Pages

Rabu, 13 Februari 2013

Nasi Serai & Daging Palembang

Assalamualaikum.
Hari ini Amie berkesempatan mencuba satu lagi resepi  daripada Kak MARIA HAKEM. Walaupun nun jauh merantau di Cardiff tapi Kak Maria sama sekali tidak pernah melupakan resepi dari negara sendiri. Terima kasih banyak Kak Maria sebab rajin telefon Amie dari UK! Amie pun tak sangka resepi Daging Palembang yang Kak Maria panggil Daging Hantu (sebab sedap sangat, tu sebab dapat gelaran daging berhantu!), rupanya hitam sampai tak nampak rupa daging! Memang hidangan ini sungguh unik kerana cara memasaknya sama seperti merendang daging, tetapi kemudian ditambah dengan secawan kicap! Kicapnya pula kata Kak Maria kena gunakan Kicap Cap Kipas Udang warna merah! Memang tambah sedaplah rasanya sebab kicap lemak manis yang cukup rasa. Tak perlu tambah apa-apa perasa lain dah. 


Amie gandingkan Daging Palembang ini dengan Nasi Beringin @ Nasi Serai. Amie pernah masak Nasi Beringin @ Nasi Serai DI SINI. Resepinya Amie perolehi dari MYResepi.com olahan Syidah Mustafa. terima kasih sekali lagi untuk Syidah, dan ini merupakan kali kedua Amie masak Nasi Beringin @ Nasi Serai yang sedap beraroma ini.



Resepi Asal: Nasi Beringin@Nasi Serai
Sumber: SyidahMustafa@MYResepi.Com

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 2 cawan beras biasa - Amie gunakan beras basmathi
  • 1 sudu kecil jintan kasar
  • ½ biji bawang besar (yang kuning)
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 5~6 batang Serai
  • 1 sudu besar marjerin
  • air untuk menanak nasi
  • sedikit garam - Amie gunakan serbuk pati ayam MAGGI Cukup Rasa

Cara-cara:

  1. Tumbuk bawang putih, bawang besar, halia.
  2. Titikkan serai.
  3. Panaskan periuk dan cairkan marjerin.
  4. Tumis dahulu jintan kasar.
  5. Kemudian tumis bahan-bahan yang ditumbuk bersama-sama serai yang dititik.
  6. Masukkan air dan garam dan masak nasi seperti biasa
  7. Tunggu lah nasi ni.. dan tahanlah perut bila hidu bau wangi nasi ni...ok...selamat mencuba!
Catatan: Oleh kerana Amie gunakan beras basmathi yang direndam 20 minit, beras mengembang. Nisbah air dan beras yang Amie gunakan ialah 1:1 (1 cawan beras = 1 cawan air)



Resepi : Daging Palembang
Sumber : Kak Maria Hakem

Bahan-bahan:
700 gram daging - potong lebar dan nipis
2 batang serai - dititik
500ml santan pekat  - (boleh gantikan dengan kerisik)
1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang (Habhals)
minyak

Bahan kisar:
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 biji cili kering

Rempah penumis:
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.
2. Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.
3. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga daging mula empuk.
4. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat.

P/S: Menurut Kak Maria Hakem, jika tidak mahu masukkan santan, dan rajin buat kerisik, eloklah masukkan kerisik.


Tu dia... Daging Palembang yang hitam manis! Sungguh pun hitam berkilat tapi rasanya sungguh enak. Memang betul kata Kak Maria... Daging Palembang daging berhantu sebab Encik Suami dan anak-anak menambah nasi dan lauk ini berkali-kali ke dalam pinggan!
Terima kasih buat Kak Maria dan juga Syidah. Gabungan Nasi Beringin @ Nasi Serai dengan Daging Palembang sungguh menambat selera!

15 ulasan:

  1. Isk isk isk dapur Amie nie xlekang dr masakkan yg sedap2 arr terliur D5 tgk nyer :)..

    BalasPadam
  2. Delima,
    sementara ada kesempatan Delima... nanti kalau dah sibuk, sepi je tak berapa nak berasap dapur kakak he he ehh.

    BalasPadam
  3. enak ki kak...walo ireng janji mantep rasanei..

    BalasPadam
  4. Nampakpun dah tau sedap hidangan Amie ni,makan panas2 lagi best kan!

    BalasPadam
  5. Patut la nmpk nasi akak panjang2...guna basmathi rupanya...

    Inngtkan mcm masak kicap...tp rupanya buh santa ye...apa la rasa gaknya...mesti sedap ni...tmbah plak nmpk sayur rampai tu....mmg kombinasi yg bgos ni...

    BalasPadam
  6. Blog ni memang best, banyak resipi yang nampak sedap2 berlaka..

    BalasPadam
  7. wahh..sedap nya kak..daging tu tak tahan tgok ..nampak menyelerakan lh..

    BalasPadam
  8. salam..nasi beringin mama biasa makan sbb suami org johor..daging ni belum pernah rasa & resepinya pun ringkas..thanks amie..

    BalasPadam
  9. salam amie..
    terus terliur tgk hidangan amie pagi2 ni... kalau nampak daging yg hitam2 mcm tu mmg terus kecur dibuatnya...dah byk resepi daging hitam yg madihaa cuba semuanya sedap. tentu daging palembang ni sedap sgt tu kan amie sampai dpt jolokan berhantu.. hehe.... tak sabar pulak rasanya nak cuba.. madihaa pun dah lama tak masak nasi berperisa.. rasa2nya masih ada lagi baki beras basmathi yg dibeli dulu... harap2 belum masuk bubuk.. hihi...

    BalasPadam
  10. Memang betul betul hitam daging tu kan. Tapi yang penting sedap, tak kisah warna apa pun.

    BalasPadam
  11. aduhai kak amie

    terliur tina tgk, bagus betul beras basmathi nya, panjang betul

    BalasPadam
  12. wahh kak amie..terliur btl tgk nie..daging mmg fav zila ..

    BalasPadam
  13. salam amie...
    wana dah cube resepi daging palembang ni.... memang sedap dan kena dgn selera wana dan family... thanks for sharing the recipe ya amie...

    BalasPadam
  14. Salam kak Amie, saya dh byk kali try resipi daging ni. Mabeles rasenye..sedap ..dh la senang giler nk msaknye. Pape pun tq la sharing resipi ni ye,

    BalasPadam
  15. Kak Amie, sy dah cuba masak ni last week masa birthday hb sy...mentua, anak2 semua ckp sedap. tq share resepi.

    BalasPadam