Pages

Khamis, 25 April 2013

Hidangan Sihat & Berkhasiat Dari Dapur Tun Telani - LIFE IS A CONSTANT BATTLE

Assalamualaikum.
Anda tercari-cari resepi sihat dan berkhasiat? Terdapat banyak pilihan hidangan sebegini di dapur rakan-rakan blogger masakan. Kali ini Segmen Meriahnya Dunia Masakan meninjau ke dapur TUN TELANI di Bintulu, Sarawak. Alahai.... kesiannya dia! Keseorangan ditinggalkan lalingnya yang pergi kursus. Jangan terus bersedih ye Tun... ini Kak Amie datang temankan Tun supaya tak sunyi lagi he he ehhh.... Untuk hilangkan kebosanan Tun kerana bersendirian, jom sama-sama Kak Amie selongkar apa yang ada di LIFE IS A CONSTANT BATTLE!
Terima kasih Tun kerana sudi turut serta menyerikan kumpulan MERIAHNYA DUNIA MASAKAN dengan kiriman pelbagai hidangan dari Sarawak. Bila Kak Amie selongkar dapur Tun, banyak Kak Amie jumpa pelbagai resepi yang sihat dan berkhasiat yang Tun sediakan. Apa tidaknya, sebab cara penyediaan dalam masakan itulah yang menjadikan hidangan tersebut termasuk dalam kategori pilihan hidangan sihat. Namun begitu, setiap individu mempunyai pilihan untuk menikmati pelbagai menu mengikut citarasa dan tafsiran 'sihat' dan 'berkhasiat' masing-masing.

Cuba lihat menu di bawah ini:

Sup  Cheong Fun
Masakan ala Cina ini memang menggugat selera! Sedap hirup kuahnya yang masih panas.... slurrrrppppp!!!!!



Kerabu Taugeh & Bendi
Tidak dinafikan, menu kerabu juga merupakan salah satu hidangan sihat dan berkhasiat. 



Ikan Pari Bakar
Selain menu Ikan Pari Bakar di atas, Tun juga ada menyediakan Ikan Pari Kukus di bawah ini.



Ikan Pari Kukus



Cencaru Bakar Noorsha Dan Sambal Belacan
Sungguh menyelerakan! Siap dengan kacang bendi dan sambal belacannya!



Tilapia Bakar & Air Asam Kak Ika
Ada yang terliur?



Siakap Kukus
Ikan siakap memang sedap.... lagilah kalau dikukus! Habis sirip-siripnya sekali kena hisap-hisap!



Ikan Bakar Berempah Woku
Tun juga mempelbagaikan cara membakar ikan. Macam-macam paparan resepi ikan kukus dan ikan bakar di dapur Tun.



Steamed Chicken With Brocolli
Hidangan di atas ini memang sesuai sangat untuk menu diet!



Terung Bakar Air Asam
Mmmmm.... kecur!!!!



Ayam Panggang ala Kenny Rogers
Selain ikan dan sayuran, Tun juga mempelbagaikan cara masakan ayam. Tun banyak mempunyai paparan ayam panggang....



Sup Ayam Berempah
Memang puas menjamu mata di dapur Tun! Banyak hidangan sup ayam.... selain Sup Ayam Berempah seperti di atas, Tun juga menghidangkan Sup Ayam Berempah seperti di bawah ini.



Sup Ayam Berempah



Sup Ayam Hadnyai
Sup ini memang tidak dapat dinafikan keenakannya! Amie pernah beberapa kali mencuba resepi ini di bulan puasa! Ternyata sungguh membuka selera terutama sewaktu bersayur!



Tun ada Sup Ayam Mama.....



dan harumnya Sup Ayam Lengkuas....


Alhamdulillah.... terima kasih Tun kerana terus-menerus sudi berkongsi pelbagai menu di dapur Tun yang comel itu. Buat pengunjung budiman yang betminat untuk mencari menu bakar, panggang, rebus dan kukus, silalah berkunjung ke dapur TUN TELANI. Anda tidak rugi apabila sampai ke sana kerana puas dijamu dengan pelbagai hidangan yang enak-enak belaka!
Tun,
usah sedih lagi ye Tun sayangggg.... pejam celik-pejam celik tibalah juga harinya untuk bertemu dengan lalingnya... he he hehh! Terima kasih sekali lagi kerana Tun sudi menyertai MERIAHNYA DUNIA MASAKAN dan teruskan masak-masak menu yang sedap-sedap ye Tun! Mudah-mudahan paparan hasil masakan Tun akan dimanfaatkan oleh semua pengunjung, dan atas keikhlasan untuk berkongsi, in shaa Allah akan mendapat ganjaran di sisi-Nya.


11 ulasan:

  1. Salam pagi Amie, dah sarapan? Baby Firdaus apa kabar?

    Sedap2nya semua masakan tu, buat ummi terliur pagi-pagi ni Amie.

    BalasPadam
  2. Salam kak amie ^^ thank youu sudi buat n3 khas dapur tun :) muah muahh!!

    BalasPadam
  3. perghhhhhhh.. semua sedap2 belaka... aduhlahhhh... meleleh air liur tengok menu2 ni.. semua sukaaa!!

    BalasPadam
  4. madihaa pun suka selongkar dapur tun.. masakan ala chinese yg byk menarik hati madiha.. hehe..

    BalasPadam
  5. Mas pun suka terjah dpr tun sbb masakkan dia simple tp menyihatkn

    BalasPadam
  6. zila pun suka g dapur kak tun..lagi2 suhun goreng kak tun...wahhhh

    BalasPadam
  7. Resepi dalam blog akak sedap la...akak try la buat resepi menggunakan gula stevia pula, Dr.Sweet Stevia Sugar untuk gantikan gula. Mane tahu lagi sedap. lagipun stevia lebih baik dari gula..cadangan saje. Nway, banyak resepi kesukaan saya dalam blog akak. saya suka~

    BalasPadam
  8. sedapnya chee cheong fann. lama tk makan. dulu2 selalu mak buat. huhu. Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

    >>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. Semua sedap sedap nih.wajib cuba!

    Btw,jemput singgah ke blog saya ya,terima kasih :)

    vitaminvitaminsihat.blogspot.com

    BalasPadam