Assalamualaikum.
Hidangan tengahari merangkap makan malam kami sekeluarga.... maklumlah makan tengahari pun hampir pukul 3 petang! Amie sempat sediakan Ikan Unga Masak Taucu, Terung Goreng Berlada dan hidangan berkuah, iaitu Sup Ayam ala Cina.
Resepi : Ikan Unga Masak Taucu
Olahan: Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
4 keping ikan unga - lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit - goreng hingga masak - ketepikan
6 sudu makan taucu manis
2 ulas bawang putih - hiris
3 biji bawang merah - hiris
1 labu bawang besar - mayang kasar
2 inci halia - hiris halus
1 biji cili merah - hiris
2 biji cili hijau - hiris
1/2 sudu teh pati asam jawa
1 sudu makan gula pasir
secubit garam / perasa pilihan
1 cawan air
1 sudu teh tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
minyak
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, bawang merah serta halia sehingga naik bau.
2. Masukkan taucu, pati asam jawa dan hirisan cili hijau serta merah.
3. Tambahkan air dan biarkan mendidih.
4. Masukkan ikan unga goreng, dan balik-balikkan sebentar.
5. Jika kuah agak cair, tambahkan bancuhan tepung jagung.
6. Perasakan dengan secubit garam / perasa pilihan.
7. Tutup api.
Resepi : Terung Taiwan Goreng Berlada
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
3 biji terung Taiwan - belah dua dan potong dua - goreng hingga masak dan ketepikan
sedikit minyak
1 genggam udang kering - rendam hingga kembang dan toskan airnya
1 biji tomato - cincang
1 sudu teh pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
garam / gula / perasa pilihan
Bahan kisar kasar:
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
7 biji cili merah
5 biji cili padi
sedikit belacan
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar kasar sehingga terbit minyak.
2. Masukkan tomato cincang, bancuhan air asam jawa dan udang kering.
3. Kacau sebati sehingga tumisan kelihatan kering.
4. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
5. Tutup api dapur.
6. Tuangkan bahan tumisan ke atas terung goreng.
Kalau semua lauk kering bergoreng, eloklah lengkapkan dengan kuah! Seperti biasa Amie sediakan sup ayam dengan mencampurkan bahan-bahan seperti cendawan shiitake, kurma merah dan juga lobak merah. Sup Ayam ala Cina ini sesuai untuk yang ingin mengurangkan panas dalam badan.
Resepi : Sup Ayam ala Cina
Olahan: Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 keping ayam - bahagian peha - potong kecil-kecil
11 biji buah kurma merah - pilih yang sudah dibuang biji
5 kuntum cendawan shiitake - rendam hingga kembang dan toskan airnya
1/2 batang lobah merah - potong 2 dan belah 4
1 labu bawang besar - belah 4
1 liter air
garam / perasa pilihan
Cara:
1. Didihkan air dalam periuk. Masukkan kurma merah dan masak selama 10 minit.
2. Masukkan bawang besar, daging ayam, lobak merah dan cendawan shiitake. Biarkan mendidih seketika.
3. Perlahankan api dan reneh sehingga daging ayam empuk.
4. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
5. Tutup api dan hidangkan panas.
sedapnya mcm2 lauk ada.. semuanya menyelerakan..
BalasPadamassalam amie..cendawan shitakee boleh masukkan alam sup ayam ye..
BalasPadammacam2 ikan yang ada si Sabah ye amie..ikan unga tu baru acik tau nama..rupa belum tau lagi
xpenah jumpe ikan unga nie, camne lah rupe nyer ek Amie hehehheh but ape pun masakkan Amie mmg mengancam jiwa fuhhhh lapo terus nie :)
BalasPadamas-salam
BalasPadamsemuanye sedap kak..tapi saya suka sup ayam ala cina...mkn dgn cili kicap mmg power..
Sedapnya. Dah lama tak buat ikan masak taucu.
BalasPadamikan unga tu....cmne plak rupanya kak....? aduh...mcm2 ikan akak up ni...sy ikan biasa2 tu tau je....kut nma dah lain ni....mmg x tau la....
BalasPadamsedap plak nmpk smua tu....mmg rajin k.amie ni...:-)
Sedap2 semua lauk kak amie ni...lapo tgok nya...tak mkn lagi ni...:-D
BalasPadamSedap nyer lauk lauk
BalasPadamsemua nya akak bekenan lah Mie kalau makan pasti tak cukup sepinggan ni kena lebihkan nasi heee
BalasPadamAslmkum Amie
BalasPadamnampak sedap lauk Amie masak ini. pertama kali dengar ikan unga ni....ikan lauk ke ?
salam kak...masak taucu & terung tu menu kebiasaan kito jugak..tekak kita podo..hehe..tekak jowo..
BalasPadamMemang lengkap hidangan tengahari Amie, walaupun lewat lunch tapi puas hati makan, rasa nakntumpang makan juga ni.
BalasPadamKak amie ni memang rajin betul la.Kalau sy la,dah ada sup tu aci lawan ngan ikan/ayam goreng bodow ajer.Ni suma pun spesel.
BalasPadamKak amie ikan unga tu ikan sg ke laut?xpernah dgr la.Hurmm camana ek rupa parasnya
salam amie...
BalasPadamsekali lagi melopong bila dengar nama ikan unga... hihihi... mmg tak tau mcmana rupa ikannya... atau ada nama lain kat sini.. tp yg pasti lauk pauk amie ni mmg sedap2 belaka..
memang cam kena jer 3 jenis masakantu... ikan ungatu ikan apa yerk....
BalasPadamLina,
BalasPadamalhamdulillah....
Acik,
memang cendawan shiitake boleh campur dalam sup ayam, harum baunya...banyak khasiatnya. Ikan unga pun ada di semenanjung Acik.
Delima,
rupa dia macam ikan merah, tapi ni beli dah siap potong, tak dapat ambil gambar seekor!
Ady,
BalasPadamwaalaikumussalam...
supa ayam ala cina ringkas tapi berkhasiat kan Ady.
Fiza,
Sesekali masak taucu memang sedap Fiza.
Asyifa,
ikan laut tu Syifa, ala-ala ikan merah sikit tapi kulit dia warna gelap.
Sury,
BalasPadamjemput Sury..
Aziejaya,
terima kasih Azie...
Kak Nooriah,
meh tambah nasi lagi kak Noor... makan je kak, lupakan diet miet tu kejap hihihiii.
Mamasya,
BalasPadamwaalaikumussalam... betul tu, ikan laut.
Rohah,
lama tak masak taucu & terung Rohah... kepingin banget!
Ummiross,
jom makan sama Ummi...
Lina_pg,
BalasPadamikan unga tu ikan laut , rupa dia ala-ala ikan merah gitu.
Madiha,
rasanya di semenanjung pun ada ikan unga, di sini di sebut ikan ung ung, jadi untuk lebih mudah Amie sebut gaya tempat kita, ooo... mungkin ada tempat tertentu saja yang jual ikan unga.
Cho Zila,
ikan laut tu...
macam2 ade..sedap menjamu mata nens sini..hehe
BalasPadamamie..sy tak pernah masak guna taucu..hehe..jakun!
BalasPadam