Assalamualaikum.
Nampaknya hujung minggu sudah berakhir. Esok hari Isnin, dan sudah tentunya bagi penjawat awam telah bersiap sedia untuk memulakan tugasan seterusnya. Sebelum beradu, Amie paparkan menu hidangan petang kami iaitu Kuih Talam Lapis Ubi Kayu. Agak lama juga Amie teringin makan kuih talam ubi kayu tapi setiap kali ubi kayu sudah ada di dapur, terbiar begitu saja sampai lebam-lebam biru dan akhirnya menjadi mangsa cik tong. Kali ini Amie tekad untuk tidak membazirkan ubi kayu lagi seperti sebelum ini.
Amie cuba ceriakan rupa paras talam ubi kayu seperti di atas. Akhirnya siaplah satu loyang Kuih Talam Lapis Ubi Kayu. Sewaktu Amie menyediakan hidangan tengahari, Amie sambil-sambilan mengukus kuih talam ini. Sayangnya, menjelang petang dan belum sempat sejuk sepenuhnya, Encik Suami sudah beberapa kali bertanya: Bila boleh dimakan kuih tu? Ha... rasa kasihan pula, Amie pun potonglah kuih talam ubi seperti di atas, tapi bahagian atasnya masih lembut dan lembik sedikit. Setelah hampir separuh kami makan, baru Amie teringat untuk ambil gambar Kuih Talam Lapis Ubi Kayu ini.
Untuk sukatan bahannya, Amie gunakan timbangan, misalnya setelah ubi diparut (Amie kisar dan tapis airnya), Amie timbang dan memperoleh seberat 1400 gram.
Bahan-bahan:
1400 ubi kayu parut
400ml santan cair
300 gram gula pasir
100 gram gula merah
1 sudu makan serbuk koko
sedikit pewarna hijau epal, kuning telur dan merah ros
Bahan untuk kepala / atas:
400ml santan sederhana pekat
3 sudu makan tepung gandum
5 sudu makan tepung beras
1/2 sudu teh garam atau secukup rasa
Cara:
1. Ambil 350 gram ubi ubi kayu parut. Campurkan dengan 100ml santan cair, 100 gram gula merah dan 1 sudu makan serbuk koko. Ketepikan.
2. Campurkan 1050 gram ubi kayu parut bersama 300ml santan cair dan 300 gram gula pasir. Kemudian bahagikan kepada 3 bahagian. Tambahkan setiap bahagian dengan pewarna hijau epal, kuning telur dan merah ros.
3. Sapukan marjerin pada dasar loyang, dan tuang adunan hijau epal serta ratakan. Kukus selama 20 minit. Keluarkan dan sekiranya permukaannya kurang rata, padatkan serta cakar sedikit menggunakan garfu. Seterusnya tuang adunan kuning telur dan ulangi proses mengukus adunan berwarna merah ros dan coklat gula merah.
4. Untuk lapisan kepala atau lapisan paling atas, satukan semua bahan untuk kepala dan masak menggunakan api perlahan. Kacau sehingga agak pekat tetapi jangan sampai kental.
5. Tuangkan lapisan terakhir ini di atas lapisan ubi kayu. Kukus selama 25 minit. Untuk hasil yang kemas dan cantik, pastikan wap tidak menitik di atasnya dengan membalut penutup kukusan menngunakan kain putih atau tuala yang bersih.
6. Tunggu sehingga benar-benar sejuk sebelum dipotong.
Nampaknya Kuih Talam Lapis Ubi Kayu ini laris betul......
cantiknya talam Mie tu, macam sayang je nak makan, tapi teringin lah berkaler2 mmg sedappp
BalasPadamSalam Amie, wah colorful...cantik tu...
BalasPadamkalau dulu2 kat kg, mak selalu jugak buat, tapi namanya tepung boko, clebih kurang talam jugak cuma kat bawahnya tu warna gula merah
BalasPadamYaAllah............menggoda sunmgguh!
BalasPadamSalam kak amie..menarik ni..suka jgk kuih mcm ni..ubi ada tu ..nnti blh cuba..:-)
BalasPadamWah....! Talam k.amie kalerful gitu....meriah....! Cntik plak....syang nak mkn....:-)
BalasPadamLapar rasanya.....
Kalu dah cenggitu punya cantik, orang tua pun tak sabar sabar tanya bila boleh makan? hahaha
BalasPadamMeriahnya... rajin betul k.amie ni...pasti sedap ni...
BalasPadamkalau kuih2 mcm ni mmng kegemaranku..waduhhhhhh tak tahan tngk ni....kemecerrrrr aku..
BalasPadamAssalamualaikum kak Amie..gud idea..Bagi temporary sikettttt...Patutlah bapak budak pun teruja nak menjamahnya cepat2..he he he he gurau yaaaaa....
BalasPadamrajinnya kak amie kat dapur.. adui.. tergoda may tgk kuih talam tu.. colourful gitu.. kalau mkn mesti sedap kan.. yummy..
BalasPadamkak,pingin jugak aku..belang2 pelangi...apik ditatep...
BalasPadamAmie..sedapnya, kalerpun cantik sangat, ni yang buat ummi suka singgah dapur Amie ni.
BalasPadamwah cantiknya kak kuih talam ni..bselera tgk..tentu sedap juga rasanya tu
BalasPadam