Pages

Ahad, 13 Januari 2013

Ikan Tongkol Singgang Serani

Assalamualaikum.
Terima kasih yang tidak terhingga buat sifu Che Mat Gebu kerana resepi-resepi paparan beliau sentiasa menyelamatkan keadaan terutamanya bagi yang ingin menyediakan hidangan seperti lauk-pauk yang rinkas dan mudah untuk keluarga. Kali ini Amie cuba resepi Ikan Tongkol Singgang Serani dari dapur Che Mat! Selalaunya kalau masak singgang biasa, memang tak perlu tumis tapi kali ini harum bau tumisan sudah memikat selera anak-anak! Sila berkunjung ke Dapur Tanpa Sempadan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang resepi yang lazat ini!


Resepi : Ikan Tongkol Singgang Serani ( Resepi Asal : Singgang Serani Memikat Selera)
Sumber : Che Mat Gebu - Dapur Tanpa Sempadan

Bahan-bahan:
1 ekor ikan tuna@tongkol putih saiz sederhana kerat dan cuci bersih 
1 biji tomato belah 6 
1 batang serai, dititik 
2 keping asam gelugor
Air secukupnya 
1 kiub ikan bilis (optional) 
Garam dan gula secukup rasa 

Bahan tumbuk lumat:
5 biji bawang merah 
2 ulas bawang putih 
6 biji cili padi merah thai - Amie gunakan cili padi biasa
1/2 inci kunyit hidup 
1/2 inci halia 
1/2 inci lengkuas 
3/4 camca teh lada hitam biji 

Cara:
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan serai dan bahan tumbuk lumat hingga harum. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih. Tambah asam gelugor dan juga kiub ikan bilis, jika guna.
  2. Masukkan ikan dan biar mendidih perlahan. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan tomato, kacau perlahan dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat. 


Selain ikan tuna atau tongkol, Mat kata boleh gunakan ikan lain seperti ikan tenggiri, kembong atau ikan merah. Boleh juga tambahkan tomato, terung, bendi dan sebagainya. Amie tambah bendi dan juga sengkuang cina. Tidak rugi mencuba resepi ini sebab rasanya memang sedap. Boleh tukarkan asam keping kepada asam jawa jika tidak suka rasa masam.

14 ulasan:

  1. Dah lama saya pun tak buat Ikan Masak Singgang.
    Macam best jer masak singgang ada kacang bendi. Resipi mudah ringkas memang sedap hirup kuah panas-panas.

    BalasPadam
  2. Azieazah,
    Selalu masak singgang resepi biasa saja, tapi anak-anak berselera pulak bila cuba resepi singgang serani ni...

    BalasPadam
  3. biasanya ikan tongkol masak singgang biasa ja...ataupun masak gulai mkn dgn nasi dagng..tp resepi ni nampak sgt menyelerakan...saya suka masakan yg tak bersantan...

    BalasPadam
  4. faa kalo ada lauk ikan tongkol ni, faa makan dengan kicap yg dipicit cili api...pastu hirup kuah dia..perghhhhhh!

    -meleleh air liur! tak sabar nak balik kuantan!!- :)

    BalasPadam
  5. Kamsiah,
    sesekali cuba resepi baru, barulah tahu bezanya... apa pun singgang biasa juga sedap, singgang serani baru dicuba tapi memang menambat selera!

    Faa,
    cepat Faa balik Kuantan...ha ha ah ahh

    BalasPadam
  6. masak singgang sedapkan k.amie
    biasa buat tak letak santan, kalu letak santan mesti sedap lemak2 tu
    sekali sekala buat kelainan taklah jemu ye tak..

    BalasPadam
  7. Makan dgn sambal belacan sedap ni amie

    BalasPadam
  8. Salam.. Pertama Kali ogyep came across singgang serani ni.. Nampak sedap.. Boleh Cuba nanti..

    BalasPadam
  9. aduh Amie malam2 ni akak tengok ni jadi terliur lah pulak dah mulut pun rasa payau2 dah ni

    BalasPadam
  10. Kalau balik Terengganu selalu cari singgang ikan tongkol dengan telurnya sekali. Tapi resepi Amie nampak sangat best, insyaAllah nanti boleh juga cuba ni.

    BalasPadam
  11. Terliur sudahhhh rindu singgang terengganu....

    BalasPadam
  12. budu satu lg..mmg terangkat periuk nasik..sbb menambah..haha

    BalasPadam
  13. Assalam amie, singgang ni ala2 masak pindang kan, sedapnya kuah yg masam2 n sedap itu, hurmmm mmg betul kalo ada budu lagi best heheh

    BalasPadam
  14. Nampak pun sudah tau yg ikan singgang serani sedap..lagi2 ada cili padi...mantop..

    BalasPadam