. Gabungan kacang hitam dan kurma merah membekalkan mineral untuk memperbaiki struktur kulit daripada luka dan parut. Baik untuk ginjal dan sistem paru-paru.

11 ulasan:

  1. Amei kalau yang ni tak payag tunggu pantang la..kak Ros yang tak pantang pun terliur..jangan dok bagi baby hirup sama dah la ya..

    BalasPadam
  2. saya nak cuba pulak, terima kasih kak kerna berkongsi resepi

    BalasPadam
  3. Sedap nih kak di hirup sup nya panas panas.. pesen 2 mangkok yah... ;)

    BalasPadam
  4. Salam kak amie cayang.. arini baru smp berblogging.hihi.... tun xpenah makan kurma merah nih, tp suka mkn chinese food. nnti blh la cari.

    BalasPadam
  5. Aslmkum Amie
    nampak menarik bahannya ada letak kurma itu...berkhasiat pula.

    BalasPadam
  6. Salam Amie..

    Ummi singgah makan sup jap ni, hehe nak rasa sup orang berpantang juga.

    Take care ye Amie, peluk cium buat baby Firdaus.

    BalasPadam
  7. Sedap nya menu berpantang kak amie...slurppp hangat2 best ni kak..:-)
    Take care..:-)

    BalasPadam
  8. Saya ni memang nda dlam pantang...tapi nda tolak bah kalau dikasi 1 mangkuk sup kurma merah tu...

    BalasPadam
  9. assalam k.amie
    bagus kalau dlm pantang makan sup ni
    selalu jg tgk kawan baik sy (cina) masak sup ni

    BalasPadam
  10. oh...ini la resepinya ea acik.. ? okay2.. nanti nak cuba.. ^^

    BalasPadam