Pages

Khamis, 31 Januari 2013

Sambal Udang Dengan Petai

Assalamualaikum.
Sekalung penghargaan buat semua pengunjung budiman yang setia bertandang ke Amie's Little Kitchen. Jom  jamu mata dengan resepi Sambal Udang Dengan Petai.Amie gunakan resepi yang agak berbeza dengan sambal udang yang biasa kita buat. Kelmarin Amie cuba resepi Sambal Ayam Penyet  DI SINI dan diterima baik oleh seisi keluarga kerana rasanya yang enak dan mungkin disebabkan kesemua bahan digoreng terlebih dahulu menyebabkan aromanya sungguh menggoda selera! Memang sudah jadi lumrah selera manusia, yang sedap kalau boleh hendak diulang-ulang masak dan dinikmatinya sehingga puas! Jadi, Amie gunakan resepi tersebut untuk mengolah udang pula.


Resepi : Sambal  Udang Dengan Petai (Resepi Asal : Sambal Ayam Penyet)
Sumber : Mamak Haji

BAHAN-BAHAN:
  • 25 ekor udang kertas sederhana besar
  • 1 cawan isi petai
  • 15 biji cili masak dibuang bijinya (300gm).
  • 10 bji cili padi - kalau nak pedas tambah saja.
  • 10 biji bawang merah atau 3 biji bawang besar - dihiris.
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 biji tomoto bersais besar dibelah enam
  • 1 inci belacan.
  • 1 gengam ikan bilis - Amie gantikan dengan segenggam udang kering
  • 3 sudu besar gula merah atau gula melaka.
  • Garam secukup rasa.
  • Minyak 
Cara:
1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis (udang kering) sehingga garing dan asingkan. Dalam minyak yang sama goreng belacan dan asingkan - Pada masa ini Amie goreng udang kertas hingga berubah warna dan toskan minyaknya. 
2. Masukkan cili merah dan cili padi sehingga layu. Bila cili mula layu, masukkan hirisan bawang, hirisan bawang putih. Goreng sehingga layu.
3. Masukkan tomato dan goreng sehingga layu.
4. Angkat semua bahan-bahan goreng tadi, biarkan  sejuk dan kisar semua bahan-bahan tadi kecuali udang kertas separuh halus.
5. Keluarkan kisaran tadi dan masukan dalam kuali dan panaskan. Masukkan udang serta petai, gula dan garam secukup rasa. Jangan terlalu masak. Sekali mendidih sudah memadai. Sambal anda sudah siap.



Tidak terlalu pedas, sedang-sedang saja!

18 ulasan:

  1. as-salam
    wahh!!sedapnye mlm2 tgk sambal udang tu kak..kenalah dgn nasi lemak lagi sedap..

    BalasPadam
  2. salam Mie, nampak sama menu kita hari ni haha petaiiiiiiiiiii je hantu petai ni akak tapi udang tu menawan kalbu lah

    BalasPadam
  3. tengok je dah menyelerakan, cuma KY tak makan petai

    BalasPadam
  4. akak memang creative..nak kene try ni..mesti rasa umpph!

    BalasPadam
  5. Tgk taburan petai tu je dah mcm....uhhhh laparnya.....peberet ni kak....pantang jumpa sbnrnya....hehe....

    BalasPadam
  6. Kegemaran anak sulung ummi ni Amie..

    BalasPadam
  7. assalam kak aduhhh nmpk sambal udang mlm2 nih,fuhh sgt menyelerakan..nti leh ler try sambal cara mamak aji nih,msti lgi sdp n harum bla bhn digoreng dhulu b4 msk kan..

    BalasPadam
  8. Aduss kak Amie..tgh2 mlm bikin lapau nih..suka sgt2 udang+petai ^^

    BalasPadam
  9. Nampak sedap sangat...tapi saya tak makan udang...

    BalasPadam
  10. salam kak amie...sedap sambal tu..tapi kite x mkn petai..ni ambik udang n sambal je aci tak..hihi

    BalasPadam
  11. Betul. Kat kampung dulu mak saya pernah buat sambal tumis camtu, goreng dulu semua bahan baru blend.

    Memang lain rasanya. Teknik memasak memang membezakan 2 menu yang sama, kan?

    Sambal Udang Petai? ohhhh

    BalasPadam
  12. menyelerakan gandingan hero & heroin ni..hehe..mmg kene lah!

    BalasPadam
  13. saya suka petai gaya apa pun..
    sedapnya sambal tumis akak ni..yum yum :)

    BalasPadam
  14. Yang ni mieza tak tahan..mmg suka sgt dgn petai..masyaAllah sedapnyer kak amie..ni kalau tak der lauk lain pun tak per nih...bedal nasi dengan sambal petai je pun dah bertambah..tambah...

    BalasPadam
  15. kak,kito rak mangan petey nei..tapi mangan udangei...hihi

    BalasPadam
  16. mengancam sungguh menunya... bertahun dah kot FnF tak makan petai...huhu... siap ada udang kering kompem la sedap ;)

    BalasPadam
  17. hmmm...hmmmm.....kalo dah layan ni...x berbunyik dah...

    BalasPadam