Pages

Sabtu, 27 April 2013

Kek Coklat Kukus Lembap!

Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu buat semua. Jom kita cerita tentang Kek Coklat Kukus Lembap! Memang tak pernah rasa jemu kalau makan kek coklat. Anak-anak pula asyik bertanya bila boleh makan kek coklat yang Mummy buat? Untuk memenuhi permintaan anak-anak kali ini Amie cuba resepi Kek Coklat Kukus Lembap dari dapur Lina_pg di TERATAK MUTIARA KASIH. Sebenarnya pada malam ketika proses mengadun bahan, sesuatu telah berlaku di dapur.... he he ehh apa lagi kalau bukan terputus bekalan letrik. Pada masa yang sama, Amie sedang memasukkan tepung ke dalam adunan. Hmmm... tak payah cerita panjang lagilah ye, sebab semua yang akan terjadi  telahpun terjadi.....


Amie masak versi kukus. Hasilnya memang tak disangka-sangka sebab Amie sudah terbayang memang tak jadi apa kek itu nanti! Cuma ada sedikit kecacatan, mungkin mengadun dalam gelap, jadi tak berapa sebati. Bagaimanapun.... ini cerita betul ye, tak tipu punya.... kek ini memang sangat lembut & lembap!!!! Jadi sila abaikan sedikit warna putih bintik-bintik kecil dalam gambar di atas yang tidak mempengaruhi langsung kelazatan kek ini.


Sekali hadap... 1/2 loyang habis!

Terima kasih banyak Lina kerana sudi kongsi resepi yang memang tidak dapat dinafikan kesedapannya ini! Minta izin memanjangkan algi resepinya di sini ye Lina sayangggg....

RESEPI KEK COKLAT KUKUS LEMBAB CHEF ZUBAIDAH
Sumber : Hasue & Ayunalisa
Sharing : Lina_pg

Bahan-bahan:
  • 100g Serbuk Koko*
  • 200g Gula pasir*
  • 1 tin Susu sejat*
  • 200g Minyak Masak Sayuran*
  • 250g Susu Pekat*
  • 4 biji Telur gred A - pukul sehingga berbuih
  • 150g Tepung Gandum 
  • 1 st Soda Bikarbonat
  • 1st Baking Powder


Cara:
  1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dengan api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya.Tak payah sampai menggelegak/mendidih.
  2. Satukan dengan telur yang dipukul tadi dengan hand whisk. Gaulkan bahan2 kering & campurkan sedikit demi sedikit sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk.
  3. Masukkan ke dalam loyang.Bakar hingga masak.Suhu bergantung pada jenis oven. Kek ini juga boleh dikukus
  4. Sejukkan dahulu sebelum dihiaskan dengan icing atau ganache.
Wokey... jangan takut mencuba resepi ini... ia pasti menjadi, dan rasanya dijamin lazat!



Jangan pandang pada rupaku... tapi rasalah dulu kelembapan dan kelembuatnku!



8 ulasan:

  1. Sedapnya....jangan kunci pintu rumah ya...senang saya masuk nanti..hihihi..

    BalasPadam
  2. Slmt berhujung minggu Amie
    yummm nengok kek itu...sy belum pernah kukus kek choc.
    ayam percik kelate kat bawahpun nampak sedapppp..

    BalasPadam
  3. assalamualaikum amie...
    tak nampak pun kecacatan kek ni.. nampak perfect belaka.. sedapnyaaaa...

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum kak hari ni kenyangs aya mkn kek coklat kat rmh kawan2 td..ni singah rmh akk pulak...mg npk lembap dan mcm terasa2 je keenakan nya di mulut saya ni hahah...

    BalasPadam
  5. Mmg lembut n lembap kek ni..sedap..sury pun dh cuba dulu.

    BalasPadam
  6. terbayang-bayang kelazatan kek coklat kukus tu kak Amie..hehe..

    BalasPadam
  7. Assalam kak amie,resepi kek coklat terbaek ni.memang moist dan sdp..
    Terima kasih ya bg crdit back link ke TMK

    BalasPadam