Pages

Ahad, 6 Januari 2013

Mango Konnyaku Jelly

Assalamualaikum.
Hujung minggu begini alangkah enaknya bersantai-santai sambil menikmati Mango Konnyaku Jelly bersama ahli keluarga! Cuaca hari ini tidaklah terlalu panas, nyaman saja dan silap-silap sebentar lagi mata pun ikut terlelap depan televisyen!


Petang kelmarin sekali lagi Amie sempat menghadiri kelas masakan. Salah satu daripada 4 resepi yang Amie ikuti, termasuklah cara membuat Mango Konnyaku Jelly. Rasa agak lucu juga kerana guru masakan menyelitkan resepi yang memang mudah ini. Apa pun, walau nampak mudah kalau tak pernah buat tentu ada  masalah untuk menyediakannya. Jadi Amie kongsikan bersama terutama buat adik-adik yang mula belajar cara menyediakan pencuci mulut yang mudah dan ringkas. 


Resepi : Mango Konyaku Jelly
Sumber : The Baker's Shop
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
250 gram Serbuk Jeli Konnyaku
10 gram serbuk agar-agar
2 liter air
200 gram puri mangga
1/2 sudu teh perasa mangga
1/8 sudu teh pewarna kuning

Cara:
1. Campurkan serbuk jeli Konnyaku dengan serbuk agar-agar dalam sebuah bekas. Gaul sebati.
2. Masak air di dalam periuk. Masukkan bahan yang telah digaul tadi dan kacau sehingga larutan menjadi jernih dan mendidih.
3. Tutup api dapur.
4.Masukkan puri mangga, perasa mangga dan pewarna kuning. 
5. Apabila semua bahan telah sebati, tuangkan ke dalam acuan jeli dan biarkan sehingga sejuk.
6. Untuk rasa lebih enak, simpan dalam peti sejuk.
Amie hidangkan bersama potongan buah kiwi dan buah strawberri sertaminuman yogurt rendah lemak jus buah mangga Bliss.



Nyamannya.....ahhhhh!

5 ulasan:

  1. sedapnya kalo segelas berada kat tgn faa yg tgh dlm cuaca panas kt melaka ni....

    BalasPadam
  2. Lihat gambar pun dah nyaman rasa tekak ni....

    BalasPadam
  3. Senang, sedap dan cantik dipandang, tak gitu Amie..

    BalasPadam
  4. MP,
    memang menyamankan MP... jemput!

    Ummiross,
    betul tu... seronok menyediakannya, mudah, tak cerewet... satu lagi sedap!

    BalasPadam