Pages

Ahad, 6 Januari 2013

Lempeng Pisang Jagung Berkrim

Assalamualaikum.
Sebelum kami keluar ke pasar pagi ini, Amie paparkan dulu menu yang boleh dijadikan hidangan pagi iaitu Lempeng Pisang Jagung Berkrim. Resepi asalnya ialah Lempeng Pisang Paling Sedap! Oleh sebab memang rasanya sedap walaupun menu kampung, Amie pilih sebagai salah satu resepi sebagaimana yang diminta oleh 
 pihak Majalah AROMA.


Resepi : Lempeng Pisang Paling Sedap! (Resepi Asal)
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
2.5 cawan pisang lenyek (anggaran) - pilih pisang masak ranum (cukup manis, tak perlu tambah gula) Amie gunakan 5 biji pisang
1.5 cawan tepung gandum
5 sudu makan susu tepung
1 tin jagung krim
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh baking powder
secubit garam
marjerin

Cara:
1. Campurkan pisang lenyek bersama tepung gandum, susu tepung, soda bikarbonat, baking powder, secubit garam dan gaul sebati.
2. Masukkan jagung krim. Jika agak cair, tambahkan sedikit demi sedikit tepung gandum.
3. Panaskan kuali non-stik saiz paling kecil. Cairkan sedikit marjerin.
4. Masukkan adunan mengikut ketebalan yang disukai.
5. Terbalikkan lempeng supaya masak kedua-dua belah bahagian.
6. Hidangkan segera.




Cubalah! Anda pasti teringin untuk kali kedua seteleh menikmatinya buat kali pertama.

6 ulasan:

  1. wah sdpnya hehe..

    nak edit blog murah jom ke http://www.opzzpinky.my/2012/06/edit-blog-serendah-rm5.html

    BalasPadam
  2. slurpppp! tengok gambar pun dah nampak sedap,kalau rasa ,lagi lah..hihi

    BalasPadam
  3. Hello Amie, Wow! Saya suka la ni....masuk mulut lupa nama mak, ha ha.
    Ni nak duduk relax and enjoy slowly....
    Have fun, and simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    BalasPadam
  4. Salam Amie.Terima kasih rajin singgah ke umah atie ya..sedap lempeng pisang tu..lama xbuat :)

    BalasPadam
  5. Glurpp!! telan air liur ummi ni tengok lempeng pisang jagung berkrim tu. InsyaAllah, ummi nak buat juga nanti Amie, tq sebab share resepi yang best2x!!

    BalasPadam