Pages

Isnin, 7 Januari 2013

Kerepek Sengkuang Cina (Arrow Head @ Ngaku)

Assalamualaikum.
Jom nikmati kudap-kudapan sambil menonton televisyen dengan Kerepek Sengkuang Cina / Arrow Head / Ngaku.


Selalunya hanya makan kalau kawan bawa ke sekolah, tapi kelmarin terjumpa buah sengkuang cina di pasaraya, jadi belilah sekilo untuk dibuat sendiri. Taklah susah mana nak membuatnya, sama saja macam buat kerepek ubi atau keladi yang bonda kita buat di kampung.


Amie tak bubuh apa-apa perasa selain air garam yang dituang ke dalam kerepek yang separuh masak ketika digoreng dalam kuali. Nak resepinya juga ke? Kalau orang kampung mesti tau cara buat kerepek he he he ehh...

Bahan-bahan:
1 kg buah sengkuang cina - bersihkan / kupas / kikis - kemudian parut atau hiris nipis
1 sudu teh garam halus - tambah dengan 3 sudu makan air - larutkan
minyak

Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Goreng sengkuang cina tadi dan apabila hampir separuh masak, tuangkan satu sudu teh air garam.
3. Goreng hingga garing / masak / kuning keemasan.
4. Angkat dan toskan. 
5. Apabila sejuk bolehlah simpan dalam bekas kedap udara.



Jom... kerip krap...krupppp!

21 ulasan:

  1. camne ye rasanya kak?
    selalu sy nmpk kat pasaraya...x penah tau bende nie buat kerepek....nak try la nnti....K.Rose (my kuali) pun buat resepi yg sama...kebetulan kut....
    skrng mmg tgh musim dia...nmpk bnyk jual....

    BalasPadam
  2. bestnyer kak ami..kudap2 depan tv ni..hehe

    nens kali pertama tgk sengkuang cina kak ami..cam rupa bawang plak..hehe

    BalasPadam
  3. tghari tadi ke jusco..selonggok sengkuag nie diorg show kan..ramai org cina yg serang..leh buat kerepek rupanya ..baru tau harinie kak amie..tq share ilmu baru kak

    BalasPadam
  4. Amie, ummi pun tak pernah makan kerepek sengkuang cina ni. Ummi pun tak tau kena letak air garam dalam minyak tu, tip bagus tu. Hehe nampak sangat ummi tak pandai buat kerepek.

    BalasPadam
  5. oowhhh...x pernah dengar...sedap ek kak?nak raya cina ni mesti berlambak sengkuang cina ni kat tesco...leh cube...:)

    BalasPadam
  6. selalu muncul time nak raya cina kan...tak pernah cuba lagi buat kerepek ni...boleh cuba nanti...tq kak for sharing resepi mudah ni & selamat tahun baru juga..

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum akak...
    Pasti sedap kan akak kerepek sengkuang cina nie... Bole try nnt

    BalasPadam
  8. kak Amie...klau buat mkn ni mau payah nk benti mkn rasanye..mesti sedapkn rasanya tu...leh la cri n buat nti..hihi

    BalasPadam
  9. sy tak penah rasa tp ada jgk tgk ngaku ni kat jusco tu cuma tak biasa makan dan x tahu nak ape he he
    sedap ekk wat kerepek, mesti try jugak ni kan..

    BalasPadam
  10. Salam kak amie.. tuangkan air garam dlm minyak? xmeletop ke dlm kuali kak? konpius jap tun baca tu. xpenah makan pulak, ni mesti kejap je habis, kan.

    BalasPadam
  11. Pen Biru,
    lemak2 gitu...

    Asyifa,
    lemak2 rasa dia.

    Nens,
    macam bawang ye he he ehhh

    BalasPadam
  12. Zila,
    buat sikit je Zila, nak buat banyak malas berdiri lama-lama kat depan dapur & kuali.

    Ummiross,
    bonda kami dari dulu memang buat gini kalau goreng kerepek ubi keladi, bukannya banyakm air garamnya, sesudu teh sahaja untuk rasa masin sikit. Lepas tu tak payahlah bubuh garam lagi.

    Siti Nadira,
    tak tahulah sedap ke sebaliknya, sebab ikut citarasa masing-masing, bagi kak amie okey saja.

    BalasPadam
  13. Yati Ali,
    tak raya cina pun sebenarnya ada tapi taklah sebanyak time nak raya cina ye Yati.

    Diana,
    waalaikumussalam.. bolehlah buat makan2 Diana.

    Qasey Honey,
    memang sedap kunyah sambil tengok tv... tak tersedar habis sebalang!

    BalasPadam
  14. Mama Sara Nur,
    kena cuba buat dan rasa, baru tahu sedap ke tidak, sebab lain orang lain citarasanya he he hen ehh.

    Tun Telani,
    Kak Amie pun terkejut bila Tun kata tak meletup ke kuali? He he he ehh... selama ini (dari kecik lagi), memang begitu cara bonda buat kerepek, tak pernah pulak terpercik atau meletup minyak atau kualinya... ha ha hah bukannya satu mangkuk air garam, satu sudu teh aje...

    BalasPadam
  15. Assalam amie.. winduu laa.. :)
    Baru kutahu sengkuang cina boleh dibuat kerepek rupanya.. pasti sedap kan..

    BalasPadam
  16. kak amie..tang krep karp krup tu yang tambah rasa ingin merasa tu hehe

    BalasPadam
  17. menariknya! ada rasa mcm potato chip tak?

    BalasPadam
  18. Sheila,
    salam windu jua buatmu.... boleh je Shile, cuba bubuh perisa yang digemari selain garam, tentu sedap!

    Rohah,
    ayok toh nyicipi, enak kok..lemak2 gitu.

    Suri,
    sedap makannya Suri...tak rugi buat!

    SudipVS senduk,
    kalau pandai pilih perasa @ perisa pilihan boleh kalah potato chips tu.

    BalasPadam
  19. Salam semua.....memang sedap sangat...rasanya yang tersendiri...saya pun dulu time raya cina memang makan paling banyak....last2 tak tahan buat sendiri...ni baru je buat jap tadi...masih panas lagi....hehehhehehe...kat area ni ramai orang melayu...diorg x berapa biasa dengan ubi ni...org tengok je apa hal saya beli banyak2.. Sekali beli 2 kg....makan nya sekejap je...sambil tengok TV, sedar2 dah habis dah...hahahhahah

    BalasPadam