Assalamualaikum.
Minggu ini walaupun baru masuk hari kedua bekerja tetapi kerana dari pukul 4.30 pagi tidak berehat dan balik lewat petang, turut mempengaruhi keselesaan tubuh badan! Rasa letih menyebabkan kekurangan tenaga untuk bersilat di dapur! Kalau tengahari terpaksalah anak-anak makan di luar, tapi bila waktu malam rasa kekurangan pula sebab tidak dapat menyediakan hidangan yang sempurna buat keluarga. Kebetulan pula Encik Suami pulang dengan bungkusan burger dan segala aksesorinya, jadi Amie terus panaskan kuali untuk memasak burger. Tiba-tiba datang si bongsu dengan tujuan untuk mengganggu... membalik-balikkan burger dalam kuali dengan sudip. Bertanyalah dia kepada Amie.... Mummy, apa khasiat burger? Aduhai anak! Serba-salah Amie dibuatnya. Sedang Amie terfikir-fikir tiba-tiba bujang tengah yang kebetulan membantu membersihkan sinki menyampuk. Katanya: Dalam burger ada khasiat. Ada keju, ada sayur...bla-bla blaaa.....
Maafkan Mummy anak-anakku. Hidangan ini merupakan pilihan terakhir yang dapat Mummy sajikan! Dan nampaknya.... Amie tiada jawapan lagi untuk si bongsu!
Alahai kak.....tp mmg btul la...klau da pnat...otak pun x mmpu nak pikirkan hidangan apa....
BalasPadamKira ok la jwpan abngnya tu....ada je khasiatnya....:-)
Betullah. Kadang-kadang kita memang tiada pilihan. Saya selalunya pilihan terakhir saya ialah Nasi Goreng ‘bodo’ ataupun cekodok bilis.
BalasPadamBurger pun sodap Amie, sekali-sekala,hehe..
BalasPadamhaha..bagusnyer ty khasiat..kalo nens mesti ckp..sedapppnyerrrr...haha..makanan ringan gini tipu x sedapp..woooo
BalasPadamkenyang & puas jg ni kak amie kalau mkn burger yg sebegini rupa.. hehe..
BalasPadamSalam Kak Amie...at least ada gak menu untuk santapan kan...Emmm burger ni nampak sedap...Klu saya sukeeee sangat buh mayonis sampai melimpah-limpah....
BalasPadampilihan terakhirlah yg sedap tu...bugger satu heee
BalasPadamnice day :)
BalasPadamhargailah hari kemaren,
mimpikanlah hari esok,
tetapi hiduplah untuk hari ini.
bagi-bagi motivasinya yaah...
Tak sihat ye Amie? Alhamdulillah...burger pun mengenyangkan juga. Suruh anak Amie tu google, senang cerita.
BalasPadam