Assalamualaikum.
Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan untuk kita bertemu kembali di alam maya. Kali ini Amie hidangkan Nasi Kerabu untuk perkongsian resepi bersama rakan-rakan pengunjung. Beberapa hari lepas Encik Suami menyatakan keinginannya untuk makan solok lada. Jadi, Amie fikir alangkah enaknya kalau solok lada dinikmati bersama nasi kerabu. Amie cadangkan kepada Encik Suami supaya mencari bunga telang, dan akhirnya petang tadi dibawanya pulang semangkuk bunga telang!
Inilah hasilnya Nasi Kerabu yang sempat Amie siapkan untuk hidangan malam kami.
Seperti kebiasaannya, nasi kerabu memang kelihatan meriah dengan pelbagai aksesori. Boleh rujuk DI SINI untuk melihat resepi Nasi Kerabu yang pernah Amie buat sedikit masa dahulu.
Bahan untuk nasi:
4 cawan beras wangi
10 kuntum bunga telang - masak bersama 4 cawan air dan tapis
3 helai daun limau purut - siat-siat
Cara:
1. Campurkan beras, daun limau purut dan air bunga telang ke dalam rice cooker.
2. Tekan suiz dan biarkan masak seperti nasi biasa.
Budu Tumis
Bahan-bahan:
10 biji cili kering
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1cm halia
200ml santan pekat
2 batang serai
2 keping asam gelugur
1 cawan budu
garam dan gula melaka
minyak
Cara:
1. Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Tumis kesemua bahan di atas sehingga pecah minyak.
Sambal Kelapa
Bahan-bahan:
1 ekor ikan kembung- saiz besar
1 cawan kelapa parut
2 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 batang serai
1cm halia
1/2 sudu teh lada putih - tumbuk
Cara:
1. Bersihkan ikan dan bakar.
2. Goreng kelapa tanpa minyak dengan api kecil sehingga jadi perang.
3. Tumbuk kelapa supaya kelihatan lebih halus.
4. Asingkan isi ikan dengan tulang. Tumbuk isi ikan sehingga halus halus.
5. Tumbuk pula bawang dan serai, sehingga lumat.
6. Campur sekali ikan dan bawang, dan goreng tanpa minyak sehingga agak garing.
7. Campurkan ikan dengan kelapa goreng tadi. Masukkan lada putih, garam dan gula. Gaul hingga sebati.
Solok Lada
Bahan-bahan:
10 biji lada hijau (kalau tak ada hijau, merah pun boleh) - belah dan buang biji
1 cawan kelapa parut putih
4 biji bawang merah
1.5 cm halia
sedikit lada hitam
2 ekor ikan kembung saiz besar - ambil isi sahaja
sedikit garam / gula / perasa pilihan
Cara:
1. Tumbuk bawang, lada itam dan halia hingga lumat dan masukkan garam,gula dan isi ikan.
2. Campurkan dengan kelapa parut dan sebatikan.
3. Sumbatkan ke dalam lada.
4. Kukus hingga masak.
Lauk-pauk dan bahan sampingan untuk Nasi Kerabu:
ikan goreng salut tepung
keropok ikan
telur masin
pelbagai hirisan sayur-sayuran seperti kacang panjang, kubis, taugeh, serai, bunga kantan dan sebagainya.
Kak amie...bnga telang tu ada nama lain lg..kepingin bt nasi kerabu tp x tau mn mo cari tu bunga..yg pasti bkn bunga morning glory tu kannn..
BalasPadamsalam Amie..rajin btol buat nasi kerabu dengan kuncu kuncunya hehe.meleleh air liur ku :)
BalasPadamQaseeh,
BalasPadamnama lainnya termasuk bunga kacang telang, bunga biru, tetapi bukan jenis morning glory sebab bunga telang tergolong dalam jenis ternatea, manakala bunga telang jenis ipomea.. sama dnegan bunga kangkung dan keledek. Cuba cari bunga telang kering, biasanya ada dijual dikedai bakery, sebab salah satu kegunaan bunga telang ialah untuk mendapatkan warnanya.
Cik Manggis,
tak meriah rasanya kalau digaul kalau tak banyak kuncunya CM ha ha ha ahhh....
Qaseeh,
BalasPadampembetulan... morning glory tergolong dalam jenis ternatea...manakala bunga telang jenis ipomea.
Amie, cukup lengkap nasi kerabu Amie, malu pulak, ummi ni orang pantai Timur tapi tak berapa mahir buat nasi kerabu, nak sepinggan!, hehe,,
BalasPadamTake care..
Nk sepinggan..sambal lebih..:-)
BalasPadamAmboi.. Sedap dan meriahnya nampak nasi ulam Amie.. :)
BalasPadamni kalo makan kat kedai ni mahal ni..sepinggan lengkap!!!sedapnya.
BalasPadamFuh set lengkap nasi kerabu! Rajinnya akak...!!!
BalasPadamSedapnya kak....rajin btul la akak ni....lengkap plak tu....sedap2....
BalasPadamcolourful sungguh nadi kerabu ni..
BalasPadamnasi kerabu
PadamSalam Kak Amie...
BalasPadamCantik kaler nasi kerabu tu...di rumah ni ada bunga telang yg kering...ingatkan mau buat jugak nasi kerabu tp belum datang kerajinan...asik tertangguh jak....tapi teringin sangat mau makan...apa kata Kak Amie tolong buatkan satu set nasi kerabu? Hihihi...
meriahnya kak ....pingin jugak aku..
BalasPadammmg rajin lah Amie, banyak tu songeh nak buat nasi kerabu ni kan tabik hormat lah kat cikgu Amie
BalasPadamPeberet saya ni kak Amie..tapi tak pernah buat sendiri sbb anak2 tak makan..byk sayur kata depa.Kalau tingin nak makan beli jer
BalasPadamMeriah tul nasi kerabu kak amie ni,siap ngan solok lada bagai...set lengkap neh
Eh..kat Sabah ada jual budu gak ke?
nampak nasi kerabu tu seperti Amie berada di Kota Bharu ni!
BalasPadamSalam kak... Sedapnyerr... Berseri dgn bunga talang biru...
BalasPadamnasik kerabu my peberet kak.
BalasPadamcm tau2 aje.masuk2 blog akak terus jumpa nasi kerabu ...:D
Ummiross,
BalasPadammasak2 ni jadi terapi minda... seronok dengan hidangan yang dihasilkan, tak kiralah resepi dari mana he he ehhh yang penting dapat memeriahkan dunia masakan tanahair kita.
Sury Abil,
macam tau2 aje kakak buat sambal lebih ye Sury!
Sheila,
nak makan pun rasa gembira aje ye Sheila he he ehhh.
Faa,
BalasPadamkena banyak ulamnya, baru sedap digaul...tak sabar nak makan!
Love,
sesekali bertekun di dapur Love he he ehh.
Asyifa,
ni sebab teringin nak makan punya pasal ni Syifa... kalau ada yang jual memang nak beli saja.
Whitecappuccino,
BalasPadammemang suka meriah-meriah WC hihihii..
Rahel,
nanti kakak hantar sepinggan, tunggu ye..., ikut pintu depan ka pintu belakang ha ha ahh.
Rohah,
ayok toh Rohah.. mangan bareng2...
Kak Nooriah,
BalasPadammemang banyak songehnya kak.. tapi pelan2 je buat, siap juga akhirnya...
Lina,
anak2 kami pun tak mau makan ulam-ulam tapi nasi dengan yang lain2 tu diorang makan juga.
Jangankan budu ketereh, segala jenis budu ada di sini, cencaluk pelbagai jenama pun ada..... he he ehh
Suzana,
oohh ye.. kak Amie ni ikut-ikut je resepi & nasi kerabu yang biasa makan & beli di pasar malam dulu2...
Han,
BalasPadamterima kasih... bunga telangnya pun dah nak layu he he ehh...
Qasehnya Rania,
jemput2... langkah kanan.
uwaaaa..yana lmbt smpai..cnfem nasi kerabu & kwn2nya dh abis.. rajin tul akak.. set lengkap semuanya ^^
BalasPadamWow menunya lengkap and bergizi tinggi,nice info,Terimakasih untuk recep yang satu ini,,,
BalasPadamrajinnyer kaka
BalasPadamai since preggy ni mmg malas nk masak uwaaaaaaaa
Kami menyediakan berbagai macam kebutuhan anda mengenai kembang Teleng /Bunga Teleng
BalasPadam1. Bibit benih (Biji) yang dikemas dan berisi : 100 biji, 200 biji dan 500 biji atau lebih banyak lagi sesuai dengan permintaan/kebutuhan anda.
2. Bunga Teleng kondisi segar (baru dipetik dari pohon) dalam kemasan berisi 200 bunga, 400 bunga, dan 500 bunga, atau lebih banyak lagi sesuai dengan permintaan/kebutuhan anda.
3. Bunga Teleng yang sudah dikeringkan dalam kemasan, berisi 200 bunga kering, 400 bunga kering, dan 500 bunga kering, atau lebih banyak lagi sesuai permintaan/kebutuhan anda.
4. Bibit pohon kembang teleng yang belum berbunga, usia pohon antara 2 - 3 bulan dengan ketinggian 20 cm- 30 cm
5. Pohon Kembang Teleng yang sudah berbunga antara 1 – 4 bunga dan bunganya bisa langsung anda petik sendiri.
Silahkan bagi yang berminat dan ingin segera memiliki, hubungi kami melalui telepon/SMS ke nomor :
081384824904
BB :
KC Nursery BOGOR INDONESIA
Christo
DAPATKAN BERBAGAI MACAM KHASIAT DAN KEGUNAAN KEMBANG TELENG DALAM KEHIDUPAN SEHARI HARI ANDA....